Sukan

Sekitar Kejohanan Piala Thomas & Uber 2010

Sekali lagi negara kita diserang H1N1.. Dulu katanya gelombang kedua mungkin berlaku pada tahun lepas, alih-alih virus ni postpone ke tahun ni plak.. Kat akhbar, ada pulak laporan satu kematian di Perak semalam. Nampaknya virus ini menyerang kembali.. atau sebelum ni die still ada, tapi duduk menyepi dulu..

Kem badminton negara yang dalam persiapan menghadapi Piala Thomas & Piala Uber juga berhadapan dengan risiko virus ini. Rashid Sidek telah dijangkiti virus ini bersama-sama anaknya dan anak saudaranya, iaitu anak Misbun Sidek. Misbun Sidek juga dikhuatiri dijangkiti. Walaupun persiapan menghadapi Piala Thomas berjalan lancar, tetapi pemain-pemain negara masih bimbang takut-takut dijangkiti virus di saat-saat akhir kejohanan. Apa pun kita doakan yang terbaik untuk skuad negara.

Biarpun ada di kalangan jurulatih yang diserang, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tetap menyatakan akan meneruskan kejohanan Piala Thomas dan Uber ini seperti yang dijadualkan, pada 9-16 Mei nanti. Ye lah, kejohanan besar ni, takkan tiba-tiba je nak putuskan ditunda. Betul la kan. Apa pun, harap-harapnya virus tu tidak lagi mengganas. Sama-samalah kita doakan.

Bercakap mengenai Piala Thomas, ingat lagi tahun 1992, di saat Malaysia menjadi juara.. Rashid Sidek adalah penentu di ketika itu. Best sangat masa tu.. Tahun ni rasa-rasa macam mana ek? Dapatkah Malaysia menggalas gelaran juara atau bagaimana? Apa pendapat anda? Rasa-rasanya dapatkah kejayaan tahun 1992 diulang pada tahun ini? Tak sabar rasanya nak tunggu kejohanan kali ni. Selamat berjaya buat skuad negara.

SENARAI NAMA PEMAIN BADMINTON PIALA THOMAS & UBER 2010

  1. PIALA THOMAS:
    Perseorangan: Lee Chong Wei, Wong Choon Hann, Hafiz Hashim, Tan Chun Seang
    Bergu: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif, Ong SoonHock-Hoon Thien How.
  2. PIALA UBER:
    Perseorangan: Wong Mew Choo. Lydia Cheah, Julia Wong, Tee Jing Yi.
    Bergu: Chin Eei Hui-Wong Pei Tty, Goh Liu Ying-Ng Hui Ling, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

@fiezaradzi.com – rasa malas nak kuar disebabkan virus ni ada kembali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge