Makan Cendol di Acu Sup Utara

Posted by

Assalamualaikum,

Program jalan-jalan jumpa kedai makan, masih berlangsung di sini. Tahun depan bolehlah calonkan blog untuk blog food untuk award ini pulak (fuh, perasan sungguh). Alkisahnya kami teringin nak makan cendol macam cendol banting yang kononnya sedap tu. Tapi orang Banting tak belanja-belanja lagi, cari yang dekat-dekat sini sajalah.

Dekat sini, kalau cendol yang sedap, ada kat Wangsa Maju. Bagi yang biasa kat tempat tu, naik toyota vios dari trafik light Petronas Wangsa Maju, ambil simpang kiri yang ada kedai nasi lemak (sedap jugak yang ni). Jalan depan akan jumpa trafik light lagi, ambil kiri. Dekat situ biasanya ada banyak gerai makan, gerai pisang goreng, putu bambu, gerai dangai dan kedai cendol abang ni ada sebelah kiri. (Sebenarnya ini gara-gara yang hafal nama jalan itu dan nama kedai cendol itu)

Cendol dan Sup

Berbalik kepada cerita. Itu cendol Wangsa Maju. Yang kami sekeluarga (tolak si adik yang ke taska) makan adalah di Taman Batu Muda, Kuala Lumpur. Gerai ini ada menjual bihun, mee dan kuew teow sup. Namanya Ani Acu Sup Utara. Selain sup-sup tu, dia juga ada jual cendol dan ais kosong, lain-lain air sila beli di kedai lain.

"acu sup utara"

Nampak kebetulan ada toyota vios tu

Ok, pertamanya, saya makan bihun sup dan si dia pulak kuew teow sup. Sup sedap. Itu je boleh cakap. Sedap sangat pun tidak, tak sedap sangat pun tidak. Kira tekak boleh terimalah. Mungkin sebab ada perencah sup di dalamnya, jadi keaslian sup tu mungkin sedikit kurang. Tapi taklah sampai rasa yang amat sangat perencah sup itu. Kuew teow sup, ok jugak, tapi saya kurang sikit dengan segala kuew teow ni, kecuali char kuew teow penang.

Yang kedua, cendol. Peminat cendol mesti nak tahu. Manalah tahu, lebih sedap dari kat Banting tu. Ok jugak, sesuai dengan harganya RM1.50. Kurang manis daripada cendol Penang, tapi pada citarasa saya lebih sedap dan lebih banyak cendol kat Wangsa Maju tu kot. Kalau yang tak suka manis, cendol ni adalah pilihannya.

Layan gambar dulu lah..

"bihun sup cili pedas

Bihun sup harganya semangkuk RM3.50

"kuew teow sup sedap"

Kuew teaw sup dikongsi kakak pun RM3.50

"cendol kl sedap murah"

Cendol biasa banting Rm1.50

Kedudukan Acu Sup Utara ini adalah di Taman Batu Muda. Lokasinya strategik sebab dekat sangat dengan tempat budak-budak belajar dan juga kilang-kilang perusahaan kecil. Ada dua institut kat situ, Kolej Universiti Islam Antarabangsa dan juga PICOMS, bawah seliaan MAIWP. Rasanya target pembaca pembeli adalah mereka yang belajar di situ, dan ternyata sepanjang kami makan di situ, hanya kami bukan pelajar.

Untuk makanan destinasi budget, memang sangat sesuailah. Jarang nak dapat bihun sup RM3.50 semangkuk, banyak juga isi dalam mangkuknya. Rata-rata di KL ini harga semangkuk bihun sup adalah RM4.50 ke atas, sebab tu saya kata ianya adalah murah dan berbaloi.

Bagi yang nak cuba, boleh saja. Kalau dari Sentul naik kereta toyota vios, gerainya sebelah kiri, kena masuk simpang sikitlah. Kalau dari Batu Caves, sebelah kananlah jawabnya. Selamat Mencuba.

Mana nak kurus, asyik cari cendol saja.. Guna teknik bakar lemak pantas pun kalah macam ini..

@fiezaradzi.com – Banyak lagi tersimpan entry sudut makanan budget ni. Bila nak siap tah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *