mengenali cek

Posted by

cek

Salam buat semua.

Anda ada buku cek? apa gunanya buku cek ini sebenarnya? Penting sangat ke? Sebenarnya kepentingan cek terletak kepada cara hidup anda. Sekiranya anda sentiasa berurusan bersama-sama wang yang banyak, maka anda seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu buku cek. Selain itu, jika anda seorang ahli perniagaan, oh, sudah semestinya cek amat diperlukan.

Cek boleh digunakan bagi menggantikan duit jika transaksi yang berlaku melibatkan wang yang besar jumlahnya. Sudah pasti ia tidak sama seperti kad kredit. Cek tujuannya memberi wang kepada pihak lain tanpa melibatkan wang secara zahirnya. Kad kredit adalah untuk tujuan personal. Bayangkan anda mengeluarkan RM30, 000 tunai jika anda tiada cek. Pasti orang sekeliling terliur melihat jumlah duit itu.. Tapi melalui cek, hanya nama yang ditulis sahaja yang akan memperoleh duit anda itu. Jadi, duit anda selamat selagi cek tidak disalah gunakan.

PERKARA PENTING

  1. Fahami akan elemen-elemen yang terdapat pada sesuatu cek.
  2. Tidak boleh meminda, pembetulan atau pemadaman dibuat pada cek
  3. Pastikan anda tahu setiap helai cek yang dikeluarkan, dan musnahkan sepenuhnya jika cek rosak
  4. Tulis cek dengan jelas dan terang – gunakan pen dakwat kekal supaya tidak boleh dipadam & dipinda
  5. Simpan cek di tempat yang selamat, jangan tinggalkan cek kosong yang telah ditandatangani/belum tanpa pengawasan
  6. Jumlah dalam perkataan perlu ditulis berdekatan dengan perkataan “Ringgit”. Jangan tinggalkan ruang antara perkataan dan akhiri dengan perkataan “sahaja”.
  7. Sekerap mungkin semak setiap helai cek yang masih tinggal.
  8. Lapor segera jika ada helaian cek yag hilang kepada bank berkenaan
  9. Akaun anda perlu dalam jumlah yang mencukupi agar cek tidak ditendang
  10. Elakkan menghantar cek melalui pos. Jika terpaksa, pastikan sampul surat adalah berkualiti, bagi mengelakkan cek dikesan di bawah cahaya matahari.

JANGAN BUAT

  1. JANGAN menulis di bawah kawasan Magnetic Ink Character Recognition (MICR) bagi membolehkan cek diuruskan denagn lancar.
  2. JANGAN tandatangani cek kosong atau keluarkan sebarang cek kosong untuk pembayaran
  3. JANGAN gunakan pen mata tajam, pen boleh padam/ pensel
  4. Jikan gunakan mesin taip, JANGAN gunakan reben yang boleh dibetulkan
  5. JANGAN membuat pembayaran dalam mata wang asing menggunakan cek berdenominasi RM
  6. JANGAN lipat, pin atau mengokot cek yang telah ditulis
    Lipat- tulisan pada lipatan dan kawasan MICRmungkin akan terjejas
    Kokot- bagi mengelakkan cek terkoyak tanpa disengajakan.

Bagi pengguna awal cek, sila pastikan anda betul-betul faham akan cek dan penggunaannya. Tapi sekiranya anda sudah sebati ‘bermain’ cek, ini adalah perkara kecil buat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *