Gejala Penyakit Keputihan

Gejala Penyakit Keputihan – Untuk Wanita Sahaja…

Assalamualaikum,

Entry kali ini khas untuk wanita, tapi kalau yang lelaki nak ambil tahu, boleh juga. Kot-kot la boleh jadi berguna untuk yang dah berkahwin dan bakal berkahwin nanti kan…

Penyakit keputihan adalah perkara biasa yang terjadi di kebanyakan wanita. Yang membezakannya hanyalah tahap keseriusan penyakit ini.

Banyak dapat soalan di bahagian komen untuk entry ini. Untuk makluman, saya ni bukanlah doktor yang boleh menjawab soalan-soalan yang sememangnya mencabar. Sekadar berkongsi maklumat dan pengetahuan yang ada sikit-sikit je. Ada situasi tertentu yang hampir serupa tetapi tidaklah serius hingga ke tahap kanser serviks itu.

Warna dan Ciri Lelehan Faraj

Tidak semua lelehan yang keluar menandakan adanya penyakit. Biasanya masalah keputihan ni boleh berlaku disebabkan adanya jangkitan kulat. Tapi, jika lebih kronik, pemeriksaan dan rawatan lanjut perlu dilakukan. Takut-takut, bagi yang sedang hamil ia menandakan ada pulak masalah kencing manis. Bagi yang tidak hamil pula, mungkin ia ada kaitan dengan stress, atau ketika imuniti badan lemah. Tapi, masalah keputihan ini memang masalah normal jika berlaku.

Warna Jernih – Ianya adalah normal jika lelehan bersifat jernih, banyak lendir dan tidak berbau. Biasanya keadaan ini boleh berlaku dua minggu menjelang haid, di mana ia di sekitar waktu subur, ketika hormon estrogen tinggi atau pun ketika stress.

Warna Putih – Penyakit keputihan biasanya berlaku disebabkan jangkitan kulat Candida albicans. Tanda-tandanya adalah lelehan berwarna putih, berair dan berbau busuk. Kegatalan juga mungkin berlaku malah ada yang rasa sakit ketika membuang air kecil.

Warna Putih Pekat – Jika lelehan seperti yang dinyatakan, atau kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dan bau yang tidak menyenangkan, malah jika lebih teruk rupa lelehan adalah seperti tairu, kemungkinan besar berlaku radang pada serviks dan vagina. Tanda-tanda ini juga berpunca dari jangkitan Candida albicans.

Warna Coklat – Petanda pembuluh darah pada serviks atau endometriosis mengalami gangguan dapat dilihat dengan keluarnya lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap. Warna coklat mungkin disebabkan pendarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar menjadi warna coklat.

Merah Muda – Lelehan yang berwarna merah muda, cair dan sangat banyak tetapi tidak berbau biasanya diakibatkan oleh jangkitan bakteria. Wanita yang bersalin biasa mengalami keputihan seperti ini. Ia juga mungkin petanda haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Gejala ini juga mungkin timbul bila adanya hormon estrogen yang berlebihan.

CARA MERAWAT KEPUTIHAN – DAPATKANNYA DI SINI SEKARANG!!!

Selain warna-warna dan ciri-ciri di atas, ada lagi beberapa ciri lain yang belum dinyatakan. Nanti kita sambung ye.. Part 2.. Janganlah risau sangat jika ada alami gejala seperti di atas. Apa pun, jika wanita di luar sana rasa lain dari biasa, dan tidak pasti mahu pun tidak selesa, rasanya lebih baik ke klinik, kerajaan mahupun swasta, untuk dapatkan pemeriksaan dan seterusnya membuat rawatan. Kang melarat susah juga kan..

@fiezaradzi.com – Gejala Penyakit Keputihan, jadi wanita ni memang banyak perlu dijaga. Lepas ni kita kongsi cara merawat keputihan pula ye..

SUMBER DARI: Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal, PP Umra, Majalah Pa&Ma, Mac 2010.

1 comment… add one
  1. Ira 3 August 2017, 11:14 am

    Penting untuk kita pastikan tahap kesihatan kita. Mencegah lebih baik daripada merawat kan.
    post terbaru Ira ..Keajaiban Perjalanan Hidup Seorang Wanita

    Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge