Setelah 2 Tahun Berlalu

Entry kedua untuk hari ni.. hehee.. terlebih rajin ni.. Oh ye, Entry kali ini ditujukan khas buat si kecil comel, Annur Syazwani binti Ahmad Hafiz. Ye, selamat hari ulang tahun kelahiran yang kedua. Kejap je, pejam celik, pejam celik, dah pun 2 tahun puteri kecik ni. masih terbayang-bayang lagi di ruang legar mata ni, saat-saat nak masuk dewan bersalin dan saat di dalam hospital. dulu kecik je, diusung atas katil ke wad, sekarang dah besar dan pandai cakap sungguh. Tak terlayan kadang-kadang tu.. huhuu..

Dan malam tadi juga, macam tau-tau je birthday die, tak nak tidur sampailah hampir pukul 1.00 pagi.. Mama dengan abah le dok melayan.. Seronok sanagt masa dinyanyikan lagu birthday dan Allah selamatkan kamu tu.. Faham ke die? Budak2 sekarang.. Harapan mama dan abah agar si kecil annur terus membesar dengan baik, sihat dan gembira. Moga suatu hari nanti menjadi insan yang berguna untuk agama, keluarga dan negara. Moga-moga dijauhkan dari segala kemudaratan yang sedia ada.

Bila ada anak ni, perasaannya lain. Semua perkara asyik teringatkan si kecil. Memang betullah, anak ni penyeri rumah tangga. Kalau de masalah kat pejabat, bila balik tengok anak, suka hati tul.. huhuuu.. Mungkin itulah perasaan seorang ibu.. Ayah tak tau pulak la kan.. Kena tanya si abahnye la.. hehe..

Apa pun, untuk my little darling, semoga kamu sihat, ceria. Kalau jadi kakak nak tak? hihiii..

@fiezaradzi.com – Selamat hari lahir, Annur Syazwani. Kehadiranmu membawa sejuta pengertian, malah lebih dari itu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge