Keluarga

Tips Rumah Tangga Bahagia, Hadiah Untuk Suami dan Isteri

Tips Rumah Tangga Bahagia, Hadiah untuk suami dan isteri.

Assalamualaikum,

Di kesibukan ni terasa pulak nak join sekaki slot bro denaihati tu. Sekarang ni memang sibuk dengan tugas dekat pejabat, hinggakan masa update blog, apatah lagi berjalan-jalan kat blog kawan-kawan, memang susah. Bila dah balik rumah, mood nak menulis pun macam terbang. Ini pun gagah-gagahkan tangan dan minda.

Sejak lebih kurang dua minggu ni memang lama tak bersua muka dengan encik suami. Kalau dulu, hampir setiap masa, kecuali waktu-waktu tertentu tak tengok muka suami. Yelah, takkan suami pergi toilet, nak ikut sekali kan..

Bila lama tak jumpa, memang rasa hilang, walau pun yang tak jumpa tu waktu pejabat je. Tapi, nak buat macam mana, dah bertahun macam belangkas kan. Anak-anak pun, bila sampai rumah, semua pakat nak ‘menyendeng’ jer. Siap nak gaduh sesama sendiri dah berebut ‘menyendeng’ tu. Layankan je lah..

Masuk tahun ni dah pun 6 tahun kami bergelar suami isteri. Bak kata bro denaihati, selisih faham tu memanglah ada, sedangkan lidah lagikan tergigit.. Tapi sepanjang 6 tahun tu memang mengajar sepasang suami isteri menjadi orang yang lebih dewasa, lebih rasional dan mungkin lebih bertolak ansur.  Ada kawan bujang dekat pejabat tu tanya, macam mana awal-awal kahwin, ada gaduh ke tak? Memanglah ada, tapi yang penting macam mana kita nak harungi ‘tempoh’ gaduh tu. Tips untuk isteri, kalau tak nak berlanjutan dan lebih meruncing, lebih-lebih lagi bila si suami marah-marah, lebih baik diam je. Suami pun boleh buat macam tu. Tapi, jangan le sampai diam tak sudah, sampai bila-bila pun tak selesai masalah. Maksudnya kat sini, kalau salah sorang tengah panas, janganlah sorang lagi mencurah minyak pulak kan. Kang lain jadinya. Ini fakta, sebab pernah tengok kes begini, sampaikan tangan dan segala bagai naik dan melayang. Kami tak macam tu tau..

Sejak kerja di tempat baru ni, memang biasanya saya paling awal keluar dan agaknya paling lambat balik. Nasib baik ada suami yang sudi bantu dan buat mana yang termampu. Bab menghantar anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh, memang serah kat suami. Pengorbanan tu, jangan lupa (ingatan untuk diri sendiri). Bila balik, kadang-kadang suami dah sediakan nasi dan lauk untuk anak-anak. Kakak tak makan nasi malam-malam ye dik…. Tapi de jugak masa tergoda. Masa tu memang rasa sayu, tapi suami kata dia cuba buat mana yang termampu, memang ler lagi sayu. Sob sob.. Jadinya, bila ada kesempatan, macam balik awal ke, hujung minggu ke, akan cuba masak di rumah. Paling kurang dapat juga suami dan anak-anak merasa masakan si isteri ni. Give and take la kan..

 photo keluarga_zpsf4512d79.jpg

Pada fieza, tolak ansur itu perlu. Itulah antara tips rumah tangga bahagia. Sekarang bukan lagi zaman mak buat kerja mak, ayah buat kerja ayah. Dalam setiap perkara dalam rumah tangga tidak ada yang tidak boleh diselesaikan. Inshaa Allah, kalau boleh berbincang dan bertolak ansur, perkara susah pun boleh jadi senang. Bak kata denaihati, suami isteri bukan untuk kita miliki. Yang penting, kena ingat suami dan isteri serta tugas masing-masing adalah satu anugerah dan amanah yang Allah beri untuk kita pikul. Bantu membantu dan sokong menyokong sangatlah diperlukan.

Inilah yang terbaik sebagai hadiah untuk suami atau isteri. Masing-masing memberi, masing-masing menerima.

@fiezaradzi.com – Terima kasih abang, yang tolong tak kira apa jua keadaan. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan abang. Sayang abang.. (oppss.. oppss..)

2 thoughts on “Tips Rumah Tangga Bahagia, Hadiah Untuk Suami dan Isteri”

  1. Saya yang dah 6 tahun kahwin pun suka dengan tips ni.. Betul, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

    Hadiah yang terbaik adalah sikap bertolak ansur sesama pasangan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge