Untungnya Jadi Wanita Mengandung

Posted by

Salam buat semua. Kejap je kan rasa dah nak penghujung tahun. Satu bulan je lagi. Macam tu jugak le rasanya mengandung kali ni. Kejap je dah masuk trimester ketiga. Baru-baru ni ke JPJ Wangsa Maju, untuk renew roadtax kereta. Walaupun kak jie kata boleh buat melalui myeg yang glamer tu, dan pihak bank menawarkan untuk buat serta poskan, tapi tetap rasa nak ke JPJ sendiri gak.

Jadi bersama suami ke JPJ. Cadangnya nak pergi awal, sebab JPJ tu setahunya ramai orang, sebab parking sentiasa penuh. Tetapi disebabkan cuaca pagi yang nyaman berserta dengan selimut, memang terlambat sikit. Sampai je parking dah banyak, walau pun still de kosong. Sampai kat kaunter ambil nombor, de sorang kakak yang jaga, die tanya roadtax tu saya sendiri punya ke? Disebabkan nama kereta nama saya, jadi saya pun ia kan je. Pastu die tanya satu soalan, tapi disebabkan telinga ni de masalah, kurang sikit dengarnya. Ada 2 kali gak la tanya die balik, apa dia kak? Rupa-rupanya dia tanya mengandung ke? Haah kak.

Baru saya tau wanita mengandung diberi layanan khas. Bukanlah jalan atas karpet merah, tapi dapat nombor lain. Yang saya tahu selalunya perkhidmatan tu diberi kepada warga emas atau orang kurang upaya. Jadi bila dapat nombor tu, tinggal sorang je. Tak sampai lima minit pun menunggu. Alhamdulillah, ni pun kira rezeki kan.. Tak payah lama-lama tunggu. So kejap je dapatlah roadtax (cukai jalan ye) untuk kereta tu. Best jugak jadi wanita mengandung ni kan… Antara perkara best lain bagi wanita mengandung:

  1. Dapat duduk kalau naik public transport. So, kalau anda nampak ada wanita mengandung, mungkinkah saya? Jangan lupa beri keutamaan pada golongan ini ye 😉 — Hehe.. dah jarang naik public transport sekarang…
  2. Dapat makan makanan yang jarang-jarang dimakan – ni kes mengidam la kiranya.. Tapi jangan sengaja buat ngidam pulak.. Kesian kaum suami..
  3. Tak payah buat kerja angkat-angkat berat (bukan acara angkat berat ye) yang biasa buat. Tapi kadang-kadang tu memang rasa nak buat jugak.. kan? kan?
  4. Dapat layanan best punya dari suami. Kadang-kadang suami yang tolong masak. Tapi kalau tak mengandung pun, suami saya selalu je masak atau tolong saya memasak.. Hehhee.. TQ..
  5. Dapat rasa ada nyawa dalam perut tu. Kadang-kadang tu siap leh rasa tendangan ala-ala Chicharito. Kaum lelaki mana dapat rasa camtu.. Tak gitu? Jadi, hargailah nyawa yang anda kandung..

Lagi, macam-macam lagi sebenarnya.. Ni la yang dinamakan rezeki kan.. Kadang-kadang Allah beri rezeki dalam bukan bentuk wang ringgit, tapi dalam bentuk sesuatu yang kita sendiri tak jangka.. Bersyukurlah..

Roadtax yang telah ditanggalkan..

Oh ye, info tambahan:

  1. Jika nak renew insurans kereta, perkara yang perlu adalah:
    • Geran kereta – jika tiada rekod dengan agen atau bank. Kalau guna agen insurans yang dah de rekod, mungkin tak payah kot..
    • Polisi (cover note) dari syarikat insurans terdahulu.
    • Duit untuk cover insurans.
  2. Nak renew roadtax (cukai jalan):
    • Bawa geran kereta sahaja
    • Duit – untuk bayaran cukai jalan
    • Untuk proses ni, insurans kenderaan perlu dibuat terlebih dahulu. Nanti dorang online je untuk check.

@fiezaradzi.com – Ni 1st time buat renew insurans dan roadtax sebenarnya. Sebelum ni cakap kat mak je, pastu dapat poslaju dari kampung.. Nak belajar buat sendiri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *