30 Minit Bersama Ustaz Don

Posted by

Kenal tak siapa Ustaz Don ni? Kalau korang biasa tengok TV Al-Hijrah, mungkin kenal. Tapi rasanya Ustaz Don ni makin terkenal kot. Bukan nak promosikan dia, tapi promosikan dakwah-dakwah (of course lah baikkan) yang dibawanya.

TV Al-Hijrah

Kalau hari tu, ada program Cinta Rasul, masa Maulidur Rasul, di siaran TV Al-Hijrah ni. Seronok tengok sambil belajar sirah dan cerita tentang junjungan kita, Rasulullah SAW. Menarik gaya yang disampaikan Ustaz Don ni.

Kalau nak tahu lebih, nak dengar cerita-cerita agama, korang boleh je buka TV Al-Hijrah, kalau kat Astro tu saluran 114. Ha, kalau nak dengar celoteh Ustaz Don ni, sila buka saluran tu pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 10.30 malam. Segmen, ce segmen ni, nama programnya ialah 30 Minit Bersama Ustaz Don. Oh ye, ada ulangan hari Jumaat, pukul 2 petang. Cuma kalau masa malam tu, macam lewat sikit kan.. Kalau diawalkan sikit, bagus juga.. Pendapat jer.

Masa Maulidur Rasul juga, Ustaz Don ada promosikan satu buku tentang biografi Rasulullah SAW. Dah pernah nampak buku tu, cuma tunggu masa je nak beli. Buat koleksi buku dan yang penting, tambah ilmu pengetahuan tetang Rasulullah SAW, junjungan kita ni kan.Tajuk buku Biografi Agung Rasulullah

"buku biografi agung rasulullah"boleh dapat di bukuonline2u

Okay, tak sampai 5 minit bersama saya kan.. haha, jom kita tengok rancangan agama dan baca buku agama untuk menambah ilmu pengetahuan. Ha, lagi satu, kalau tak de astro, tahu tak siaran mana nak dapat TV Al-Hijrah ni? Tengok sini

"siaran saluran tv al-hijrah"dapat dari tv al-hijrah

@fiezaradzi.com – Ada 2,3 buku kat rumah masih tunggu turn untuk dibaca

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *