Sibuk Mencari Nama

Posted by

Terkejut dengan tajuk kat atas? Saper yang sibuk mencari nama? Blogger mana ye? Sabar, sabar.. Orang itu adalah saya.. Tapi bukan mencari nama untuk publisiti murahan atau menjaja nama. Tak de kena mengena pun. Hihii..

Disebabkan sekarang dah penghujung ‘zaman-zaman’ ibu mengandung ni, mestilah sibuk nak cari nama kan.. Nak cari kayu, nak cari kayu, nama pun de syaratnya kah? Biasanya maksud bagi nama itu adalah yang terpenting, bagi saya la. Dan mungkin sedikit berbeza, saya suka nama yang jarang digunakan dan yang mudah. Dan harap-harapnya biarlah sampai bila-bila suka saya ni.. (Aik, dah nak tambah lagi ke? rilek..rilek..)

Mempunyai maksud yang baik adalah sangat dituntut dalam Islam. Selain itu nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdur Rahman- (HR Muslim)

Selalunya kaum ibu memang sibuk nak cari nama anak kan.. De jugak yang menetapkan syarat-syarat tertentu dalam menamakan anak, seperti bermula dengan huruf tertentu atau panggilan tertentu. Tak percaya? Memang ada. Pada saya cukuplah ianya membawa maksud yang baik.

Dalam memberi nama anak dengan nama nabi atau malaikat, ada pendapat berbeza. Ada yang mengharuskan dan ada juga yang mengharamkannya. Disebut juga golongan yang berhak memberi nama adalah si bapa kerana keturunannya. Walau bagaimana pun, adalah baik jika sama-sama berbincang dengan si ibu. Pihak lain selain ibu bapa juga boleh memberi nama. Tiada masalah.

Elakkan juga memberi nama-nama yang membawa maksud yang tidak baik. Juga nama haiwan seperti Baqarah (Lembu betina). Carilah maksud yang baik supaya mereka kelak akan menjadi seperti maksud nama mereka. Begitu juga dengan panggilan atau nama glamer yang memang terkenal dan ada yang menjadikan satu tradisi di kolej-kolej mahu pun di tempat kerja (baca dalam Diari Mat Kilang la ni..hehhee..). Sebaiknya gelaran itu biarlah memberi makna yang juga baik.

Belum jumpa lagi ni nama yang menarik. Yang punya maksud baik memang banyak. Entahlah, mungkin jadi macam kakak yang mana si abah mendapat ilham ketika menunggu di hospital.. Tunggu ajela..

@fiezaradzi.com – Ada cadangan nama-nama yang best untuk bayi lelaki? heheee

Sumber bacaan 1

Contoh nama bayi lelaki

Contoh nama bayi perempuan

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *