ITech Seni

Tangkal Ajaib – Kayu Bercahaya

Adik: Wah, kakak main apa tu? Macam best je. Siap ada cahaya tu.. Ajaibnya..

Kakak: Adik, ni namanya light stick, atau fluorence stick atau pun tiub yang bercahaya.. Tak ajaib mana pun..

Adik: Mana kakak dapat ni? Adik nak satu boleh?

Kakak: Nah, satu je.. Kakak dapat pun Pak Ngah dengan Mak Ngah yang bagi.

Adik: Tadi kakak cakap tak ajaib pun, kenapa?

Kakak: Ye lah, sebenarnya ada tindak balas kimia dalam ni, sebab tu tiub ni boleh bercahaya.

Adik: Tindak balas kimia? Apa tu? Adik tertanya-tanya jugak, macam mana tiub plastik ni boleh keluarkan cahaya.

Kakak: Kalau adik nak tahu dalam ni ada 3 bahan utama.

Adik: 3 bahan, apa dia kakak?

Kakak: Dalam ni ada larutan hidrogen peroksida (hydrogen peroxide), larutan yang mengandungi phenyl oxalate ester dan juga pewarna yang bercahaya atau fluorescent dye.

Adik: Oo, habis, macam mana dia boleh bercahaya pulak kak?

Kakak: Tiub plastik ni ada satu lapisan kaca nipis di dalamnya. Bila lapisan tu dipecahkan, hidrogen peroksida akan mengoksidakan phenyl oxalate ester, yang akan menghasilkan satu bahan kimia lain yang dipanggil fenol (phenol) dan juga ester peroxyacid yang tidak stabil. Ester yang tidak stabil itu seterusnya akan diurai, mengakibatkan berlaku penambahan fenol, dan juga satu bahan peroxy yang seterusnya diurai lagi menjadi karbon dioksida. Penguraian ini membebaskan tenaga kepada pewarna yang sedia ada. Elektron di dalam dye akan bergerak ke aras yang lebih tinggi dan jatuh semula, yang mana ia membebaskan tenaga dalam bentuk cahaya. Jadi tiub tersebut akan bercahaya mengikut kepada warna yang diletakkan di dalamnya.

Adik: oo, macam tu, walau pun adik faham sikit-sikit jer.. Habis, macam mana kita nak bagi tiub ini ada cahaya ni kakak? Tak sabar nak main ni..

Kakak: La, adik ni, ketuk je atau pun bengkokkan tiub ni. Kan dengar de bunyi macam pecah-pecah tu?

Adik: ada, ada, ada.. Eh, kakak, adik pernah tengok tiub ni, masa tu orang guna untuk projek fotografi, adik tak ingat apa, tapi ada demo dalam program sejuta impian kat tv3 tu..

Kakak: Memang pun, selain tu berguna untuk penyelam, untuk perkhemahan, untuk perhiasan dan macam kita ni, main-main..

Adik: Jom main kak.. Cantiknya..

Sumber bacaan:

http://chemistry.about.com/od/howthingsworkfaqs/a/howlightsticks.htm

http://science.howstuffworks.com/innovation/everyday-innovations/light-stick.htm

 terima kasih gambar, dari

http://www.ehow.com/how_7700678_cut-open-neon-glow-sticks.html

 @fiezaradzi.com – Dulu main jer, tak terfikir macam mana tiub plastik tu keluarkan cahaya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge