Seksa Jadi Guru

Posted by

Salam buat semua. Lama ek tak update blog.. Baru je pas baca berita pasal seksa jadi guru kat paper. Seksa ke? Kononnya disebabkan bebanan kerja yang bukan setakat mengajar murid-murid tetapi juga disebabkan tugas pentadbiran dan pengkeranian. Betul ke? Saya bukan guru, jadi saya tak tau. Anda seorang guru? Apa pendapat anda?

guruterima kasih gambar: sini

Benarkah guru dibebani tugas sebegitu, atau pada anda tugas itu tidak seberat mana pun? Dulu saya pernah tinggal serumah dengan guru. Memang tidak dinafikan rakan serumah saya ni lebih sibuk berbanding saya yang bekerja di syarikat swasta, yang waktu kerja sedikit tidak tetap. Hujung minggu kebanyakan masanya dihabiskan di sekolah, atau di rumah dengan kerja-kerja dari sekolah. Itu belum masuk bila hari sukan atau majlis lain di sekolah. Kadang-kadang sukar untuk berjumpa dengannya.

Rata-rata memikirkan jadi guru mudah – waktu kerja yang separuh hari, cuti yang panjang bila musim cuti persekolahan dan sebagainya. Mungkin sedikit tercabar jika anda guru yang mengajar subjek penting dan mengajar murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan besar.

Ada yang mengatakan gaji yang diterima tidak sepadan dengan beban tugas yang diberi. Betulkan jika saya salah.. Bukankah gaji seorang guru sudah mencecah ribuan ringgit? (Tidak termasuk cikgu KAFA). Adakah benar bebanan cikgu lebih dari gaji sebegini? Sekali lagi saya tidak tahu.

Adakah kerana bebanan tugas lain-lain ini yang menyebabkan guru-guru tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran murid-murid? Atau sekiranya bebanan tugas yang tidak berkaitan itu tidak dipertanggung jawabkan kepada guru, terjaminkah guru dapat mendidik murid-murid dengan lebih baik dan efisen?

Saya tidak tahu dunia seorang guru, sebab dah bertahun saya tinggalkan dunia persekolahan, anak saya pula belum lagi menjejakkan kaki ke sekolah. Jika dulu, guru-guru saya memang cukup komited dalam mengajar kami, bahkan kadang-kadang terlebih rajin dari pelajar-pelajarnya. Adakah guru sekarang sudah ‘bermutasi’ atau memang benar cabaran guru sekarang lebih hebat? Apa pendapat anda? Jom kongsi bersama..

@fiezaradzi.com – Pening kepala dengan pelajar praktikal (latihan amali) sekarang, tidak bijak mengambil peluang yang terbentang luas di depan mata. Ibarat paku di kayu yang perlu diketuk baru bergerak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *