Tutorial – Buat Icon Sendiri di Blog

Posted by

Kali ni kita tutorial sikit la. Bukan apa, dah lama saya mencari bagaimana nak buat icon atau favicon di blog. Ramai jugak blogger yang dah hebat-habat de benda ni. Saya tak la hebat, tapi nak juga de icon sendiri kan.. Nak tak blog anda jadi camni kan browser?

icon sendiri

Kalau rasa nak, senang jer.. JOm belajar.. (Oh ye, ingatan.. tutorial kali ini untuk akaun wordpress berbayar ye..)

  1. Sila ke link ini untuk dapatkan favicon anda.
  2. Boleh la upload icon/favicon/image mana-mana yang anda inginkan.

    browse&create
    browse&create
  3. Tekan ‘Create Icon’ — NO. 2 dalam gambar atas
  4. Download FavIcon.

    download
    download
  5. Cuba tengok kat file images bagi theme anda. Selalunya ada file favicon di situ. Rename / gantikan favicon lama dengan favicon anda tu
  6. Upload semua file theme ke blog anda (saya guna FireFTP).
  7. ‘Active’kan theme yang anda pilih tu.
  8. Anda sudah punya blog dengan icon sendiri.

Bagi anda yang mempunyai theme pilihan tidak mempunyai favicon:

  1. Buat langkah 1-4.
  2. Upload favicon ke blog (leh je guna FireFTP) ke folder ‘public_html.
  3. Anda perlu edit bahagian ‘header.php.’ Edit bahagian itu dengan menambah kod ini :
    <link rel=”shortcut icon” href=”favicon.ico”>
  4. Boleh Save /Updated File tu.
  5. Sila Refresh blog anda. Anda sudah boleh lihat icon anda di sebelah link URL anda.. (Mungkin sesetengahnya ambil masa sikit ye..)

De banyak cara sebenarnya. Anda hanya perlu tanya pak cik google ye.. Tapi, mostly in English.. Selamat mencuba…

@fiezaradzi – kadang-kadang tak jadi masa buat first time.. Bila ulang-ulang, jadi pula..

Kredit to: amoswong

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *