Selamat dan Selamat Buatmu

Posted by

Selepas Januari, datang Februari,
7 dahulu, 8 menyusuri,
Setiap tahun juga, gusar di hati,
Tak tahu hadiah apa perlu diberi.

Jika ditanya, ‘Tak payahlah’ jawabmu,
Usah membazir, itu sifatmu,
Biarpun begitu, ku tetap mahu,
Memberi sesuatu, untuk hari jadimu.

Selamat hari lahir kuucapkan,
Dari kami semua yang amat sayangkan,
Suami dan abah yang dinantikan,
Moga di hari ulangtahun ini memberikan,
Sejuta makna dalam kehidupan.

Kami berdoa moga Allah sentiasa merahmati,
Kehidupan, kejayaan dan apa jua yang diceburi,
Moga redhaNya sentiasa diperolehi,
Untuk kehidupan di sana nanti.

Selamat hari lahir buat suamiku, dan abah anak-anakku. Moga terus berjaya dan mendapat keredhaanNya buat bekalan. Moga sentiasa bahagia bersama dalam keluarga tercinta.

@fiezaradzi.com – Ni kira pertama kali tulis puisi-puisi untuk si dia dalam blog ni.. Haha.. Selamat hari lahir abang, suamiku yang ku sayangi dan yang ku cintai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *