Situasi Belia Sekarang

Posted by

Salam. Remaja dan juga belia merupakan mendokong (bukan buah dokong) yang bakal membawa negara ke suatu tahap pencapaian suatu hari nanti. Jadi, kiranya mereka ni harapan negara la. Namun, di sebalik harapan yang penuh  dan besar terhadap golongan ini, masih ramai lagi yang terlibat dengan pelbagai masalah. Jom kita tengok apa masalah yang berlaku pada golongan ini.

MEREMPIT

Bukan setakat di bandar malah di kampung juga berlaku hal ini. Kat kampung saya kadang-kadang waktu malam tu la sibuk dorang ni nak test motor. Nak tengok tv pun susah, apatah lagi nak beradu kan.. Kalau setakat rempit tapi tidak menyusahkan orang lain (ada ke??), kira dimaafkan la. Tapi nanti kalau ter’accident’, saper yang susah..??

rempit

pic

SAMSENG JALANAN

Kenapa saya sebut samseng? Sebabnya mereka ni berani bertindak kalau de geng ramai-ramai. Kalau sorang lawan sorang, tak tau la kan.. Kes terbaru, sekumpulan remaja membaling batu hanya kerana tidak puas hati kerana kalah pertandingan bola. Tak de semangat kesukanan langsung ni. Berita di sini.

BUANG BAYI

Kes ni memang dah melata-lata di muka bumi Malaysia ni. Dah jadi macam bukan budaya kita dah. Memang la mula-mula couple tu best. Tapi bila dah terlebih sudah, begini lah jadinya. Bayi yang tidak bersalah dijadikan mangsa. Lebih menyedihkan bayi secomel itu dibuang hidup-hidup. Sudahlah dosa berzina, di tambah lagi dosa tambahan lain.

GEJALA DADAH

Ramai juga tang terlibat dalam kes sebegini. Menjadikan satu tempat (port) untuk berkumpul ramai-ramai dan akhirnya, terjebak. Waktu tu, nak lari pun dah rasa sayang kot.. Jadi, teruskan sahaja lah. Bila tertangkap, yang malu dan susah hati, mak ayah juga.. Kesian sungguh jadi mak ayah ni..

BERGADUH

Macam-macam punca bergaduh ni. Tapi kebanyakannya disebabkan rasa tidak puas hati yang timbul. Kadang-kadang berebut awek pun ada gak. Trend sekarang ni gaduh siap berdarah-darah lagi. Pukul ramai-ramai bila tak puas hati. Bayangkan kalau yang kena pukul tu diri sendiri. Apa salahnya jika tidak puas hati selesaikan dengan cara berbincang. Kalau berebut awek pula, tak payah nak penatkan badan bergaduh. Pada saya, buang masa jer..

Banyak lagi sebenarnya masalah golongan ini, macam mencuri dan sebagainya tapi sebut lima je lah kat sini. Mungkin korang leh listkan.. Apa pun, ni semua sekadar membuka mata.. Moga kita semua tak tergolongan dalam golongan yang bermasalah ini.. Satu lagi, mungkin kita perlu cari apa penyelesaian terbaik untuk maslah-masalah seperti ini. Jom kongsi..

@fiezaradzi.com – alangkah seronoknya ada bumi yang aman damai tanpa permasalahan yang merunsingkan ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *