Sukan

Sepanyol dan Kaki Bola

"kaki bola"

Assalamualaikum,

Bersyukur dapat bersua kembali kita. Hari ni, pasti di mana-mana mesti cakap bola. Mana tidaknya, ramalan ramai peminat terbukti apabila Sepanyol sekali lagi muncul juara Euro 2012, selepas menjadi Juara Dunia 2010 yang lalu. Nampaknya kekuatan Sepanyol tidak dapat ditandingi buat masa sekarang. Kita tengok dua tahun lagi bila sekali lagi Piala Dunia bakal berlangsung.

Dan yang pasti blog ini akan dapat hadiahnya dari Denaihati.com. Kenapa? Korang pergilah tengok ye. Selepas ini, bermula lah semula episod seperti biasa bagi peminat-peminat bola. Tiada lagi bangun awal pagi bersengkang mata tunggu bola disepak. Kalau ada pun, tunggu EPL pulak. Itu pun tak selalulah kan.

Tak pun korang tak sabar nak tengok raksaksa..

Korang rasa korang kaki bola tak? Kalau jawapan kat bawah ni bola je, memang sah kaki bola sejati:

  1. Masa musim Piala Dunia atau Euro ni, korang cakap pasal game apa? Kalau cakap pasal badminton, korang memang suka badminton, tapi kalau jawapannya bola sepak, faham-fahamlah ye..
  2. Permainan apa korang suka main sepanjang Euro ni? Silap-silap pergi padang setiap petang, tak sah kalau tak main bola. Betul tak?
  3. Kat tv, korang tengok apa? Asal ada je bola, biar pun siaran ulangan, mesti korang nak tengok lagi kan? Nak-nak pasukan kegemaran korang tengok ditayangkan. Hinggakan ahli dalam rumah korang nak tengok cerita Korea pun, korang kata tengok kat internet lah.. Betul tak? Kalau betul, sah kaki bola.
  4. Apa artikel paling banyak dalam blog korang selama sebulan baru-baru ni? Banyak pasal bola ke, pasal badminton?
  5. Pergi kerja, muka semacam je.. Bila kawan tanya, kau tak tidur ke? Buat apa malam tadi? Korang jawab ‘tengok bola’. Sah peminat setia ni.

Ada tak yang macam tu? Kalau ada, memang sah peminat setia lah ni. Siap beli bola buat main lagi. Apa pun, tahniah kepada peminat Sepanyol dan Itali. Paling kurang sampai perlawanan akhir kan. Tapi, serius, Sepanyol main laju sungguh, nak-nak 1st half tu. Tapi, laju-laju main, tertidur jugak ‘chek’ malam tadi masa 2nd half berlangsung. Haha..

@fiezaradzi.com – Kalau nak kata korang mimpi bola, macam mana ek? Sah-sah tak tidur, sebab tunggu perlawanan, macam mana nak tidur, kan? Bola itu bulat, Kita tengok Piala Dunia siapa yang hebat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge