Vaksinasi HPV – Langkah Pencegahan Kanser Serviks

Posted by

Assalamualaikum,

Sebelum ini terima banyak soalan berkaitan dengan kanser serviks. Nak jawab lebih-lebih pun saya bukanlah doktor pakar dalam hal ini, cuma sebarkan melalui maklumat yang saya dapat dari klinik. Jadi ambil sedikit inisiatif mencari beberapa perkara yang berkaitan dengan pemvaksinan percuma HPV yang ada di Malaysia. Harap-harap bolehlah membantu sesiapa yang ada keraguan atau pertanyaan mengenai pencegahan kanser serviks ni.

Siapa Yang Layak Menerima Suntikan HPV?

Melalui Program Pamvaksinan HPV yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sama ada mereka pelajar Tingkatan 1, mereka yang berumur 13 tahun pada tahun semasa, perempuan, berwarganegara Malaysia dan tidak hamil layak menerima vaksinasi HPV ini. Biasanya mereka yang mendapat persetujuan ibu bapa akan diberikan vaksin ini. Bagi bukan warganegara difahamkan mereka perlu mengambil di klinik swasta.

kanser servik

YANG DIKECUALIKAN DARI VAKSINASI

Belum berusia 19 tahun. Wanita yang sedang hamil juga tidak dibenarkan. Selain itu, jika penerima suntikan pernah mengalami pengsan atau kesan sampingan yang jarang dialami adalah dinasihatkan untuk mendapat perakuan dari doktor sama ada boleh atau tidak mendapatkan vaksinasi tersebut.

JUMLAH SUNTIKAN

Mereka yang layak menerima pemvaksinan HPV perlu mengambil tiga kali suntikan setiap individu.Jadual vaksinasi adalah seperti berikut:

  • Dos Pertama          – 0 bulan (hari pertama vaksinasi pertama diberikan)
  • Dos Kedua              – 1 bulan selepas dos pertama
  • Dos Ketiga              – 6 bulan selepas dos pertama

Sekiranya ada yang telah mengambil dos pertama dan terlepas dos kedua dan ketiga, atau telah mengambil dos pertama dan kedua, tetapi terlepas dos ketiga dalam masa yang telah ditetapkan, mereka masih boleh mengambil dos seterusnya di klinik, dengan membuat temujanji semula. Walau bagaimana pun, kesan optima mungkin berkurangan disebabkan masa yang lama diambil.

TEMPAT MENDAPATKAN VAKSINASI

Di mana-mana Klinik Nur Sejahtera (Klinik LPPKN) di seluruh Negara. Bagi penuntut Institusi Pengajian Awam (IPTA), vaksinasi tersebut boleh didapatkan di Pusat Kesihatan IPTA tersebut. Klinik-klinik kesihatan yang berada di bawah Pusat Program Pelalian HPV.

KESAN SAMPINGAN

Penerima suntikan HPV berkemungkinan akan mengalami loya dan pening kepala. Ia adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku ke atas seseorang penerima. Jika penerima mengalami kesan sampingan ini, individu tersebut akan diletakkan di bawah pemerhatian dan pengawasan petugas kesihatan selama 20 minit.

Individu yang menerima suntikan juga berkemungkinan mengalami rasa sakit atau kurang selesa di tempat suntikan. Juga boleh terjadi bengkak dan kemerahan. Kelenguhan, lemah otot dan letih mungkin akan dialami oleh penerima suntikan. (dianggarkan 1 bagi setiap 10 orang disuntik).

Rasa gatal, timbul bintik merah di kulit, sakit sendi dan demam pada 38 darjah Celcius atau lebih. (dianggarkan 1 bagi setiap 100 kes dilaporkan).

Jangkitan sistem pernafasan (seperti hidung, tekak dan tengkorok), pening, bengkak yang keras, kebas dan rasa mencucuk di kawasan vaksinasi. (dianggarkan kurang 1 kes setiap 100 orang, tetapi lebih 1 bagi setiap 1000 kes dilaporkan)

Alahan teruk juga boleh dialami, yang dikenali sebagai ‘anaphylactic reaction’ yang mana berlaku kesukaran bernafas dan pengsan. Kes seperti ini perlu dirujuk ke hospital dan perlu rawatan segera. Selain itu, dianggarkan 1 kes ‘Gullain Barre Syndrome’ (GBS) berlaku bagi setiap 100,000 suntikan. GBS biasanya terjadi dalam tempoh 6 minggu selepas vaksinasi diberikan. Pada anggota bahagian kaki akan mengalami ‘Acute Flacid Paralysis’ (AFP). Kes seperti ini perlu dimasukkan ke hospital.

TAHUN KELAHIRAN KUMPULAN SASAR

  • Tahun 2012 – Kumpulan sasaran lahir pada tahun 1993
  • Tahun 2013 – Kumpulan sasaran lahir pada tahun 1993 dan 1994
  • Tahun 2014 – Kumpulan sasaran lahir pada tahun 1994 dan 1995
  • Tahun 2015 – Kumpulan sasaran lahir pada tahun 1995 dan 1996

Maklumat ini adalah berkaitan dengan kanser serviks yang diperolehi dari LPPKN (bagi maklumat dan gambar) dan juga myservik. Lagi satu maklumat ini untuk vaksinasi percuma, kalau yang berbayar boleh kunjungi klinik swasta.

@fiezaradzi.com – Untuk yang berkaitan dengan kesihatan, lebih baik terus ke doktor, kita ni hanya menyampaikan maklumat yang ada..

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *