Langsaikan Hutang Cepat, Kalau Tidak..

Posted by

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran hari Jumaat yang penuh berkat ini. Beberapa minggu lepas sibuk membaca buku yang berjaya diangkut dari KL Central awal bulan lepas. Ada pameran buku-buku Islam hari tu. Untuk hari ni, nak kongsi sedikit la, dari yang dibaca, walau pun hanya sedikit.

Dalam ayat 143, surah Ali Imran, Allah menceritakan sikap sejumlah sahabat Rasulullah SAW yang mengharapkan mati syahid, yang umumnya diketahui mati syahid di jalan Allah adalah sebaik-baik kematian.  Allah akan mengampunkan dosa-dosa orang yang mati semasa berjihad ini. Tetapi dalam satu hadis, diceritakan bahawa orang yang mati syahid pun rohnya akan tergantung akibat hutang. Oleh itu, segeralah selesaikan hutang kerana ianya wajib.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya” (Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai dan Ibn Majah)

Pada zaman sekarang banyak benda yang kita perolehi atau beli melalui hutang. Rumah, kereta bahkan pinjaman pendidikan, hampir kebanyakannya bersifat hutang. Saya pun salah seorang daripadanya. Dah itu pilihan paling baik masa tu. Bayangkanlah, roh mereka yang berjihad pun tertahan sebab hutang, apatah lagi seseorang yang mati dalam hutang, sedangkan dia tidak berjihad di jalan Allah.. Sama-samalah kita renungkan.

Jadi, apa kata kita berusaha sebaik mungkin. Cuba langsaikan hutang mana yang ada dengan sebaiknya. Walau susah dan lama mana pun (hutang PTPTpu), cuba langsaikan sebaiknya. — Bilalah nak habis bayar hutang yang satu ni.. Okay, untuk hari ni, pengajarannya, segerakan bayaran hutang dan berjihad di jalan Allah. Jom sama-sama..

@fiezaradzi.com – Bila kita dapat duit, rasa seronokkan, kadang-kadang lupa tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan duit tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *