Yang Mana Satu Idaman Kalbu?
2010
ditulis oleh fiezaradzi dalam Lifestyle
Masih ingat lagi entry tentang kriteria memilih rumah? Tak sangka pula saya ramai yang tengah mencari rumah untuk dibelikan? Jadi, sudah jumpa rumah yang diidamkan? Sama ada rumah baru atau dari tangan orang (sudah dimiliki oleh orang lain), masing-masing ada prosedurnya. Untuk pembelian rumah baru, pada saya tiada banyak masalah, kerana kebanyakan urusan akan diuruskan oleh pihak peguam yang kebanyakannya telah disediakan oleh pihak pemaju. Bayaran deposit juga saya rasa tidak terlalu besar sekarang ni. Tapi bagaimana hendak membeli rumah subsale (dari tangan orang)? Sebenarnya anda boleh menyerahkan segala urusan kepada peguam atau agen dari mana anda dapatkan rumah, tetapi jika dibiarkan, kadang-kadang anda mungkin terpaksa menunggu masa yang lebih lama, malah silap hari bulan terpaksa pula keluar duit kerana dikenakan caj tambahan.
MEMILIH RUMAH ‘SUBSALE’?
- Lebih mudah, kerana jika rumah baru yang belum siap, anda perlu membayar pada bank setiap kali fasa pembinaan berubah.
- Lebih terjamin, kerana rumah telah siap, tiada risiko pemaju gagal menyiapkan rumah.
- Lokasi yang anda mahukan sudah tiada projek perumahan yang baru.
- Harga rumah baru kalau ada di kawasan itu, terlalu tinggi untuk dibiayai.
- Anda sudah serasi dengan rumah tersebut – kes jika anda mahu membeli rumah yang anda sewa.
- Siap dengan CF. Selalunya rumah lama ni memang sudah terima CF (sijil layak menduduki).
- Kalau kena dengan rezeki, tidak perlu duit tambahan kerana tidak perlu pemasangan grill, lampu dan kipas baru.
- Terdapat sedikit risiko yang mana rumah ini kebanyakkannya sudah lama, jadi perlu buat lebih pengubahsuaian.
MEMILIH RUMAH SELAIN ‘SUBSALE’
- Ada rumah sedang dalam pembinaan yang baik, anda mampu, dan lokasi yang menarik.
- Tidak mempunyai wang yang banyak kerana membeli ‘subsale’ perlukan 10% terlebih dahulu.
- ‘Subsale’ tidak menepati citarasa anda.
- Tidak boleh melakukan pengubahsuaian seperti mana yang anda mahukan.
- Terdapat risiko projek perumahan mungkin terbengkalai semasa dalam proses pembinaan. — Banyak kes berlaku, jadi sebaiknya pilih pemaju yang boleh dipercayai.
- Kemungkinan sukar memperoleh CF terutamanya jika rumah di kawasan berbukit. (Juga bergantung kepada pemaju).
- Harga rumah lama (subsale) sama atau lebih kurang dengan rumah baru idaman anda.
- Pegangan tanah tidak seperti yang anda harapkan. Sila faham terma hak milik kekal dan hak milik gadaian (freehold & leasehold). Kebanyakan pembinaan rumah baru di bandar sekarang lebih menawarkan leasehold daripada freehold. (Bergantung kepada kawasan).
Jadi, buat pilihan terbaik. Ada yang lebih gemarkan rumah baru, dengan alasan lebih bersih dan punya semangat baru untuk memulakan kehidupan yang lebih baik. Ada yang gemarkan subsale kerana lokasi yang baik. Apa pun, semuanya di tangan anda sebagai pemilik rumah.
@fiezaradzi.com – nanti-nanti kita tengok prosedur beli subsale ye? Rumah baru ni tak de pengalaman, dan rasanya lebih mudah kerana kebanyakannya diuruskan pemaju. Tinggal rumah siap dan diserahkan kunci berserta CF. Bincang lain hari ye..
Tags: CF, freehold, leasehold, pemaju perumahan, pilihan subsale atau baru, rumah, Rumah idaman, sijil layak menduduki, subsale
saya lebih suka rumah baru…rasanya kes rumah terbengkalai pun x terlalu banyak..
apa pun bergantung pd nasib..
.-= fitri´s last blog ..Melayu Bukan Tak Pandai Berniaga…Tapi =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 16th, 2010 at 2:52 pm
@fitri, memang pun, tapi area saya ni banyak. sekarang ni mungkin dah kurang dengan campur tangan kerajaan. Tapi sebelum ni mmg banyak kes.
Apa pun, terpulang kepada diri sendiri. Memang rumah baru lagi best, tapi kes saya, kawasan sini perumahan baru susah diperoleh
[Balas]
mmm bestnya ada plhn nk beli rumah..mcm sy dduk dgn mil..hermmm plh je la nak bilik yg mana..ngeeee
.-= fdhelina´s last blog ..Meraikan Gaji Pertama =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 16th, 2010 at 2:53 pm
@fdhelina, ok juga tu farra, boleh tukar2 bilik tak?
hhehehee.. duduk dengan mil pun ok, tak yah kuar duit yang besar utk tanggung kos rumah kan?
[Balas]
pengalaman beli rumah baru byk bagi pengajaran buat saya. Kerana tiada pengalamanlah saya menanggung beban kerana projek rumah terbengkalai. Dan sekarang beban membayar pd bank.Lain kali beli rumah baru yang dah siap aje lagi elok.
.-= Zul´s last blog ..Bermadah Untuk Si Janda =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 18th, 2010 at 9:59 am
@Zul, ye ke zul? kesiannya.. selama ni dgr dlm tv je mangsa2 projek terbengkalai ni.. tak sangka rakan blogger pun de yg jadi mangsa.. itulah, kt area saya pun de aprtmn yg dah lama terbengkalai.. pe la jadi dgn nasib dorang.. mesti seksa kan, bayar sesuatu tapi hasil tak de dpn mata..
dulu saya pun takut juga kes2 cmni, itu yg amek keputusan beli rumah siap/beli rumah lama ni..
[Balas]
wow..macam tau-tau aje! hehe..kebetulan saya juga sedang dalam proses mencari rumah. Thanks a lot my friend! Baru saya faham apa dia rumah subsale.
.-= ShueQry´s last blog ..Lotus Racing F1 Lawan Lotus Group-Tony Fernandes Lawan Proton =-.
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 18th, 2010 at 10:00 am
@ShueQry, sama2.. moga2 bermanfaat.. harap dapat mbantu wpun sedikit..
[Balas]
saya duduk rumah baru juga dah 3 tahun.. tapi kena tahan gak sebab bulan2 bayar 600 kt mbsb huhu..copeklah habis adeii…
[Balas]
fiezaradzi Reply:
November 24th, 2010 at 11:57 am
@suri cahaya cinta, lama lagi tu suri, baru 3 tahun kan.. de lagi byk tahun.. samalah, ni pun baru setahun lebih.. pjg lagi masa nak byar.. huhuuhu
[Balas]
Trackback & pingback
No trackback or pingback available for this article
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web