Banyak Sungguh Kereta Di Jalan

Posted by

Assalamualaikum,

Selamat hari Jumaat untuk semua. Baguslah yang dah menunaikan tanggungjawab bersolat Jumaat hari ni. Tahniah buat anda. Semalam dan hari ni ada tugasan di luar. Jadi perlu memandu kereta. Walau pun bertukar-tukar pemandu, namun co-pilot di sebelah tetap juga runsing melihat jumlah kenderaan di jalan raya sekarang. Sesak dan penuh di setiap lorong. Risau juga takut-takut teman di sebelah tidak sempat solat Jumaat. Hehe

Memang ternyata jumlah kenderaan semakin banyak di jalan raya Malaysia sekarang. Nak pulak kereta MyVi baru sudah selamat dirasmikan semalam. Bak kata orang sebelah, tahun depan lagi banyak kereta. Betul jugak kan. Tiap-tiap tahun ada kereta baru di pasaran, maka setiap tahun akan bertambahlah jumlah kenderaan yang merayap di jalan. Yang paling tak tahan, bila musim perayaan, yang mana semua berduyun-duyun balik kampung. Takkan nak halang orang balik kampung tanpa kereta pulak kan? Oh, sungguh.

Lagi gambar MyVi baru 2011 dan spesifikasi di sini

Kalau diberi pilihan, mana satu korang nak?

  1. Dalam banyak-banyak kereta di pasaran, mana satu pilihan korang, dan kenapa? Atau apakah kereta idaman korang sebenarnya?
  2. Bila korang beli (atau bila bercadang nak beli)?
  3. Tahap mana kepuasan korang terhadap kereta sekarang?
  4. Ada hati nak tukar lain selain dari kereta sekarang dan kenapa?
  5. Kalau ada hati nak tukar, kereta jenis apakah yang korang nak?
  6. Apa korang rasa dengan kereta buatan nasional? Kalau tak puas hati, kenapa?

Kalau rasa nak jawab, leh la kongsi bersama. Ni survey saja je. Bukan ada hadiah atau ada niat tersembunyi. Saja nak berkongsi rasa dan impian..

@fiezaradzi.com – bertambah kereta, bertambah asap. Bak kata anak kecil 3 tahun, kesian bumi kita kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *