Sunat-sunat Wuduk

by fiezaradzi on 20 May 2011 · 20 comments

Assalamualaikum,

Sunat adalah amalan yang digalakkan melakukannya bagi beroleh lebih pahala. Apakah perkara sunat yang kita dapat lakukan ketika proses wuduk? Jom tengok ramai-ramai..

SEBELUM BERWUDUK

Bersugi/memberus gigi yang merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Sepertimana sabda Rasulullah:

Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya akan aku perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali solat

    (Muttafaq ‘alaih)

    Membaca basmalah setiap kali permulaan wuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

    …. tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

    SEMASA BERWUDUK

    Melebihkan basuhan pada setiap anggota wuduk.

    Berkumur-kumur seperti sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

    Jika engkau berwuduk, maka berkumur-kumurlah (Riwayat Abu Daud)

    Istinshaq (memasukkan air ke dalam hidung) atau istinshar (menyedut air ke dalam hidung) kemudian dihembus keluar. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    Sesiapa berwuduk maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya dan mengeluarkannya kembali… (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Menyapu semua pada bahagian kepala

    Membasuh kedua-dua belah telinga

    Menyelat celahan seperti celahan jari, misai dan janggut (jika ada). Menjadi wajib menyelati jika bagi yang misai dan janggutnya yang nipis. Juga wajib (tanpa kecuali) jika misai dan janggut ada pada wajah wanita sama ada nipis atau lebat.

    Mendahulukan membasuh anggota kanan dari anggota kiri. Maksud sabda Rasullullah s.a.w.:

    Apabila kamu memakai pakaian dan apabila berwuduk, maka mulakanlah dari sebealh kananmu (Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi)

    Menghadap kiblat ketika berwuduk (mazhab Hanafi dan Maliki)

    Membasuh dan menyapu setiap anggota sebanyak tiga kali

    Menggosok-gosok secara lembut anggota wuduk

    Bersederhana menggunakan air ketika berwuduk

    Tidak bercakap-cakap semasa berwuduk

    SELEPAS WUDUK

    Berdoa. Doa selepas wuduk seperti

    edit gambar dari sini

    Ertinya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah! jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang ahli taubat dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang soleh.

    Solat dua rakaat selepas berwuduk.

    Ini adalah renungan dan peringatan buat kita untuk dikongsi bersama-sama. Kalau buat, dapat pahala kan.. Jom.. Dah solat ke belum?

    SUMBER DARI: Majalah Solusi isu #21, Fiqah Wanita, Husna Hassan.

    @fiezaradzi.com – Suka tempat solat wanita (awam) yang tempat berwuduk diletakkan bersama-sama. Kalau kat luar dari tempat solat, faham-faham je lah..

    { 20 comments… read them below or add one }

    ohcikgu May 20, 2011 at 2:58 pm

    bagus nih..tapi ramai yang tak tahu..dan tak amalkan..
    post terbaru ohcikgu ..Sejarah dan evolusi Kad Pengenalan Malaysia

    Balas Komen ini

    fiezaradzi May 30, 2011 at 11:50 am

    untuk peringatan bersama.. marilah kita amalkan..

    Balas Komen ini

    bEe May 20, 2011 at 6:17 pm

    Hehehehe, perkongsian ilmu yg bagus utk hari Jumaat yg mulia ni :-)

    Balas Komen ini

    fiezaradzi May 30, 2011 at 11:50 am

    hehe, semoga dapat dikongsi bersama

    Balas Komen ini

    suri May 31, 2011 at 9:55 pm

    yang mmbaca dapt pahala yang menulis dpt pahala yg setimpal

    Balas Komen ini

    fiezaradzi June 1, 2011 at 3:23 pm

    alhamdulillah.. harap2 begitu la..

    Balas Komen ini

    kamil May 21, 2011 at 9:31 am

    i pn lupe dh doa lepas wudhuk hehe..thanks for sharing. =)
    post terbaru kamil ..wanita dan rokok

    Balas Komen ini

    fiezaradzi May 30, 2011 at 11:51 am

    sama2.. alhamdulillah, dapat jugak berkongsi mana yg leh kan..

    Balas Komen ini

    sya May 21, 2011 at 11:06 am

    wah, bagus perkongsian ni fieza..
    thanks for sharing… :)
    post terbaru sya ..sebulan sudah…

    Balas Komen ini

    fiezaradzi May 30, 2011 at 11:52 am

    sama2 sya.. utk sama2 kita renungkan.. dan amalkan

    Balas Komen ini

    MDHAFiZ.NET May 22, 2011 at 11:50 am

    Sungguh setiap sunnah Rosululloh itu terdapat 1001 kejayaan :)
    post terbaru MDHAFiZ.NET ..Most Expensive Cars In The World Top 10 List 2010-2011

    Balas Komen ini

    fiezaradzi May 30, 2011 at 11:52 am

    betul tu hafiz.. yg baik mari kita ikut..

    Balas Komen ini

    zik May 24, 2011 at 11:18 pm

    masukkan air dalam hidung , lepas tuh hembus… itupun sunat juga..
    post terbaru zik ..Incik Ostrich kena saman dengan polis- hah laju bebenor

    Balas Komen ini

    fiezaradzi May 30, 2011 at 11:53 am

    tul zik.. de kt atas.. istinshaq atau istinshar.. sama2 kita amalkan..

    Balas Komen ini

    samanosuke_04 May 25, 2011 at 9:35 pm

    huhu, info yang simple.. tapi aku sure ramai yang tak dapat nak buat satu2.. hehehehe.. trimas atas sharing nie..
    post terbaru samanosuke_04 ..MUSE Live @ Moscow – Olimpiski Arena

    Balas Komen ini

    fiezaradzi May 30, 2011 at 11:54 am

    simple je, tapi tak semua buat semua.. saya pun.. jom kita baiki diri..

    Balas Komen ini

    titan May 27, 2011 at 12:59 am

    kahwin 4..pun sunah gak. hehe..
    post terbaru titan ..Komisen ketiga dari 701panduan

    Balas Komen ini

    fiezaradzi May 30, 2011 at 11:55 am

    haha.. itu sunnah kena bljar tul2.. lau tak, haru jadinya..

    Balas Komen ini

    nizam June 20, 2011 at 7:16 pm

    boleh nyatakan solat selepas wuduk tu?niatnyer?

    Balas Komen ini

    fiezaradzi June 23, 2011 at 3:38 pm

    saya tak faham soklan nizam la.. o, solat sunat tu ek.. solat sunat tu seperti solat sunat b4 solat fardu, solat sunat masuk masjid.. itu le maksud di atas..

    Balas Komen ini

    Leave a Comment

    CommentLuv badge
     Banner

    Previous post:

    Next post: