Tragedi Malam Jumaat

Posted by

Assalamualaikum,

Petang semalam, dalam sibuk menyediakan juadah berbuka, sempat lah buat putu dalam bekas plastik bersama encik suami. Kali pertama dah berjaya, boleh baca di sini.

Al-kisahnya, nak buat kali kedua pula. Niat nak bagi jiran sebelah sikit, buat merasa. Yelah, kakak tu duduk berdua je dengan mak dia. Kadang-kdang baliklah anaknya. Apa pun, memang niat nak bagi. Petang sikit tu, bermulalah misi kedua. Sebab kali pertama dah berjaya, memang yakin kali kedua tu begitu. Laju je buat.

Batch pertama siap dikukus, buat yang kedua. Dah lepas 20 minit macam tu, angkat. Kukus bahan yang lain dulu. Sekali bila check kukusan kedua tu, macam tak berapa nak masak. Lepas ni kena masukkan semula lah. Yang pertama tadi dah selamat dikirim ke jiran. Alhamdulillah. Tercapai hasrat.

Bila masuk ketiga, azan berbuka dah berkumandang. Kami pun berbuka dulu, sambil tinggalkan kukusan ketiga sementara. Tak sapai 30minit lagi. Dalm dok syok makan ayam masak lemak tu, terbau macam plastik terbakar. Buat tak tahu je lagi. Makin lama makin kuat pulak. Sekali ke dapur, tengok tempat kukusan dalam periuk tu, dan hancur lebur dah.

Tempat kukusan dalam periuk tu plastik tebal je. Bolehlah tahan sekejap. Kalau tak cukup air, selamatlah jadinya. Lupa nak pastikan air dalam kukusan cukup ke tak. Bila tengok balik, dah kering teramat dah. Jadinya, hasil ketiga kukusan dan hancur, periuk pun hancur. Ah, selamat satu periuk. Dah bukan rezeki lah namanya tu. Apa nak buat. Redha ajelah, nak-nak bulan Ramadan ni.

Bagi merealisasikan impian makan putu sekali lagi, terpaksalah ke kedai cari periuk kukusan yang betul-betul tahan lama. Balik ni bolehlah buat putu lagi, harap-harap lagi sedap. Yeah…

 photo periukkukus_zps002bee85.jpg

@fiezaradzi.com – Boleh jadi satu pengajaran ni. Jangan sebab nak cepat, lupa nak check keadaan ok ke tak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *