Kenal tak siapa Ustaz Don ni? Kalau korang biasa tengok TV Al-Hijrah, mungkin kenal. Tapi rasanya Ustaz Don ni makin terkenal kot. Bukan nak promosikan dia, tapi promosikan dakwah-dakwah (of course lah baikkan) yang dibawanya.
TV Al-Hijrah
Kalau hari tu, ada program Cinta Rasul, masa Maulidur Rasul, di siaran TV Al-Hijrah ni. Seronok tengok sambil belajar sirah dan cerita tentang junjungan kita, Rasulullah SAW. Menarik gaya yang disampaikan Ustaz Don ni.
Kalau nak tahu lebih, nak dengar cerita-cerita agama, korang boleh je buka TV Al-Hijrah, kalau kat Astro tu saluran 114. Ha, kalau nak dengar celoteh Ustaz Don ni, sila buka saluran tu pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 10.30 malam. Segmen, ce segmen ni, nama programnya ialah 30 Minit Bersama Ustaz Don. Oh ye, ada ulangan hari Jumaat, pukul 2 petang. Cuma kalau masa malam tu, macam lewat sikit kan.. Kalau diawalkan sikit, bagus juga.. Pendapat jer.
Masa Maulidur Rasul juga, Ustaz Don ada promosikan satu buku tentang biografi Rasulullah SAW. Dah pernah nampak buku tu, cuma tunggu masa je nak beli. Buat koleksi buku dan yang penting, tambah ilmu pengetahuan tetang Rasulullah SAW, junjungan kita ni kan.Tajuk buku Biografi Agung Rasulullah
Okay, tak sampai 5 minit bersama saya kan.. haha, jom kita tengok rancangan agama dan baca buku agama untuk menambah ilmu pengetahuan. Ha, lagi satu, kalau tak de astro, tahu tak siaran mana nak dapat TV Al-Hijrah ni? Tengok sini
dapat dari tv al-hijrah
@fiezaradzi.com – Ada 2,3 buku kat rumah masih tunggu turn untuk dibaca




{ 18 comments… read them below or add one }
fiza, lepas ni ada rezeki sila dapatkan buku enskilopedia SOLAT, terbitan telaga biru. serius fiza buku ni sgt la bagus, semua solat ada didalamnya siapa ada ilustrasi lagi step by step cth mcm solat jenazah.sgt bagus nanti kalau nak ajar anak kan. dan kalau nak murah sikit, pergi ekspo buku islam kt putrajaya yg sedang berlangsung smpai 4mac, bleh dpt rm90. normal price rm100.
post terbaru mzhany ..Lelaki kacak terdiri daripada yang bekerja sebagai…
insyaallah hany, cuba dapatkan..beli buku ni tak rugi.. ilmu kan.. lau bleh mmg nak pergi ekspo tu, tapi tak tau boleh ke tak.. de hal sikit..
dalam senarai wish, banyak nak beli buku ni.. hehe
Ustaz Don ini bagus juga, banyak input boleh dapat darinya.. harga buku itu berapa ya?
gaya dia sampaikan ilmu tu menarik..
lau tak silap harga buku tu dlm rm50-60 kot.. lau kena tempat leh dapat diskaun rm5-10.. hehe..
de kawan kata ada ekspo buku islam kat putrajaya sampai 4 mac, de la diskaun tu..
pernah jumpa ustaz don.. memang sempoi ustaz ni.. suka cara dia
post terbaru rahman ..Senaraikan Zulfadli Zulkifli di piala Thomas
pernah jumpa ? kat mana tu? saya pun suka gaya dia ceramah, menarik la..
Kalau di pasaran kita boleh jumpa macam-macam buku biografi pasal Rasulullah dah ada kan. Tapi apabila ada buku yang dipromosikan oleh sesorang ustaz tu maknanya buku tu memang bagus lah tu.
Insya’ Allah kalau berkelapangan saya jumpa buku tu saya akan beli.
post terbaru faizul ..Makan sampai hadam, baca sampai faham
mmg pun faizul.. lau cari kat internet, macam2 buku yg keluar.. cuma kadg2 nak cari yg cara penyampaian yg menarik.. agaknya begitulah kot, lau itu yg di promosikan, menarik lah kot..
ada terjumpa satu lagi buku, yg hampir sama, cuma telah terjual lebih 20K naskah. mungkin boleh buat perbandingan 2-2 tu..
Alhamdulillah. Mana yg sempat, kita tengok dan hayati sama2 =)
Buku tu ek, dalam list hujung bulan ni…insyaAllah
Thanks berkongsi
post terbaru hafizmd ..Ebook Percuma! Nak Tak?
insyaallah, sama2 kita kejar ilmu sebaiknya..
lagi, buku apa lagi ek? nak masuk list ni..
memang selalu gak layan ustaz don ni. celak dia memang kacak. hehe
post terbaru titan ..Komisen ke 6 dari Bidvertiser
celak dia je ek.. haha.. celak dan ilmu dia mmg kacak..
best gak klu ada pengisian yg berilmu. kita tahu tapi tak terperinci cam org2 ustazah ustaz hee klu ada siarab gini jgn sesekliu d lepaskan heeee
mmg pun suri, ilmu tu dalam kan.. kdg2 tau sikit je, yg permukaan je, yg bawah de org lain kaji, bila tgk siaran macam ni, leh tambah ilmu.. dlm sikit
Pernah nampak Ustaz Don tengah beli makanan di sebuah restoran di Bandar Seri Putra.. rasanya beliau seorang lecturer di KUIS..
post terbaru rahman ..Ekspo buku Islam terbesar di Putrajaya
begitu rupanya.. tak ngendap rumahnya di mana? hehe
cara di menyampaikan ceramah memang menarik, boleh membantu menarik minat golongan muda.
post terbaru kimmie ..Wordless Wednesday 20 – Cukup tak ni
@kimmie, betul tu.. bahasa dia pakai pun sesuai diterima semua