Giveaway Pertama dari Haniz.com

Posted by

“Mama, mama.. mama buat apa tadi?”, tanya kakak setelah Mama selesai solat Maghrib.

“Mama baru sudah solat sayang”, jawab mama.

“Kenapa abah solat tak pakai baju ni pun, tapi mama pakai?”, tanya kakak penuh minat. “Kakak, lelaki dan perempuan kena jaga aurat, baik ketika solat atau pun masa tak solat. Tapi aurat lelaki dengan perempuan, berbeza. Mama kan perempuan, jadi untuk senangkan mama tutup aurat, baik mama pakai ni. Abah, auratnya lain, jadi pakai baju dan seluar yang bersih pun boleh solat.” Jelas mama lagi.

"Beli telekung tudung online"

“Kalau tak pakai baju ni, tak pe ke?”, lagi sekali soalan dilontar kakak. “Boleh je sayang, asalkan tutup aurat. Tapi lebih mudah tutup aurat kalau guna telekung ni masa solat. Taklah fikiran asyik terfikir aurat terbuka ke tak. Lagi pun, telekung ni kan lebih bersih dan lebih sempurna, sebab kita tak ke sana ke sini pakai telekung tu,” jawab mama lagi.

“Kalau macam tu, nanti mama belikan kakak telekung satu ek”, pinta kakak yang sudah mula belajar solat. “Baiklah sayang, nanti mama cari dan belikan”, akhirnya mama menamatkan perbualan. Keesokan harinya si emak mula mencari telekung untuk anaknya. Tak cukup di pasar, malah di kedai menjual tudung, pakaian dan lain-lain. Akhirnya si emak menemukan satu blog mengenai penjualan telekung dewasa dan kanak-kanak itu.

Haniz.com, itulah blog yang ada menyediakan pembelian telekung secara online. Si emak leka melihat telekung yang pelbagai corak dan harga. Telekung dewasa yang dijual di Haniz.com ada yang dari Vietnam dan juga Indonesia. Manakala telekung kanak-kanak dan tudung bawal kebanyakannya dari Kelantan.

Harga yang berbeza dari RM28 hingga RM90 ternyata lebih berbaloi dari lain-lain kedai online. Si emak terus terfikir untuk membeli dari Haniz.com ini. Selain menjamu mata melihat telekung-telekung yang cantik di Haniz Telekung Online tu, sempat lagi si emak melihat tudung bawal 3 tona warna yang ada di situ. Bertambah seronok si emak, bila melihat ada potongan harga diberikan. Diskaun lah katakan.

Sempat juga si emak melihat serba sedikit laman blog tersebut. Yelah, kata si abah, sebelum membeli secara online kena pastikan laman sesawang itu boleh dipercayai. Rupa-rupanya Haniz.com ni berpusat di Kelantan, negeri yang memang terkenal dengan telekung dan tudungnya.

Beberapa ketika melayari laman blog tersebut, si emak pun menyenaraikan beberapa produk yang menarik dari Haniz.com, untuk tatapan dan perbincangan lanjut mengenai produk dengan si abah. Harap-harap ada rezeki dari Haniz.com untuk si anak dan si emak sekali…

Kalau korang rasa nak beli telekung atau tudung bawal 3 tona ni bolehlah pergi ke blog menjual telekung online di sini. Nak join giveaway pun boleh.

** Entry ini sekadar memeriahkan “Giveaway telekung online oleh Haniz.com”. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Februari 2013. Pemenang akan diumumkan pada 3 March 2013. Apa lagi, jangan lupa turut serta.

PEMENANG PERTAMA
Telekung Vietnam 30 Kuntum Bunga Timbul bernilai RM90

PEMENANG KEDUA
Telekung Vietnam 8 Kuntum Bunga Timbul bernilai RM65

PEMENANG KETIGA
Tudung Bawal 3 tones bernilai RM35

@fiezaradzi.com – Masuk giveaway pertama tahun 2013 ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *