Superbug – Penyelesaiannya?
2010
Baca tak pasal superbug dalam makanan hari ni? Kalau tak leh le ke sini untuk perkara yang lebih lanjut. Pernah tak kawan-kawan still sakit walau pun doktor dah beri ubat atau antibiotik untuk sakit tu?
APA ITU SUPERBUG?
Sejenis bakteria yang tahan terhadap mana-mana antibiotik. Ia lahir apabila bakteria tertentu berjaya beradaptasi terhadap sebarang ubatan atau antibiotik. Pemberian berlebihan antibiotik juga menjadi penyebab wujudnya bakteria superbug ini. Juga boleh terjadi bila ada yang tidak menghabiskan ubatan (antibiotik) yang diberi doktor apabila sakit.
Ubat baru perlu dihasilkan bagi memastikan bakteria ini dapat dihapuskan. Namun, tidak mustahil ada yang boleh beradaptasi dan ubat baru perlu dihasilkan semula. Yang terkena kesan, tentulah kita pengguna dan manusia.
PENYELESAIAN?
Satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah penggunaan probiotik, yang merupakan bakteria baik. Banyak contoh bakteria baik ni sebenarnya. Fungsinya adalah menghalang bakteria bahaya atau bakteria ‘jahat’ daripada berkembang dalam sistem pencernaan. 70-80% sistem ketahanan bergantung kepada sistem pencernaan.
MANA NAK DAPAT?
Sekarang ni dah banyak produk yang mengandungi probiotik ni. Dalam susu kanak-kanak pun dah ada. Kenal dengan minuman yogurt? Kebanyakan minuman ini ada probiotik. Cari yang ada tertulis kultur hidup. Walau pun peratus kehidupan bakteria ini sedikit diragui, namun, lebih baik ada dari tiada kan.. Ada pihak pihak yang mengeluarkan pil yang mengandungi probiotik ini. Mintak tolong pakcik google carikan ye..
Sebenarnya dalam sistem pencernaan kita juga ada. Tetapi, ye la, nama pun bakteria hidup kan.. Jadi jika tidak dapat makanan sebaiknya, benda hidup akan mati kan?
PREBIOTIK
Merupakan serat diet yang juga makanan kepada probiotik. Dalam kebanyakan makanan ada prebiotik, contohnya susu tepung. Pernah dengar FOS? (fructo-oligosaccharides). Ini adalah contoh prebiotik. Prebiotik merupakan kelompok oligosakarida. Bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah antara sumber prebiotik sedara semula jadi. Pengambilan prebiotik memudahkan badan menyerap kalsium kerana ia membantu melarutkan kalsium.
Bukanlah mahu menidakkan kuasa antibiotik kan.. Tapi terlalu banyak makan antibiotik atau ubat-ubatan ni pun tak bagus kan.. Hehhee.. Jadi buat pilihan yang bijak.. Oh ye, ibu mengandung bagus mengamalkan pengambilan probiotik kerana dapat membekalkan sistem ketahanan kepada anaknya..
@fiezaradzi.com – suka minum yakult, tapi harga leh tahan dengan botol sekecil itu.. hehee.. Anak saya panggil air sedap, sebab die suka sangat dengan air yang masam-masam camtu. Pasni balik nak minum air sedap la..
* ini adalah entry yang ke-111 buat blog ini..
** tuan punya blog bukan peniaga minuman yogurt ye. Boleh membekalkan probiotik, tapi hanya untuk binatang ternakan seperti ayam, bukan manusia.

1) tahniah untuk entri yg ke 111…cantik nombor ni…:D
2) maksudnya, lebih bagus kita tambah jumlah bakteria baik dalam usus dgn minum air probiotik?
3) superbug mmg cukup super…rasanya tiada lagi penawar utk superbug ni kan?
terima kasih utk perkongsian ni
.-= hafizmd´s last blog ..5 Hijrah untuk blogger sempena Awal Muharram… =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 10th, 2010 at 3:24 pm
@hafizmd, tima kasih.. hehee.. selalu org entry ke 100 ek.. hhihii..
ya tul, secara kajiannya begitulah.. terbukti utk haiwan (yg saya tul konfem la kan..)
setakat ni lum ada lagi.. satu cabaran utk kita sebenarnya..
[Balas]
selalu kalau dapat ubat antibiotik mesti tak penah nak habiskan…bila dah baik je, terus lupa mkn ubat antibiotik tu…
.-= intankuterpilih´s last blog ..Cinta Itu Membunuhnya =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 10th, 2010 at 3:25 pm
@intankuterpilih, ni tertib yg salah ni.. lau doktor soh habiskan, kena hbiskan, supaya next time lau kena sakit yg sama, ubat tu still ok.. lau tak, de kemungkinan ubat sama tapi sakit still tak baik2..
[Balas]
fiza, tengkiu so much for da info. heheh sbnrnye sblm bukak blog fiza, mmg tgh duk fikir nk cari info pasal superbug ini. tgk tajuk entri fiza terus je terjah….
.-= mzhany´s last blog ..Modem untuk dijual… =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 10th, 2010 at 3:27 pm
@mzhany, ye ke hany? baguslah info ni dpt membantu.. yg fiza tau mmg berkesan utk haiwan.. manusia kena amalkan selalu.. ok la.. tapi yg malas nye nak kuarkan duit tu.. hehhee
[Balas]
Probiotik juga dapat menyembukan penyakit eksim.Eksim adalah penyakit peradangan pada kulit yang disebabkan oleh aleri.
.-= Panduan Buah Pinggang Sihat´s last blog ..Kolestrol & Buah Pinggang Kronik- Bah 2 =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 10th, 2010 at 3:28 pm
@Panduan Buah Pinggang Sihat, Yg ni 1st time saya dgr.. tul ek? so, satu lagi kebaikan probiotik saya dapat hari ni. Tima kasih atas perkongsian..
[Balas]
tak pernah dengar lagi, maybe saya bleh guna kot superbug or prebiotik nih. sebab kebanyakan antibiotik macam tak jalan je.
.-= eiela´s last blog ..Mereka Alami Sindrom Motivasi Down =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 10th, 2010 at 3:28 pm
@eiela, superbug tak leh guna eiela, sbb die punca penyakit.. leh try probiotik lau antibiotik tak jalan.. mungkin sesuai utk eiela.. ne tau..
[Balas]
saya penggemar yogurt…huhu…yogurt versi ayaq la…yg masam2 tuh xleh pi..
.-= aimannajmy´s last blog ..Sayugia Studios melalui proses naik taraf =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 11th, 2010 at 6:00 pm
@aimannajmy, samalah.. yg versi melekat tu tak dapat masuk tekak la.. hehee.. versi air tu mmg sedap..
[Balas]
bagus juga ye probiotik ni.. ada khasiat tersendiri.. memang feveret yogurt ni.. hehe
.-= MR.Z´s last blog ..Kahwin Awal- Pilihan Yang Bijak =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 11th, 2010 at 6:00 pm
@MR.Z, haah, mmg bagus pun.. bagus utk penghadaman & juga utk melawan penyakit..
feveret yogurt ye? baguslah lau camtu.. boleh amalkan..
[Balas]
suka yogurt..hehe..masam2 skit…yakult?tak penah try lagi..tgk harga macam mahal je..
anyway gud info kak…
.-= fendidahada´s last blog ..Dendam Kesumat =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 15th, 2010 at 11:55 am
@fendidahada, terbalik la kita.. sis lagi suka yakult.. hehe.. yogurt kureng sikit.. tapi harga air yakult tu mmg mahal sikit..
[Balas]
anak saya bukan setakat yakult, vitagen ngan solivite pun dia suka betul. Dengan bapak2 dia sekali join minum.
.-= Zul´s last blog ..Pernah Pegang Haiwan Berbisa =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 15th, 2010 at 11:56 am
@Zul, samalah anak kita.. itu yg best tu, bapak join sekaki.. mak die tak join ke? hihii
[Balas]
Good post…byk info thanks..
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 15th, 2010 at 11:56 am
@azman, utk berkongsi bersama je man..
[Balas]
hehe.. mula2 aku ingat superbug ni sama macam firebug atau errorbug yang biasa digunakan untuk mencari kesilapan dalam setiap susunan coding.. hehe, biasalah perkara ni selalu trjadi kat ak sbgai pljar it yg gila kmputer huhu..
***
smbung blik
jadi.. probiotik bleh lawan superbug emm.. nicee ^^
ak suka mnum susu
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 15th, 2010 at 11:57 am
@diden, biasalah org it.. hehe.. lau tanya org bio plak lain plak firebug tu.. cam nama hiawan de.. hihii..
susu bagus gak, de byk kalsium..
** jrg dgr org laki suka minum susu, yg byk tak leh minum de..
[Balas]
diden Reply:
December 15th, 2010 at 12:22 pm
@fiezaradzi, haha.. tp susu sedap geeee
.-= diden´s last blog ..Fahami Hati Seorang Lelaki bila berhadapan dengan si-Dia =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 16th, 2010 at 12:06 pm
@diden, mmg pun.. suka gak minum susu, tapi lagi suka susu bercoklat.. hehee
[Balas]
banyak juga dah menulis ye..huhu..banyak betul istilah perubatan ni..sampai pening2..huhu
.-= fitri´s last blog ..Lagu Maher Zain Juara Carta Hit Era 40! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 15th, 2010 at 11:58 am
@fitri, hehee.. byk lagi org lain kot.. sehari byk post kuar.. ni sehari pun payah.. hihii.. org sains, mmg byk istilah sains kuar.. hehee
[Balas]
tips yang bagus sis
pasni kena byk minum yakult & vitegen
haha air sedap…comel ja
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 15th, 2010 at 11:59 am
@Wan Perlis, mmg sedap pun.. lau suka la.. air sedap.. padahal byk je air sedap.. uhuhu..
[Balas]
huhu..tula pasal..agaknya dr shirota punya komisyen besar sangat kot…hehe…
.-= fendidahada´s last blog ..BlogLarian membawa trafik =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 16th, 2010 at 12:04 pm
@fendidahada, mungkin la kan.. tapi lau terbukti bagus, pe salahnye bayar lebih sikit kan.. hehee
[Balas]
Ubat biotik memang perlu dihabiskan kalau tidak bakteria ini akan imun dan dengan sebab itu doktor tambah dos sampai bakteria dah tak lut bahaya tu.
.-= akubiomed´s last blog ..COMBI membenteras nyamuk Aedes =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 16th, 2010 at 12:05 pm
@akubiomed, mmg benar tu.. kdg2 dah tambah dos pun still leh tak lut.. sbb dah berubah sifatnye.. jadi pengajaran, sila habiskan antibiotik setiap kali doktor bagi..
[Balas]
betul2…produk dah terbukti baik takpe…berbaloi.daripada produk takde nama…tapi dah mahal…
.-= fendidahada´s last blog ..Oh Yeah! Sedapnye =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 16th, 2010 at 5:10 pm
@fendidahada, de benarnye tu.. kira mahal berbaloi tak pe kan.. jgn tak berbaloi..
[Balas]
betul3…macam iklan celcom tu..berbaloi-baloi….
.-= fendidahada´s last blog ..Oh Yeah! Sedapnye =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 17th, 2010 at 11:24 am
@fendidahada, ye betul..
[Balas]
bahaya juga la ek kalau tak habiskan ubat antibiotik..selalu je buat gitu..nak kena berubah ni..
.-= khairolghani´s last blog ..Contest Sayangi Mata Anda @ Hikayat Marhaen Kacak =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 17th, 2010 at 11:25 am
@khairolghani, lepas ni jgn buat lagi ek.. tambah2 lau anak yg kena makan.. igt tu.. hihii…
[Balas]
baru pertama kali dgr superbug ni rasanya.
yup, pasal probiotik tu, selalu iklan yakult ada kalau tak silap. huhu.
minuman macam tu mmg sedap, tak tak berkemampuan lah nak minum selalu
.-= Affan´s last blog ..Tips menjadi blogger otai- terkenal dan ternama =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
December 22nd, 2010 at 1:45 pm
@Affan, perkara ni dah lama sebenarnya, nak2 lau terlibat industri antibiotik.. tapi tak de pilihan.. silap, de tapi tak begitu dihebahkan..
mmg pun, sebab harga yg agak2 la kan, so minum sekali sekala jer..
[Balas]
Trackback & pingback
No trackback or pingback available for this article
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web