Aktiviti Senamrobik di Pagi Hari

Tips Kurus Badan

Assalamualaikum,

Lama entry dan gambar ini tersimpan. Sebenarnya, baru-baru ini (awal bulan lepas sebenarnya) semasa berlangsungnya acara boling bersama blogger di Berjaya Times Square, di taman rumah kami ini ada buat aktiviti senamrobik. Sebab itulah, kami tak dapat ikut serta acara blogger itu. Kalau tak, nak juga tunjuk skill main boling kan?

Awal pagi, kami berkumpul di taman fasa 4 bersama-sama anak-anak dan juga penduduk kampung taman. Ini aktiviti senamrobik pertama yang dibuat oleh rukun tetangga taman kami ini. Jadi nak kata ramai tu, tak lah sangat, tapi kira oklah. Yang penting, aktiviti ini untuk kesihatan diri sendiri juga.

Jomlah layan gambar, tulis banyak-banyak pun, korang bukan nak baca pun.

 photo sanamrobik_zps84213df2.jpg

Sebelum aktiviti bermula

 photo sanamrobik3_zpsf7e6058b.jpg

krew tv3 senamrobik. Cuba teka mana satu instruktornya?

 photo sanamrobik2_zps2eed6318.jpg

Dah nak mula ni

 photo sanamrobik4_zpsea3b5b41.jpg

Penduduk taman

 photo sanamrobik5_zps1299deff.jpg

Bila nak mula ni?

Lepas aktiviti, makan pulak nasi lemak. Macam mana tu? Penganjur kena buat sesuatu kalau nak buat lagi lepas ni. Saya tak makan, suap anak-anak je. Balik makan roti kat rumah. Itu yang makin besar badan. Kena baca tips kurus ini kalau betul-betul nak kurus. Sungguh, lepas kena appendiks tahun lepas, badan cepat naik, walau pun makan sikit je. Agaknya itu antara fungsi appendiks yang kita tak tahu kot. Apa pun, janji badan sihat.

 photo sanamrobik6_zps25af4af9.jpg

Aktiviti memenuh perut

Banyak ini je gambar yang boleh dipaparkan. Masa tengah senamrobik, tak ada gambar, sebab semua sibuk senamrobik, siapa nak ambil gambar kan? Jangan nak ngelat..

Selain aktiviti senamrobik ini, ada tips lain kalau nak kuruskan badan. Boleh baca tekan link kat bawah ini.

Tips untuk kuruskan badan

@fiezaradzi.com – Balik kampung, nak kurus macam mana, banyak makanan sedap oo…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>