Basikal Bermotor

Posted by

Salam. Seperti yang dijanjikan entry baru. huhuuu… Minggu lepas ada terlihat satu kenderaan kecil di jalan raya yang kurang sibuknya. Kecil seperti basikal, tetapi penggunanya langsung tidak menunjukkan aktiviti kayuhan. Oh, basikal bermotor rupanya. Kenderaan buatan China itu dikatakan mampu mencapai 20km/j pada kelajuan maksimum.

basikalBasikal Ke Motor?

Basikal bermotor ini dikatakan sudah dijual di Pulau Pinang, mampu dimiliki kerana pada harga serendah RM1,650 seunit, mampu untuk mereka yang berkira-kira mahu membeli motosikal yang jauh lebih tinggi harganya. Ia boleh digunakan selama empat jam sebelum perlu dicas semula baterinya. Jadi sila fikir beratus kali kalau ada plan nak balik kampung guna kenderaan ni ye. Melainkan anda mahu membuat senaman yang memang memenatkan kerana ia boleh ditukar kepada pilihan kayuhan jika bateri sudah habis.

Walau bagaimana pun, basikal ini sebenarnya masih ‘diharamkan’ di Malaysia kerana belum diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis kerana dikatakan kurang ciri-ciri keselamatannya. Berita lanjut di sini.

@fiezaradzi.com – kalau de ciri keselamatan yang baik, syok juga ye naik basikal bermotor ni ke tempat kerja.. Tapi kena keluar awal la.. Heheee..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *