Tutorial Favicon untuk Blogspot

Posted by

Salam buat semua. Hari tu saya ada buat entry mengenai buat tutorial favicon untuk blog. Tetapi itu untuk blog berbayar/yang menggunakan sistem wordpress. Dalam tutorial tu, rmai juge (tak la ramai sangat kan..) meminta tutorial jika blog mereka adalah blogspot. Baru-baru ni saya google sikit info mengenai perkara ini. Jadi, untuk pengguna blogspot sekalian, mari kita tengok..

FAVICON

Boleh diletakkan pada browser, yang mana bila alamat blog anda ada di browser, favicon pilihan anda akan menjelma disisi alamat tersebut.

LANGKAH

A) MEMILIH/MEMUAT NAIK GAMBAR (Upload la…)

  1. Pilih mana-mana gambar yang anda suka untuk dijadikan favicon anda.
  2. Log in ke Picasa (secara automatik ada jika anda ada akaun blogspot). Log in menggunakan username dan password sama seperti akaun blogspot anda.
    picasa
  3. Jika anda belum pernah membuka akaun Picasa, sedikit informasi perlu dimasukkan, nama awal dan akhir anda.
  4. Tekan ‘I Accept’
    accept
  5. Pilih mana-mana gambar yang anda suka. Gambar yang sedia ada adalah dari blog anda. Jika inginkan gambar lain, sila ‘upload’
  6. Pilih gambar anda dan klik kanan. Pilih ‘View Image Info’
    link image
  7. Pada info gambar ada satu link iaitu ‘Location’. Copy link location gambar tersebut.

Oh ye, selain Picasa, de lagi penyedia upload image yang lain seperti Flickr dan Photobucket.

B) MEMBUAT FAVICON DI BLOG

  1. Log in akaun blogspot anda.
  2. Pilih ‘Layout’ dan “Edit HTML’
  3. Pada css dalam Edit HTML tu, sila cari ayat ini (berdekatan dengan bahagian atas HTML).
    <title><data:blog.pageTitle/></title>
  4. Tekan Enter dan masukkan ini <*>
  5. Copy dan Paste perkataan di bawah ini
    <link href=’*’ rel=’shortcut icon’ type=’image/x-icon’/>
  6. Sila gantikan * dengan link image yang anda copy di atas (Langkah no.7 bahagian A)
  7. Save changes yang anda buat dan lihat perubahan pada blog anda.

Jadi, pada mereka yang bertanya, soalan anda sudah saya jawab. Harap-harap tutorial kali ini dapat membantu anda. Cuba dulu ye..

Million credits to: eHow

@fiezaradzi.com – selamat mencuba buat pengguna blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *