Seni

Siti Nurhaliza Menang Lagi

Ada tengok Anugerah Bintang Popular (ABPBH) tak malam tadi? Dek kerana tv de 6 siaran jer, tengoklah anugerah ni.. Kot-kot penyanyi saya menang??? Saper tuh..?? Huhuu.. die tak menang, die buat persembahan jer.. Saper dia kalau bukan Faizal Tahir..

abpbh
antara finalis dan pemenang ABPBH 2009. Edit gambar from here

Biar pun tak menang, penyanyi lelaki popular dimenangi oleh Aizat, yang layak menang sebab bakat yang ada. Penyanyi wanita sudah tidak dapat digugat oleh Datuk Siti Nurafiza eh Siti Nurhaliza, sehinggakan terdengar beliau berkata tahun ini mungkin tahun terakhir bertanding dalam ABPBH ni. Tak tau betul ke tak, tengok jer la tahun depan. Apa pun, memang Datuk Siti terbaik. Setuju??

Jom tengok senarai pemenang popular lain…

  • Pengacara TV Lelaki – Aznil Hj. Nawawi
  • Pengacara TV Wanita – Fara Fauzana
  • Penyampai Radio Lelaki – Faizal Ismail
  • Penyampai Radio Wanita – Fara Fauzana
  • Penyanyi Duo/Artis Berkumpulan – Bunkface
  • Artis Komedi Lelaki – Nabil
  • Artis Komedi Wanita – Noorkhiriah
  • Artis Baru Lelaki – Black
  • Artis Baru Wanita – Yuna
  • Pelakon TV Lelaki – Remy Ishak
  • Pelakon TV Wanita – Tiz Zaqyah
  • Penyanyi Nasyid – Rabbani
  • Penyanyi Lelaki – Aizat
  • Penyanyi Wanita – Datuk Siti Nurhaliza
  • Pelakon Filem Lelaki – Que Haidar
  • Pelakon Filem Wanita – Liyana Jasmay
  • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Khatijah Ibrahim

Dan dalam ramai-ramai ni sudah semestinya, ramai yang tertunggu-tunggu bintang yang paling bercahaya tahun 2009..

  • Bintang Paling Popular – Datuk Siti Nurhaliza

Dapatlah Datuk Siti sebuah kereta Grand Livina.. uish.. best nye kalau saya yang dapat kan.. Persembahan oleh artis-artis – de yang ok, de yang best.. Lagu-lagu lama KRU dan Feminin.. Rasa lagi best kalau dorang yang nyanyi kan.. Tapi masing-masing sudah punya komitmen sendiri.. Sebab yang dinyanyikan malam tadi kedengaran sedikit terputus-putus dekat telinga comel saya ni.. hehe..

Apa pun, adat pertandingan.. ada menang, de kalah.. Kalah, cuba lagi.. Tahniah kepada semua pemenang..

@fiezaradzi.com – Saper nak bagi kereta free kat saya?? heheee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge