Toyota Vios 2013

by fiezaradzi on 23 March 2013 · 46 comments

Assalamualaikum,

Terperap lagi entry dek kerana internet yang laju macam siput. Silap-silap siput lagi laju dari internet ni. Yang betul-betul laju nak guna, dah rasa nak tidur pulak. Sendiri yang pilih.

Bagi peminat kereta, ada tengok tak, muka buku toyota vios 2013 yang baru. Belum keluar lagi rasanya. Tapi ada yang dah kenal-kenal dengan toyota vios baru ni. Saya pun tahu masa tengah jalan-jalan kat facebook dua tiga hari lepas. Lepas tu check la blog kereta yang glamor, tengok memang ada pun rupa terbaru vios.

Kalau dulu, orang cakap toyota vios ni macam dugong la (memang tak nafikan), pendek la, dan macam-macam lagi. Tapi kalau tengok rupa toyota vios baru ni, hilanglah segala dugongnya. Tak percaya, cuba tengok gambar kat bawah ini yang diambil dari blog itu.

 photo toyotavios2013_zps02f529d5.jpg

Macam mana? Cantik tak? Ke ada yang teringin nak angkat satu. Cuma, mungkin belakang dia saya kurang berkenan sikit la. Sekarang memang fesyen belakang macam tu kot kan, supaya tak de yang langgar belakang kereta, dengan alasan tak nampak. Boleh tak?

Kalau ada yang berminat, silalah pergi toyota showroom, kot-kot ada pengenalan pasal toyota vios ini. Sungguh, saya bukanlah agen jual kereta toyota vios ye. Lagipun, ada apa dengan rupa, kalau dah jatuh cinta? Lagipun, banyak lagi ciri baik toyota vios ni kan?

@fiezaradzi.com – Kenapa tulis entry ini? Saja, berkenan dengan toyota vios..

{ 44 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge
 Banner

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: