Sunat-sunat Wuduk

Posted by

Assalamualaikum,

Sunat adalah amalan yang digalakkan melakukannya bagi beroleh lebih pahala. Apakah perkara sunat yang kita dapat lakukan ketika proses wuduk? Jom tengok ramai-ramai..

SEBELUM BERWUDUK

Bersugi/memberus gigi yang merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh Rasullullah s.a.w. Sepertimana sabda Rasulullah:

Seandainya tidak memberatkan umatku, nescaya akan aku perintahkan mereka untuk bersugi setiap kali solat

    (Muttafaq ‘alaih)

    Membaca basmalah setiap kali permulaan wuduk. Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

    …. tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

    SEMASA BERWUDUK

    Melebihkan basuhan pada setiap anggota wuduk.

    Berkumur-kumur seperti sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

    Jika engkau berwuduk, maka berkumur-kumurlah (Riwayat Abu Daud)

    Istinshaq (memasukkan air ke dalam hidung) atau istinshar (menyedut air ke dalam hidung) kemudian dihembus keluar. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    Sesiapa berwuduk maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya dan mengeluarkannya kembali… (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Menyapu semua pada bahagian kepala

    Membasuh kedua-dua belah telinga

    Menyelat celahan seperti celahan jari, misai dan janggut (jika ada). Menjadi wajib menyelati jika bagi yang misai dan janggutnya yang nipis. Juga wajib (tanpa kecuali) jika misai dan janggut ada pada wajah wanita sama ada nipis atau lebat.

    Mendahulukan membasuh anggota kanan dari anggota kiri. Maksud sabda Rasullullah s.a.w.:

    Apabila kamu memakai pakaian dan apabila berwuduk, maka mulakanlah dari sebealh kananmu (Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi)

    Menghadap kiblat ketika berwuduk (mazhab Hanafi dan Maliki)

    Membasuh dan menyapu setiap anggota sebanyak tiga kali

    Menggosok-gosok secara lembut anggota wuduk

    Bersederhana menggunakan air ketika berwuduk

    Tidak bercakap-cakap semasa berwuduk

    SELEPAS WUDUK

    Berdoa. Doa selepas wuduk seperti

    edit gambar dari sini

    Ertinya: Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah! jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang ahli taubat dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang soleh.

    Solat dua rakaat selepas berwuduk.

    Ini adalah renungan dan peringatan buat kita untuk dikongsi bersama-sama. Kalau buat, dapat pahala kan.. Jom.. Dah solat ke belum?

    SUMBER DARI: Majalah Solusi isu #21, Fiqah Wanita, Husna Hassan.

    @fiezaradzi.com – Suka tempat solat wanita (awam) yang tempat berwuduk diletakkan bersama-sama. Kalau kat luar dari tempat solat, faham-faham je lah..

    Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *