Tak Puas Hati Dengan Bos
2010
Salam selamat malam.. pelik jer, cam nak tidur pun de.. selamat membaca la.. Bukan apa, tadi petang, cam biasa balik dari pejabat, memang suka dengar hotfm, bersama jawa power rangers, kieran ngan aj… selalu byk topik2 best di waktu petang mereka nih. Petang tadi dorang bicarakan pasal “apa yang anda tidak puas hati dengan bos anda”.. tu yang tajuk entry kali ni camtu.. sebab… entah kenapa tertarik sangat dengan tajuk ni.. Bukan saya tak puas hati dengan bos saya.. Tak.. Tapi cam best jer.. Masa tu rasa cam nak call je jawa rangers dua orang tu.. Saya ni tergolong dua-dua; bos dan pekerja..
Saya pekerja kepada bos saya yang lagi tinggi la kan.. kuli juga la.. bos pulak sebab jadik ketua department secara mutlak.. haha.. mutlak sebab orang sikit jer, pulak tu senior.. konon la kan, bukan sebab hebat pun..
Anda ada tak puas hati dengan bos anda? Sebab pe ek.. Leh kongsi? Jom kita tengok nape pekerja tak puas hati dengan bos..
Sebagai pekerja
- Mintak bonus, kenaikan gaji, bos buat derk jer.. — terima kasih bos saya, sebab kasi up itu gaji..
- Bos asyik-asyik soh buat kerja — nak nama kerja kita, kenalah buat
- Bos pilih kasih — ni de saya dengar dalam radio tadi..
- Bos asyik nak pantau jer — de gak dgr dalam radio tadi, lau anda buat kerja dengan baik, de bos yang tak kisah pun..tapi kalau sebaliknya, bos itu entah lah..
- Bos dera — haha, tak penah dengar la pulak kan,tapi lau dah nama syarikat bos, bos leh kot buat camtu.. tapi de ke bos dera ni cam kena tumbuk ke belasah ke..?? ha.. pembantu rumah mungkin..??
- Bos tak endah kebajikan perkerja — erm..???
- Bos asyik cari kesalahan anda — Sikit-sikit anda bersalah. Camner ek..
Atau anda seorang bos.. Kenapa anda buat perkara di atas tu? Bagi saya de sebab tertentu kenapa bos buat seperti di atas..
Sebagai Bos
- Bonus/kenaikan gaji — bos tak bagi sebab syarikat bos pun belum stabil..
- Bos asyik soh buat kerja — kalau dah selalu die tgk korang main fb, main game, goyang kaki tak buat kerja, bos mana yang tak susah hati kan…
- Bos pilih kasih — anda tak cukup cantik/hensem kot..hahaaa.. mungkin sebab kasih yang dipilihnya itu rajin kerja, selalu perform dan beri sumbangan yang baik kepada syarikat kot..
- Pantau kerja — yelah, kalau dah lebih setahun anda kerja, benda yang sama anda buat, tapi asyik tak jadik jer.. habis harta syarikat anda gunakan.. Pulak tu pernah berbohong membuat sesuatu yang tidak pernah dibuat, bos mana tak hilang kepercayaan kan.. Kalau kes macam ni, memang kerap la anda kena pantau…
- Bos dera — de dateline yang perlu bos penuhi untuk kepentingan syarikat, yang mana melibatkan division anda. Jadi, nak tak nak, bos kena la dera anda buat kerja.. Takkan bos pulak nak ambil alih kerja anda kan.. Kalau kes pembantu rumah tu, mungkin anda de buat silap kot.. Tak pun bos tu memang de masalah..
- Kebajikan tak terjaga — syarikat ramai kakitangan, tak terlarat bos nak tgk sorang2.. atau bos sibuk dengan kerja/ ada masalah lain, jadi terlupa pasal anda. Atau mungkin juga bos tahu, tapi bos pun pening kepala pasal hal tu, tak tahu nak buat tindakan pe.. (leh tak alasan camni..). Atau mungkin bos ingat semua ok, sebab anda tak pernah beritahu bos..
- Cari salah — Mungkin bos nak anda fikir cara yang lebih baik untuk buat kerja tu. Atau memang dah terang-terang anda buat salah tentang kerja yang tak sepatutnya dibuat salah. Kalau salah bedah orang, tak ke susah??
Apa pun, kita perlu tahu di mana kita berada. Memang, kadang-kadang kita lupa atau tersalah pandang bila perkara itu terjadi. Kadang-kala kita fikirkan perkara yang kita buat itu benar, walau pun hakikatnya adalah perkara sebaliknya.. Jadi ingat-mengingati memang sangat2 diperlukan..
Pada saya, saya percaya dan beri kepercayaan kepada orang bawahan kita. Dan percaya bila kerja yang baik dilakukan, ada sesuatu yang perlu di’tanda’kan sebagai perhargaan atas sumbangan yang diberi. Biarpun dengan hanya membayar makan tengah hari sesekali, itu sudah cukup sebagai menghargai. Tetapi, sekiranya pekerja yang diberi amanah itu tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya, malah berulang kali melakukan kesilapan yang sama, setelah ditegur berkali-kali, apakah tindakan wajar seorang bos perlu lakukan. Teguran yang diberi seolah-olah mencurah air di daun keladi, malah tindakan seterusnya lebih menyakitkan hati..
Kadang-kadang kasihan juga, biarpun berulang kali melakukan tugasan yang sama, masih tiada perubahan. Terfikir juga, apakah yang telah dipelajari, atau pekerja seperti ini hanya melakukan kerja atas alasan wang ringgit?
Suka dengan kata-kata bos saya.. (lebih kurang camni la ek..)
Melakukan sesutu pekerjaan janganlah terlalu mengharapkan wang ringgit atau balasan (reward). Kelak suatu hari, kita juga yang akan penat dan akhirnya semangat kerja kita akan hilang tanpa kita sedari. Sumbangkan sesuatu terlebih dahulu, barulah fikirkan balasannya.
Saya suka kerana bila kita kerja begitu, kita kerja dengan minat dan jujur. Selepas ada sumbangan yang besar terhadap syarikat, barulah kita harapkan reward, itu pun kalau kita rasa kita berhak la kan.. Kalau selama ni kita curik tulang jer, pastu beri sumbangan pada syarikat, cam tak berapa patut la kan. Paling kurang anggapla ‘pencurian tulang’ kita terhadap syarikat sudah terbalas. — de ke orang fikir camni.. hahaaa…
@fiezaradzi – keyword penting dalam kerja (memetik kata seorang sahabat) — lakukan kerana Allah, ikhlaskan hati. Percaya dengan cara ini, kerja kita lebih lancar dan mudah. Dan betul, jangan terlalu impikan benda-benda yang indah sahaja..
** Camner nak ikhlaskan hati untuk berikan ilmu kepada mereka yang kurang berminat untuk menerima ilmu??
entri nie mcm tahu2 saja tengah bengang dgn bos / majikan pasal isu bonus yg baru diterima sebelum CNY lepas..bukannya saya tak dapat bonus, cuma jumlahnya yang saya pertikaikan..
yang bengangnya, staff lain yang dapat rating sama atau lebih rendah dapat bonus lebih drp saya..tak pening ke dibuatnya..performance & rating adalah berdasarkan figure & tak blh nak tipu2..
bila tanya dgn bos, inilah jawapannya: “susah nie Nad, nak check dgn orang atasan nie pasal diaorang yg decide nak bg berapa”..persoalanya adakah mereka tersalah pandang atau memang ada unsur2 kronisme dlm hal ini..ini merupakan kali ke2 saya terkena…
.-= Nadri´s last blog ..Sejarah Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 4th, 2010 at 10:29 am
@Nadri, wah.. ni cam mmg mainan politik opis nih.. susah gak camtu kan, lebih lagi bila kite perform, tapi org yg kurang perform tu dpt lebih.. mau hangin.. hahaha..
ke org yg tgh2 tu de buat kes?susah juge lau de politik sebegini..pe kate lau nadri bawak trus ke pihak atas..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Tak Puas Hati Dengan Bos =-.
[Balas]
Pernah dapat boss lelaki bujang ( tua 2-3 tahun je ) . Masa tu mengandung anak pertama..susahnyalah….. sebab dia tak faham.
.-= Kujie´s last blog ..Mcdonalds Balas Aduan Pengguna Saya =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 4th, 2010 at 1:15 pm
@Kujie, nasib baik masa saya ngandung bos saya tu dh de anak 3. hehee.. susah juger lau camtu kan kak jie..tapi nnt die sedar kot, bila dah nak jadik ayah nnt…
[Balas]
Susah jugak jadi bos nie… tapi kena amik tahu jugak la kebajikan pekerja..
.-= zik´s last blog ..Dasar petrol perlu ambil kira semua aspek =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 5th, 2010 at 10:53 am
@zik, tul tu zik.. sebab lau kebajikan tu dijaga, pekerja akan rasa dihargai.. lagi sonok bila buat kerja..tapi bila diabaikan, nak dtg kerja pun malas..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Tak Puas Hati Dengan Bos =-.
[Balas]
dulu masa kerja swasta, bos sy memang baik walaupun bukan melayu
naik gaji 2 kali setahun siap tanya berapa sy nak naik gaji
sbbnya…sy kerja tak berkira…raya ke 4 dah kerja, kerja sampai malam tak pernah claim overtime…semua kerja yg diberi sy settlekan
dan siap buat SOP untuk solve sesuatu problem..so org lain boleh follow walaupun sy tak kerja pastu
so kesimpulan kat sini…buat kerja dengan ikhlas…jgn kerja berkiblatkan DUIT
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 5th, 2010 at 11:52 pm
@mijie, saya cukup setuju dgn mijie..bila kita wat macam tu, bos pun susah nak lepaskan kita.. kita kerja pun sonok..bos saya pun tak berkira, ikutlah cuti cmner, yg nyata kerja kita siap, tapi kita tak de la pulak nak amek kesempatan dgn cuti sesuka hati..sbb kita ada hati kat kerja tu..
[Balas]
betul fieza..
kalau nak fikirkan, bila la bos nak nampak keje aku ni.. bila la bos nak bagi gaji ni.. kenapa bos bagi keje banyak sangat ni.. memang tak terfikirlah jawabnya…
yang penting, kerjakan kerana Allah.. dah tentu hati menjadi tenang…
.-= sya´s last blog ..HFMD – kali ketiga =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 8th, 2010 at 10:55 am
@sya, tul tu sya.. lau kita asyik pk camtu,last2 kita gak kecewa, sbb bos asyik2 tak nampak, asyik2 tak naik gaji.. so, bila kerja kerana Allah, kita igt tanggungjawab kita…
.-= fiezaradzi´s last blog ..Tutorial Favicon untuk Blogspot =-.
[Balas]
kat tempat kerja saya…pekerja yang belagak cam boss….maklum la dia senior….
.-= alimaz´s last blog ..Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh. =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 10th, 2010 at 3:35 pm
@alimaz, susah gak lau camtu ek alimaz..tu kes diri tak bape sedar kot..hihii
[Balas]
Salam…
hoho…bestla entri nie..mmg ader mengene ngan diri sendiri..hehe..
Bos cm double standard..
.-= oh!dawie´s last blog ..Crocs…oh Crocs.. =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 10th, 2010 at 3:36 pm
@oh!dawie, double standard cam ne tu dawie?tak patut bos camtu kan..
[Balas]
takmo keje bawah orang lainnn!!! Hehe nielaa akibatnye kalo obsess sangat dengan ‘rich dad poor dad’ hahaha.. aku tk keje lagi, tak feel aper yang ko feel.. hehehe
.-= samanosuke_04´s last blog ..Sikit Follower Twitter? Jom Retweet! =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
March 10th, 2010 at 3:36 pm
@samanosuke_04, lau de niat nak keje sendiri, baguslah.. tapi bila dah jadik bos, jadilah bos yang baik..
[Balas]
salam..alhamdulillah bos ku baik2 ajer..bos sslu msuk lwt..tak pun ptg2 baru nampak muka dia..huhu..
[Balas]
bagus teknologi skg. siap boleh tipu2 ayam lagi. guna lampu je kan? ke ada cara lain?
.-= Amir´s last blog ..Din Beramboi Meninggal Dunia =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 4th, 2010 at 12:46 am
@Amir, haah, amir.. guna lampu jer.. tutup semua rumah bagi gelap, pastu main2 on off lampu jer..ayam boleh tertipu..
ne tau pasal ni?
[Balas]
Betul la tu, kita harus melihat dari 2 sisi. Dari sisi sebagai pekerja dan dari sisi sebagai boss. Dari situ kita bisa lihat diri kita sendiri.
.-= Lowongan Kerja´s last blog ..Hotel Ibis Tamarin Vacancies 2010 Waitress, Front Office =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 14th, 2010 at 9:36 am
@Lowongan Kerja, saya mmg setuju lau camtu.. jgn fikir diri kita je kan..barulah leh kerja dgn aman dan baik..
.-= fiezaradzi´s last blog ..Fenomena Digital =-.
[Balas]
Kalau sakit hati dengan bos, baca kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:
Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.
“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.
Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 1st, 2011 at 12:38 pm
Klakar ni.. Hehe
[Balas]
Trackback & pingback
No trackback or pingback available for this article
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web