Selamat Hari Lahir

Posted by

Salam. Hari ni 8 Februari 2010.. Kejap je kan bulan 2.. Oh ye, selain hari ni 8 feb, hari ni jugak la birthday encik suami tercinta. Selamat Hari Lahir.. yang ke… Tanya tuan empunya diri ek.. Semperna hari lahir tuan empunya ini.. ucapan supaya beliau sentiasa sihat, gembira, bahagia, sentiasa dirahmati, diredhai, berada di bawah lindungan-Nya. Amin..

RANCANGAN

Sebetul-betulnya memang saya fail dalam hal ni. Bukan pe, tak tahu camner nak buat plan supaya birthday ni disambut. Ye la, bayangkanlah, kami dah le kerja satu opis, kerja pulak tak ramai kakitangan, jadi ke mana-mana kami sentiasa bersama. Jadi susah nak plan yang hebat-hebat.. Lagipun, kalau buat hebat-hebat, nanti tuan punya kata membazir plak kan.. Nak berseronok berdua -duaan tanpa anak, tak de saper leh tolong tgkkan baby tu.. Lagipun, tak sampai hati plak nak tinggalkan si kecil, pastu kami ni berseronok.. Biarla berseronok bertiga kan..

HADIAH

Walaupun saya fail dalam bab surprise rancangan ni, tapi yang satu ni alhamdulillah, setakat ni tak lupa.. Bukan la nak tunjuk kaya kan… Tapi serius, tak pernah pun bagi yang mahal-mahal.. Tah la, tapi bab bagi hadiah ni, memang saya suker.. (bab beli-belah, pompuan mana tak suker ek…).. Tapi lau saya yang bagi hadiah, mesti cam kebudak-budakkan.. Saya ni budak kot.. hahaaa..

Tapi memang sedikit pening bila memikirkan pasal hadiah ni. Kata orang hadiah untuk lelaki memang susah nak dibeli dicari. Ke sebab perempuan ni fikir ‘dasyat’ sangat.. ENtah lelaki kisah ke idak.. hahaha.. Kalau kat luar sana lelaki kan, apa yang diharapkan? Kalau perempuan, pe yang rasa boleh diberi buat yang tersayang?

HARAPAN

Tapi apa pun, harapnya tuan punya birthday gembira. Kalau tak suka hadiah tu, leh bagi kat saya ye.. hehehe.. (apakah saya yang nak hadiah tu..)..

Saya rasa buat encik suami mungkin mengharapkan kasih sayang isterinya tidak berubah. Mungkin ada yang tak kisah pun pasal hadiah-hadiah ni, yang penting ialah keluarga yang dibina.

Saya pun, tak kisah ada hadiah ke tidak. Tapi, yang penting apa yang boleh diberi selain material dan wang ringgit. (Tapi tetap nak bagi orang ek..hihiiii..). Mungkin tanda ingatan supaya encik suami selalu ingat saya kot.. hahaaa.. Apa pun, masing-masing ada cara dan fahaman yang sendiri tentang perkara ni kan..

naruto

agak-agak cik suami nak ke kek camni…??

kek upin ipin

kek ni plak mesti annur suka

kek coklat

saya suka kek coklat..

@fiezaradzi- selamat hari lahir buat en ahmad hafiz bin mohd. Kepada di luar sana, jom kongsi hadiah pe yang boleh diberi dan diharapkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *