Tak Puas Hati Dengan Bos

Posted by

Salam selamat malam.. pelik jer, cam nak tidur pun de.. selamat membaca la.. Bukan apa, tadi petang, cam biasa balik dari pejabat, memang suka dengar hotfm, bersama jawa power rangers, kieran ngan aj… selalu byk topik2 best di waktu petang mereka nih. Petang tadi dorang bicarakan pasal “apa yang anda tidak puas hati dengan bos anda”.. tu yang tajuk entry kali ni camtu.. sebab… entah kenapa tertarik sangat dengan tajuk ni.. Bukan saya tak puas hati dengan bos saya.. Tak.. Tapi cam best jer.. Masa tu rasa cam nak call je jawa rangers dua orang tu.. Saya ni tergolong dua-dua; bos dan pekerja..

Saya pekerja kepada bos saya yang lagi tinggi la kan.. kuli juga la.. bos pulak sebab jadik ketua department secara mutlak.. haha.. mutlak sebab orang sikit jer, pulak tu senior.. konon la kan, bukan sebab hebat pun..

Anda ada tak puas hati dengan bos anda? Sebab pe ek.. Leh kongsi? Jom kita tengok nape pekerja tak puas hati dengan bos..

Sebagai pekerja

  1. Mintak bonus, kenaikan gaji, bos buat derk jer.. — terima kasih bos saya, sebab kasi up itu gaji..
  2. Bos asyik-asyik soh buat kerja — nak nama kerja kita, kenalah buat
  3. Bos pilih kasih — ni de saya dengar dalam radio tadi..
  4. Bos asyik nak pantau jer — de gak dgr dalam radio tadi, lau anda buat kerja dengan baik, de bos yang tak kisah pun..tapi kalau sebaliknya, bos itu entah lah..
  5. Bos dera — haha, tak penah dengar la pulak kan,tapi lau dah nama syarikat bos, bos leh kot buat camtu.. tapi de ke bos dera ni cam kena tumbuk ke belasah ke..?? ha.. pembantu rumah mungkin..??
  6. Bos tak endah kebajikan perkerja — erm..???
  7. Bos asyik cari kesalahan anda — Sikit-sikit anda bersalah. Camner ek..

Atau anda seorang bos.. Kenapa anda buat perkara di atas tu? Bagi saya de sebab tertentu kenapa bos buat seperti di atas..

Sebagai Bos

  1. Bonus/kenaikan gaji — bos tak bagi sebab syarikat bos pun belum stabil..
  2. Bos asyik soh buat kerja — kalau dah selalu die tgk korang main fb, main game, goyang kaki tak buat kerja, bos mana yang tak susah hati kan…
  3. Bos pilih kasih — anda tak cukup cantik/hensem kot..hahaaa.. mungkin sebab kasih yang dipilihnya itu rajin kerja, selalu perform dan beri sumbangan yang baik kepada syarikat kot..
  4. Pantau kerja — yelah, kalau dah lebih setahun anda kerja, benda yang sama anda buat, tapi asyik tak jadik jer.. habis harta syarikat anda gunakan.. Pulak tu pernah berbohong membuat sesuatu yang tidak pernah dibuat, bos mana tak hilang kepercayaan kan.. Kalau kes macam ni, memang kerap la anda kena pantau…
  5. Bos dera — de dateline yang perlu bos penuhi untuk kepentingan syarikat, yang mana melibatkan division anda. Jadi, nak tak nak, bos kena la dera anda buat kerja.. Takkan bos pulak nak ambil alih kerja anda kan.. Kalau kes pembantu rumah tu, mungkin anda de buat silap kot.. Tak pun bos tu memang de masalah..
  6. Kebajikan tak terjaga — syarikat ramai kakitangan, tak terlarat bos nak tgk sorang2.. atau bos sibuk dengan kerja/ ada masalah lain, jadi terlupa pasal anda. Atau mungkin juga bos tahu, tapi bos pun pening kepala pasal hal tu, tak tahu nak buat tindakan pe.. (leh tak alasan camni..). Atau mungkin bos ingat semua ok, sebab anda tak pernah beritahu bos..
  7. Cari salah — Mungkin bos nak anda fikir cara yang lebih baik untuk buat kerja tu. Atau memang dah terang-terang anda buat salah tentang kerja yang tak sepatutnya dibuat salah. Kalau salah bedah orang, tak ke susah??

Apa pun, kita perlu tahu di mana kita berada. Memang, kadang-kadang kita lupa atau tersalah pandang bila perkara itu terjadi. Kadang-kala kita fikirkan perkara yang kita buat itu benar, walau pun hakikatnya adalah perkara sebaliknya.. Jadi ingat-mengingati memang sangat2 diperlukan..

Pada saya, saya percaya dan beri kepercayaan kepada orang bawahan kita. Dan percaya bila kerja yang baik dilakukan, ada sesuatu yang perlu di’tanda’kan sebagai perhargaan atas sumbangan yang diberi. Biarpun dengan hanya membayar makan tengah hari sesekali, itu sudah cukup sebagai menghargai. Tetapi, sekiranya pekerja yang diberi amanah itu tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya, malah berulang kali melakukan kesilapan yang sama, setelah ditegur berkali-kali, apakah tindakan wajar seorang bos perlu lakukan. Teguran yang diberi seolah-olah mencurah air di daun keladi, malah tindakan seterusnya lebih menyakitkan hati..

Kadang-kadang kasihan juga, biarpun berulang kali melakukan tugasan yang sama, masih tiada perubahan. Terfikir juga, apakah yang telah dipelajari, atau pekerja seperti ini hanya melakukan kerja atas alasan wang ringgit?

Suka dengan kata-kata bos saya.. (lebih kurang camni la ek..)

Melakukan sesutu pekerjaan janganlah terlalu mengharapkan wang ringgit atau balasan (reward). Kelak suatu hari, kita juga yang akan penat dan akhirnya semangat kerja kita akan hilang tanpa kita sedari. Sumbangkan sesuatu terlebih dahulu, barulah fikirkan balasannya.

Saya suka kerana bila kita kerja begitu, kita kerja dengan minat dan jujur. Selepas ada sumbangan yang besar terhadap syarikat, barulah kita harapkan reward, itu pun kalau kita rasa kita berhak la kan.. Kalau selama ni kita curik tulang jer, pastu beri sumbangan pada syarikat, cam tak berapa patut la kan. Paling kurang anggapla ‘pencurian tulang’ kita terhadap syarikat sudah terbalas. — de ke orang fikir camni.. hahaaa…

@fiezaradzi – keyword penting dalam kerja (memetik kata seorang sahabat) — lakukan kerana Allah, ikhlaskan hati. Percaya dengan cara ini, kerja kita lebih lancar dan mudah. Dan betul, jangan terlalu impikan benda-benda yang indah sahaja..

** Camner nak ikhlaskan hati untuk berikan ilmu kepada mereka yang kurang berminat untuk menerima ilmu??

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *