Lelaki Misteri

Posted by

Salam semua. lama tak update. Bukan pe, sehari dua ni kesihatan sedikit terganggu. Allah bagi ujian. Mula-mula sakit tekak, pastu batuk-batuk, pastu perut pulak buat hal. Hari ni still rasa sakit lagi perut. Tak penah cuti sebab tak sakit ni, semalam ‘ter’cuti la pulak. hihi.. AKu redha dengan ujian Mu Ya Allah..

Pagi tadi sebelum suami ke rumah bos (dorang ke Johor lagi..), suami belikan paper, dengan tajuk depannya, ‘Amukan Tukul Besi Lelaki Misteri‘. Bila baca, ya Allah, sampai macam ni. Habis kanak-kanak menjadi mangsa. Kisahnya mengenai seorang lelaki yang mengamuk di sebuah tadika di Muar. Tadika Sinario namanya. Boleh baca di akhbar atau link di atas ek..

Apalah nak jadi sekarang ni. Tak cukup kanak-kanak didera, kanak-kanak dibuang, ni pulak tak de ribut pe, kanak-kanak diserang. Dua daripada tiga kanak-kanak yang menjadi mangsa, retak tempurung kepala. Kesiannya. CUba bayangkan, kalau kanak-kanak tu anak-anak kita.. Luluh hati rasanya. Sungguh manusia sekarang ni tak berperikamanusiaan — bagi yang melakukan perkara sebegini la..

Kanak-kanak kan tak bersalah. Kalau de pun yang salah, tak sepatutnya tindakan sebegini dibuat. Sungguh geram sangat dengan orang yang begini. Mungkin lelaki misteri tu de masalah mental, tapi tah la, siap tutup muka dengan helmet penuh, takkan tu dikatakan de masalah mental. Apa pun, tunggu dan lihat lah siapa suspek yang kejam sungguh tu.

Kepada mangsa-mangsa, semoga mereka ni sihat, dan semoga trauma yang menimpa mereka akan hilang dek peredaran masa. Selalunya kanak-kanak kalau terima kemalangan sebegini akan de efek kan. Jadi harap-harap mereka ni tak de la camtu. Keluarga mangsa pun harap-harapnya tabah menerima ujian. Ye lah, hantar anak ke tadika untuk menimba ilmu, tiba-tiba jadi camni. Mak ayah mana tak sedih kan..

Kepada pihak berkuasa, moga dapat ditangkap orang yang kejam tu. Juga sesiapa yang de maklumat, silalah hubungi saya pihak berkuasa agar perkara yang menimpa kanak-kanak ini tidak berlaku pada anak-anak kita harapnya.

@fiezaradzi.com – impikan negara bebas dari jenayah yang semakin meruncing sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *