Tugas Baru

Posted by

Assalamualaikum,

Setelah lapan tahun kerja di syarikat lama, nampaknya kali ni bertukar tempat kerja dan skop kerja. Selepas dua bulan grad, terus kerja di syarikat lama hinggalah 31 Oktober 2013 baru-baru ni.

Sekarang, dah bermula suasana baru, tugas baru dan kawan-kawan pun baru. Kalau dulu, teman sehati sejiwa, encik suami sentiasa ada bersama. Tapi, sekarang dah bertukar.

Tapi, nak buat macam mana kan. Terpaksa juga berubah, sebab ada perkara yang membuatkan perlu bertukar. Kesian encik suami, pergi balik kerja naik moto comelnya. Mungkin lepas ni boleh naik kereta, kalau saya guna train je pergi kerja.

 photo tawarankerja_zps7b03f72a.jpg

Ini surat tawaran masa mula-mula masuk kerja dulu. Syarikat pun dah bertukar lokasi, jawatan pun dah berubah.

Memang sayang nak tinggalkan office lama, tapi apakan daya. Ada la perkara yang terpaksa berkorban. Apa pun, hidup perlu diteruskan. Nak-nak duduk kat kota ni kan.

So, 1 November 2013, bermulalah episod kerja baru. Kena masuk minggu suai kenal dengan kerja baru dulu. Bukan minggu orientasi masuk sem universiti ye. Yang tu dah lama tinggal.. Masuk minggu suai, memang tak sempatlah nak update. Hari tu pun update secepat mungkin. Harap-harap lepas ni ada lah juga masa untuk update blog, paling kurang hujung minggu.

So, sesapa yang kerja area Petaling Jaya tu, bolehla kot tegur-tegur kalau terjumpa. Ala, area Hotel Singgahsana jugak la.. Tempat kerja area-area situ je.

Maaf ye, kalau lepas ni lagi jarang update blog ni. Haha.. Kalau jual, ada ke nak beli.. Uish… sayang, sayang ooo..

@fiezaradzi.com – Tiap-tiap hari keluar awal. Kalau drive, memang laju je bawa nak balik rumah. Lepas ni pakai driver kot. Eh, lrt mana ada driver….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *