Lifestyle

Hujung Minggu Blogger Bukan Makcik

Assalamualaikum,

Hujung minggu baru-baru ni tak lekat rumah. Ada aktiviti menarik dengan keluarga dan kawan-kawan sebenarnya. Reunion kawan satu universiti secara kecil-kecilan. Kenapa kecil? Sebab aktiviti tu melibatkan kawan-kawan lelaki je. Tapi disebabkan encik suami ada, jadi saya pun terlibat sama.

Reunion bertempat di Pantai Port Dickson. Antara tempat menarik Negeri Sembilan ni. Kalau dari KL, ada signboard exit Port Dickson kat highway PLUS. Bayar RM7.70, lepas tu naik highway Seremban-Port Dickson, sampailah pantainya. Signboard ok, jangan risau. Kami tidur satu malam di Corus Paradise Apartment. Harga satu malam RM230, untuk apartment dua bilik. Kalau kongsi-kongsi, bolehlah bahagi dua, kan? Apartment ni memang tepi laut, boleh bbq dan ada lagun. Cantiklah, tapi tak nampak pulak orang bermandi-manda. Petang tu sempat kami ajak anak-anak main kat pantai Port Dickson yang ramai orang tu.

pantai pd photo portdickson_zps9f170c6e.jpg

port dickson photo pantaipd_zpsecf98cfb.jpg

Esoknya, kami bertolak dari PD menuju ke Banting. Ada misi yang perlu dicapai. Alhamdulillah, pertama kali lalu jalan lama selepas lebih kurang 10 tahun, (nasib baik tak kelaut), jumpa dengan Pantai Morib. Sepanjang perjalanan, memang tidak membosankan. Sekali sekala lalu tepi pantai. Ada beberapa tempat yang boleh singgah sepanjang jalan tu. Semuanya tepi pantai. Dan menurut blogger Banting tu, masa kakak dia kahwin, penuh homestay yang ada di sekitar kawasan tu. Ada beberapa papan tanda homestay kalau lalu jalan lama tu. Kalau nak rasa feel duduk kawasan kampung ni, boleh lah try salah satu homestay yang ada.

jalan lama photo pd-morib_zps0b74b810.jpg

Setelah beberapa ketika, sampailah kami di Pantai Morib. Ala, yang ada awek Pantai Morib tu. Tapi dalam dok cari-cari, tak nampak pulak awek yang blogger banting itu maksudkan.

pantai morib photo morib_zpsc201e2ae.jpg

Macam pernah tengok tak gambar macam ni?

morib lama photo moribbaru_zps9aa33f16.jpg

around the world

pantai morib lama photo pantaimorobbaru_zpse0b42c8b.jpg

Perjalanan diteruskan untuk merealisasikan misi kami. Bila dah jumpa pekan Banting yang ada The Store tu, dan Restoran Cendol Ibrahim Banting yang sentiasa disebut-sebut tu, tercapailah misi kami. Lagi menarik, misi berjumpa orang yang perkenalkan cendol Banting, turut tercapai. Terima kasihlah sebab sudi luangkan masa yang sibuk tu untuk berjumpa dengan kami dua orang ni.

Ulasan pasal cendol tu korang boleh baca kat sini. Memang sedap, terus teringat kat Cendol Bukit Mertajam. Rasa yang hampir sama, walaupun sekarang ni menurut ayah, cendol Bukit Mertajam dah tak kaw.Kalau korang duduk Penang, mungkin boleh cuba cendol dekat kawasan Nibong Tebal, tapi lupa nama pakcik ni, cendol dia terbaik kot setakat ni.

Penuh rasa hujung minggu kali ini. Berjumpa dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, dan jumpa dengan blogger yang belum pernah bersua muka. Kawan-kawan, tahun depan buat lagi ye reunion, boleh jumpa lagi. Titan pula, cepat-cepatlah kahwin, boleh kami try cendol Banting yang harga singgit pulak. Nak pergi macam tu je, macam jauh.

Jadi misi tercapai. Dah pun bersua muka, sebab masa SBB13 hari tu tak sempat nak jumpa. Jadi, kalau lepas ni titan cakap kakak sorang ni makcik, tak taulah. Walaupun di mata titan kakak yang sorang ni mungkin tak secomel berbanding orang itu, tapi kakak ini tetap comel dik..

@fiezaradzi.com – Ada beberapa tempat menarik sepanjang Port Dickson hingga Banting. Silalah pergi dan jangan lupa telefon titan. Tulis ikut suka hati je ni, silalah komen jika mahu.

5 thoughts on “Hujung Minggu Blogger Bukan Makcik”

  1. Sorry, but that video isn’t even minimally competently made: half of the portrait images got stretched out and distorted when they got put in landscape orientation, and they didn’t even bother to fix that before putting it out! They just rely entirely on somebody else’s music for emotional impact – which is lazy. Total hack job, 721.

  2. My developer is trying to persuade me to move to .net from PHP. I have always disliked the idea because of the expenses. But he’s tryiong none the less. I’ve been using Movable-type on several websites for about a year and am nervous about switching to another platform. I have heard fantastic things about blogengine.net. Is there a way I can transfer all my wordpress content into it? Any kind of help would be greatly appreciated!

  3. slt,a mon avis si jetait a ta place si par téléphone sa marche pas moi j’me dÃa©plcerait pour info et si y a pas de réponse je croie bien que hausserait un peut la voie pour faire bouger les choses

    1. I think you are way hip for realz, in a far-out and happening way, cool cat! At least yo&r28#17;ue not lamely trying to pretend you speak French, like SOME people do to try to impress. Le sigh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge