ITech

Top Malaysian Blogger Yang Ingin Saya Jadikan BFF

Tarikh tutupnya malam ni, jadi seperti rakan blogger kita Benjy, saya pun nak merempit. Itulah, buat saat-saat akhir. Menaip pun salah memanjang. Ada kerja yang perlu diselesaikan, tapi memandangkan tajuk segmen macam best je, jadi, kerja tunggu kejap no…

BFF – ‘Best friend forever’, bukanlah tajuk drama terbaru yang sedang disiarkan dalam tv sekarang ni, tapi segmen ni lebih kepada menghargai rakan blogger sekalian. Tanpa anda, siapalah saya dan blog saya…

Sebenarnya anda semua adalah BFF saya, dan harap ia terus kekal sebegitu. Cuma untuk segmen ini, saya nyatakan 2-3 orang je ek.. Yang tak de nama, jangan kecik hati pulak. Kita masih boleh menjadi BFF, kerana kita masih boleh berkenalan di alam internet ini.. Yang pertama.. jeng.. jeng..jeng

Blogger yang pertamanya buat saya kenal apa itu blog, merangkap suami saya sendiri iaitu bro hafizmohd. Blog suami juga tempat saya berjalan-jalan di waktu senggang. Banyak benda yang saya peroleh dalam blog ni, walau pun hampir setiap masa kami bersama. Kadang-kadang setiap butir percakapan kami boleh dimasukkan dalam blog.. Idea.. idea..  Pandai jugak laki aku menulis ek…

Blogger suri, pemilik blog cahaya cinta juga seorang yang cukup saya kagumi. Seorang ibu, yang tidak pernah leka setiap bulan meletakkan namanya sebagai top comentator di hampir setiap blog saya pergi. kagum, ye, memang kagum sebab saya pun tak mampu jadi sehebat dia. Tap, saya berazam untuk menjadi sepertinya. Walaupun sekejap je azam itu dipadamkan dek tuntutan masa.

Sorang lagi, last ek, blog encik titan, yang selalu perasan blognya kacak. Bukan setakat membuka rahsia pencarian duit, tetapi kadang-kadang tutur bicaranya sedikit sebanyak membuatkan blog earncent menjadi kacak. Suka baca gaya penulisan beliau. Blog ye yang kacak, titan, bukan tuan punya ye..

Okaylah, harap-harap sempat jadi list dalam segmen ini. Oh ye, untuk pengetahuan semua artikel ini ditaja secara rasminya oleh Mama Murai.

@fiezaradzi.com – Tak pernah buat entry selaju ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge