Personal

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum,

Memang dunia blogging ni indah orang kata. Tak kurang juga yang pahit. Tapi cerita yang pahit tu malas lah. Baik cerita yang baik-baik saja kan. Selain kita dapat ilmu dari dunia blogging ni, ada juga perkara indah lain yang berlaku. ‘Life is beautiful’ lah katakan.

Dah lama dah dapat sebenarnya, tapi baru keluar entry. Biasalah, orang ‘rajin’ update blog. Terima kasih buat suri yang sudi memberi penghargaan buat kawan-kawan seperti saya ni. Inilah hadiah yang kami dapat dari blogger suri.

"cenderahati"

Tapi, biarpun tak dapat sebarang hadiah atau pun balasan, blog suri tetap saya kunjung, jika masa mengizinkan. Sama juga seperti blog kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat semua kerana sudi singgah di sini. Tanpa anda, siapalah fiezaradzi dot com. (**Apa merepek ni tah.. tak kisahlah)

Key chain tu haruslah mama yang punya, tapi cekak tu kena bagi anak lah, sebab mak dia tak pakai. Anak pun kadang-kadang je pakai. Ikut saper tah.

Dapat dari Suri ada 2-3 bulan lepas, tapi sebab keadaan tak mengizinkan, maka baru keluar cerita basi ni. Tak kisahlah, dapat juga update. ye, saya masih bercuti. Jalan pun macam orang Jepun, yang beza, orang Jepun jalan laju, saya slow.

@fiezaradzi.com – Pahit manis yang menjadikan hidup ini indah, betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge