Tarikh Menarik 2011

Posted by

Lama tak berupdate. Entah kenapa, mood nak update tu jadi hilang tiba-tiba.. huhuu.. Oh ye, tak update bukan sebab dah bersalin ye. Belum lagi. Tengah tunggu hari-hari ni.. heheee..

Tahun 2011 dah pun berlalu dah hampir 13 hari. Cepat sungguh kan.. huhu.. Ok, berbalik kepada tajuk asal, tarikh yang menarik untuk 2011 ni. Bukan tarikh buat diri saya, tapi tarikh yang selalunya menjadi idaman orang untuk buat sesuatu perkara. Jom tengok..

  1. 1 Januari 2011 – boleh ditulis 1.1.11. Jadi no satu je de kan.. Dah pun berlalu kan…
  2. 11 Januari 2011 – Ikutkan tarikh scan, kemungkinan besar bersalin pada 11.1.11 ni. Tapi nampaknya tarikh ni pun berlalu tanpa ada kelahiran bayi.. Hehee. tapi de kawan yang bersalin hari nombor 1 semua ni..
  3. 11 Februari 2011 – kalau ditulis dengan nombor, tarikhnya jadi begini, 11.02.2011, seolah-olah 2011 yang diterbalikkan.
  4. 9 Oktober 2011 – kenapa tarikh ni best? Sebab kalau ditulis nombornya menjadi 9.10.11, jadi 9,10,11 kan? heheehe..
  5. 11 Oktober 2011 – Best jugak sebab 11.10.11, di mana 10 tu di tengah-tengah, diapit oleh nombor 11
  6. 11 November 2011 – Yang ni konfem ramai yang nak buat majlis kahwin ni. Sebabnya dia akan jadi 11.11.11 kan? Ada yang suka pilih majlis-majlis untuk diingati dengan tarikh yang menarik. Ada sesapa yang plan nak kahwin tarikh ni ke?
  7. 20 November 2011 – Yang ni pulak akan jadi tahun 2011 yang duilang, 20.11.2011. Kalau ambil tahun tu 2011 la kan..
  8. Last kot, 13 Disember 2011 – ditulis dengan nombor sebagai 13.12.11. Kalau tadi 9,10,11, ni jadi menurun plak, 13,12,11. Ok tak?

Sebenarnya tiap-tiap hari menarik kan? Nama pun kehidupan. Life is beautiful kan? hehee.. Saje je ni, buat syarat update blog. Kot-kot la ada yang terfikir nak jadikan tarikh yang diingati sampai bila-bila…

@fiezaradzi.com – Berdebar-debar lagi menunggu famili baru lahir ni.. Macam mana plak kali ni kan? Doakan saya ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *