Sibuk Mencari Nama

by fiezaradzi on 17 December 2010 · 49 comments

Terkejut dengan tajuk kat atas? Saper yang sibuk mencari nama? Blogger mana ye? Sabar, sabar.. Orang itu adalah saya.. Tapi bukan mencari nama untuk publisiti murahan atau menjaja nama. Tak de kena mengena pun. Hihii..

Disebabkan sekarang dah penghujung ‘zaman-zaman’ ibu mengandung ni, mestilah sibuk nak cari nama kan.. Nak cari kayu, nak cari kayu, nama pun de syaratnya kah? Biasanya maksud bagi nama itu adalah yang terpenting, bagi saya la. Dan mungkin sedikit berbeza, saya suka nama yang jarang digunakan dan yang mudah. Dan harap-harapnya biarlah sampai bila-bila suka saya ni.. (Aik, dah nak tambah lagi ke? rilek..rilek..)

Mempunyai maksud yang baik adalah sangat dituntut dalam Islam. Selain itu nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdur Rahman- (HR Muslim)

Selalunya kaum ibu memang sibuk nak cari nama anak kan.. De jugak yang menetapkan syarat-syarat tertentu dalam menamakan anak, seperti bermula dengan huruf tertentu atau panggilan tertentu. Tak percaya? Memang ada. Pada saya cukuplah ianya membawa maksud yang baik.

Dalam memberi nama anak dengan nama nabi atau malaikat, ada pendapat berbeza. Ada yang mengharuskan dan ada juga yang mengharamkannya. Disebut juga golongan yang berhak memberi nama adalah si bapa kerana keturunannya. Walau bagaimana pun, adalah baik jika sama-sama berbincang dengan si ibu. Pihak lain selain ibu bapa juga boleh memberi nama. Tiada masalah.

Elakkan juga memberi nama-nama yang membawa maksud yang tidak baik. Juga nama haiwan seperti Baqarah (Lembu betina). Carilah maksud yang baik supaya mereka kelak akan menjadi seperti maksud nama mereka. Begitu juga dengan panggilan atau nama glamer yang memang terkenal dan ada yang menjadikan satu tradisi di kolej-kolej mahu pun di tempat kerja (baca dalam Diari Mat Kilang la ni..hehhee..). Sebaiknya gelaran itu biarlah memberi makna yang juga baik.

Belum jumpa lagi ni nama yang menarik. Yang punya maksud baik memang banyak. Entahlah, mungkin jadi macam kakak yang mana si abah mendapat ilham ketika menunggu di hospital.. Tunggu ajela..

@fiezaradzi.com – Ada cadangan nama-nama yang best untuk bayi lelaki? heheee

Sumber bacaan 1

Contoh nama bayi lelaki

Contoh nama bayi perempuan

{ 49 comments… read them below or add one }

krsty December 17, 2010 at 1:43 pm

memang pun,dah akhir2 kehamilan ni,memang fikir nama anak saja..
tapi saya & suami dah capai kata sepakat..
nama ni saya bagi hubby decide..saya cuma berikan idea2 saja..:D
.-= krsty´s last blog ..10 minggu lagi =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 20, 2010 at 11:59 am

@krsty, kan krsty.. sama lah.. bagi cadangan je, last nanti suami yg pilih.. lau rasa berkenan, terima je.. sama cam anak 1st dulu.. hehe

Balas Komen ini

jsazmi bin jaapar March 24, 2011 at 12:04 am
MR.Z December 17, 2010 at 10:23 pm

semoga dapat mencari nama yang sesuai.. teringat dahulu duk cari nama adik sy yg bakal dilahirkan pada sebuah buku himpunan nama2 dalam Islam :)
.-= MR.Z´s last blog ..Generasi Model Terbaru Proton Persona R =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 20, 2010 at 12:00 pm

@MR.Z, best nye turut serta cari nama utk adik.. tak sempat la, sbb sama tu pun kecik lagi, tak ingat cmne mak ayah cari nama.. tapi best kan dpat beri nama lau buat adik..

Balas Komen ini

aimannajmy December 18, 2010 at 2:23 am

wah susah jugak ek nk mencari nama yg sesuai ni hehe… cadangan nama best? err aiman najmy kui kui kui..gurau je….
.-= aimannajmy´s last blog ..SMS penipu dan terbangang tahun ini =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 20, 2010 at 12:01 pm

@aimannajmy, aiman najmy tu dah de org book lama dulu.. hehee.. tapi aiman najmy mmg nice name..

Balas Komen ini

Zul December 18, 2010 at 11:35 am

wah dah masuk fasa carik nama nie!. Maknanya dh dekat la tu ye.. Oh ye.. yg ni anak ke berapa ye?
.-= Zul´s last blog ..Pernah Pegang Haiwan Berbisa =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 20, 2010 at 12:02 pm

@Zul, dah dekat, lebih kurang sebulan je lagi.. ni anak ke2. anak 1st awal 2 minggu, org kate kemungkinan besar 2nd pun awal.. entah la..bersedia je lah..

Balas Komen ini

akubiomed December 18, 2010 at 8:29 pm

Memang bukan senang nak cari yang memberi nak yang baik supaya sianak tidak terbeban memmbawa nama yang bakal diberikan. Nama Muhammad sekarang kena tulis penuh tidak boleh ditulis ringkas seperti Mohd tidak dibenarkan oleh JPN. Nama anak-anak sekarang kebanyakkan susah hendak disebut hingga berpintal lindah.
.-= akubiomed´s last blog ..COMBI membenteras nyamuk Aedes =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 20, 2010 at 12:03 pm

@akubiomed, itu la.. nak senang letak nama ahmad, maksud sama dgn muhammad.. mmg budak2 skg nama hebat2.. siap tiga perkataan lagi.. tu kira ok, nak yg banyak2 lagi, susah nak isi borang peksa nanti.. hehe

Balas Komen ini

Hadi Rofiee December 21, 2010 at 7:23 am

@akubiomed,

Hehe, betul tu Bro. Ada nama yang terbelit lidah nak sebut. Biar ringkas namun makna yang mendalam. :-)
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Pengguna jalan raya yang prihatin =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 21, 2010 at 1:07 pm

@Hadi Rofiee, mmg pun.. macam2 nama de..

Balas Komen ini

Panduan Buah Pinggang Sihat December 18, 2010 at 10:27 pm

Alhamdulillah,nama saya Abdullah:-).Harap-haraplah akan menjadi seorang hamba yang bertaqwa.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 20, 2010 at 12:04 pm

@Panduan Buah Pinggang Sihat, ameen.. harap2 begitulah.. abdullah, nama yg Allah suka..

Balas Komen ini

ardzham December 19, 2010 at 1:40 am

Bukan kerja mudah untuk mencari nama anak. Namun dah ada banyak buku panduan tentang nama-nama anak ni. Elok juga merujuk kepada mereka yang lebih arif tentang makna-makna nama anak kerana bimbang sebutan yang sedap tetapi mempunyai makna yang tak elok.
.-= ardzham´s last blog ..Software Blogwalking Mudah Dan Pantas =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 20, 2010 at 12:06 pm

@ardzham, betul tu.. walau pun byk rujukan, tapi kena tanya yg lebih arif, sbb kdg2 nama tu ambil dari bahasa arab lain.. makna yg baik, mmg penting pun..

Balas Komen ini

mankuchai December 19, 2010 at 1:10 pm

masa saya nak cari nama untuk anak pertama dulu..agak sukar juga he3..maklumlah excited anak pertama..tapi akhirnya jumpa juga satu nama yang kami berkenan..
.-= mankuchai´s last undefined ..Response cached until Sun 19 @ 6:09 GMT (Refreshes in 60 Minutes) =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 20, 2010 at 12:06 pm

@mankuchai, sama la… anak 1st tu last2 suami dapat baca tunggu nak bersalin kt hospital, terus je setuju, sbb makna pun ok kan..

Balas Komen ini

akublog December 20, 2010 at 12:24 am

semoga dapat nama yang terbaek untuk baby.. :)

Balas Komen ini

fiezaradzi December 20, 2010 at 12:07 pm

@akublog, ameen, harap2 begitu la..

Balas Komen ini

encik luthfi December 20, 2010 at 11:41 am

bagi nama yang simple dan mudah dipanggil tau cik kak. Nanti nama sampai dua tiga ketul last skali panggil pendek je. rugi.
jangan letak nama panjang2, nanti kalau anak pompuan nak akad nikah susah. kesian pengantin lelaki :D

Balas Komen ini

fiezaradzi December 20, 2010 at 12:09 pm

@encik luthfi, de benarnye tu… bagi tiga empat nama, last panggil satu jer.. hehee.. sbb tu nak cari yg simple je..

tul2.. nasib baik nama anak pompuan tak pjg sangat.. hehe.. tapi de certain negeri tak yah sebut pun nama pengantin pompuan.. tapi lau penang, kena sebut..

Balas Komen ini

Hadi Rofiee December 21, 2010 at 7:22 am

Hmm, semoga dapat berjumpa dengan nama yang baik2. Kelakar bila tengok sebahagian orang melayu yang cipta nama macam2. Bila dialih ke dalam bahasa arab, ada yang tak ada maksud langsung & ada yang maksudnya pelik2. Hehe. Orang yang tahu bahasa arab pasti tergelak. :D
.-= Hadi Rofiee´s last blog ..Pengguna jalan raya yang prihatin =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 21, 2010 at 1:07 pm

@Hadi Rofiee, tul tu.. de tu siap nak gabungkan nama mak ayah, tapi sayangnye tak de maksud yg baik pun..

Balas Komen ini

hafizmd December 21, 2010 at 1:20 pm

nama anak no 2…masih lagi dalam perbincangan ni..dah keluar beberapa kertas kerja..tapi keputusan belum lagi diputuskan oleh jemaah menteri…kena tunggu lagi beberapa proposal lain…hehe

walaupun tanggungjawab memberi nama itu pada ayahnya…nanti diakhirat sana…anak2 anak berbintikan ibunya…betapa istimewa kedudukan ibu…oh mama…terima kasih :D
.-= hafizmd´s last blog ..2 kali tapi tiada hasil… =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 22, 2010 at 1:40 pm

@hafizmd, proposal dri saperkah itu? jemaah menteri ok je rasanye. heheee

mmg ibu seorang yg istimewa.. hehee.. bagusnya saya jadi ibu.. hihii..

Balas Komen ini

Affan December 21, 2010 at 3:04 pm

Dah lama entry ni. masa tulis komen ni mesti dah ada nama kan. hehe.
bg nama nabi atau para sahabat ok jugak, cari yg maksud baik2 macam yg disarankan
.-= Affan´s last blog ..Tips menjadi blogger otai- terkenal dan ternama =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 22, 2010 at 1:41 pm

@Affan, lum lagi la affan.. tak lulus parlimen lagi :) tapi itulah, mmg maksud yg baik menjadi pilihan..

Balas Komen ini

fitri December 21, 2010 at 5:14 pm

saya cadangkan akak amek nama yang simple2 dan baik maksudnya..nama baby2 skang sume panjang2 lepas tu ada yang takde makna walaupun macam best je sebutannya..

kesian budak tu nak tulis nama pnjg2 tyme pekse nanti..hehehe :p
.-= fitri´s last blog ..Bas Eksiden- Bila La Nak Berakhir =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 22, 2010 at 1:42 pm

@fitri, itu lah.. mmg pun.. igt paling pjg pun nak letak 2 je, ahmad …. tak la susah sgt kan..

itulah, kesian lau pjg2 nak isi borang peksa, lau pompuan tambah pulak kesian bakal suami nak angkat nikah..

Balas Komen ini

Ladfe Amir December 22, 2010 at 2:01 pm

semoga berjaya memilih nama anak yang sesuai serta atas dasar kesepakatan

Balas Komen ini

fiezaradzi December 23, 2010 at 12:25 pm

@Ladfe Amir, tima kasih.. harap2 dapat le jumpa nama sesuai..

Balas Komen ini

Anwar Osman December 23, 2010 at 1:56 pm

Nak register Muhammad Fawwaz Rayyan atau Muhammad Fawwaz Ryan (yg nie versi glemer mat saleh) tapi sekali anak kuar perempuan. Jadila Fakhira Nour Qasreena.

Fawwaz Rayyan = Berjaya , nama pintu syurga untuk org yang berpuasa
Fakhira Nour Qasreen = Masyur, Cahaya, Istana (ibu dia pilih, terpaksa akur sebab nama laki bapak dah pilih xleh nak guna)

Takpa, aku simpan untuk yang 2nd ka kalau ada rezeki 2-3 tahun lagi. Sementara tu, sapa2 pun kalau suka amik ler. Combination Fawwaz Rayyan tu aku main letak sendiri je. Tanya Ustaz untuk maklumat lebih lanjut yer.
.-= Anwar Osman´s last blog ..Celcom Xpax-The Everyone Sales =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 23, 2010 at 3:18 pm

@Anwar Osman, mmg hebat nama anak pompuan tu.. hihi.. asalkan de maksud baik, ok la kan..

tak pe, nama anak laki tu simpan bila nnti2 dapat anak laki.. ke masa tu de nama lagi best? hehee

Balas Komen ini

adele December 24, 2010 at 3:08 pm

salam..nama saya adilah hamzah..simple je..hek2.kalo dlm kelas ke periksa ke selalu jadi nama no 1..tu yg best tu..harap kak fieza dpt lah cr nama baby yg baik maknanya..bila due datenya? :)
.-= adele´s last blog ..WhatsApp Application untuk Smart Phone Pengerat Hubungan =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 27, 2010 at 3:48 pm

@adele, itulah. selain dpt no 1, senang je kan nak isi borang peksa.. hhihii…

tima ksih. harap2 cmtu gak.. due bulan depan, antara 11-30 hb 1.. biasalah, tarikh lain2 kan.. tapi tu la waktunya..

Balas Komen ini

zik December 26, 2010 at 4:19 am

nama yang bermula huruf a ker.. ok juga.. ariff contohnya.nanti angka giliran periksa senang sikit… depan2..
.-= zik´s last blog ..Kucing paling garang !! =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 27, 2010 at 3:50 pm

@zik, insyaallah bermula huruf a, sebab nak letak ahmad.. yg lain tu ikutlah, tapi lau ikut hati tak nak la pjg2 sangat..

ariff tu mana kawan sekelas masa u yg suka usik org.. hehee.. tapi die mmg baik (die baca tak..?)

Balas Komen ini

intankuterpilih December 27, 2010 at 5:43 pm

nama anak aku luqman hakim, suka nama tu yg bermaksud luqman yg bijaksana. lagi 1, dlm quran pon ada surah luqman ni, jadi anak bila besar dia akan rasa bangga bila namanya disebut2 dlm quran dan harap2 dia akan mengikut sepertimana sifat dan kebijaksanaan Luqman al-Hakim tu…

cadangan nama anak lelaki : umar farouk atau Abdullah Umar Al-Farouk…
.-= intankuterpilih´s last blog ..Seharian Aku Mengerjakan =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 28, 2010 at 11:48 am

@intankuterpilih, mmg sedap pun nama luqman hakim tu.. moga2 nanti jadi cam luqman al-hakim..

sedap gak nama cadangan tu.. de plan nak bagi kat anak yg lain ke? ;)

Balas Komen ini

suri cahaya cinta December 28, 2010 at 12:07 pm

kalo depan letakklah Nur maksud cahaya hee..
suri nama ank mesti letak depan “Nur” walaupun depan nama suri bermula huruf U heee…

good luck mama moga kelahiran akan berjalan dgn lancar..Amin.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 28, 2010 at 2:38 pm

@suri cahaya cinta, si kakak dah de nama nur, annur.. lau diizinkan Allah, kali ni dapat boy kot, so ingat nak letak ahmad di depan..

mmg ber’cahaya’ la rumah suri kan.. hehee

Balas Komen ini

intankuterpilih December 28, 2010 at 5:02 pm

heh taklah, bg nama lain kot… nama ni sebagai cadangan utk awk je…
.-= intankuterpilih´s last blog ..Seharian Aku Mengerjakan =-.

Balas Komen ini

fiezaradzi December 29, 2010 at 3:12 pm

@intankuterpilih, tima kasih.. tima kasih.. akan diambil sbgai cadangan.. hehee..

Balas Komen ini

faizal December 28, 2010 at 10:33 pm

salam..
hahaha..ingat apa tadi..
ada sesetgah ibu bapa yang letak nama anda supaya bunyi seap didengar tapi xdak mana…
pernah dulu dengar nama baby islam nama christina..ibunya nama macam orag melayu..

Balas Komen ini

fiezaradzi December 29, 2010 at 3:14 pm

@faizal, ingat blogger mana tgh sibuk cari nama ek.. hihii.. mmg pun trend skg macam2..

mmg hebat nama christina tu.. tapi jgn sampai org konfius sudah..

Balas Komen ini

eastbullet February 13, 2011 at 8:47 pm

bab2 nama anak ni memang tak boleh nak ambil portlah.. diri ini belajar pun tak habis lagik, umur baru je mencecah angka dua awal tahun 2011..

Balas Komen ini

fiezaradzi March 9, 2011 at 3:21 pm

Xpe,lh ambil ilmu dulu,nnti bila perlu tak susah nk cari2 kan?

Balas Komen ini

Leave a Comment

CommentLuv badge

 Banner

Previous post:

Next post: