Pusat Jagaan Atau Pengasuh, Mana Satu Pilihan Anda

Posted by

Kalau dulu bayi dibenarkan makan makanan bermula usia empat bulan, namun polisi telah ditukar kepada usia 6 bulan. Jadi selama 6 bulan pertama, hanya susu menjadi santapan bayi kecil yang comel. Dan sebaiknya, susu ibu adalah yang terbaik. Jadi, ibu-ibu, sediakanlah hak anak anda sebaiknya, dan bapa-bapa, berilah sokongan kepada isteri anda nanti ye..

Ada baik buruk mengenai perkara ini. Namun, bukan nak bincangkan hal ni. Pagi tadi terbaca kisah bayi tercekik bebola ikan.. Kesiannya.. Bayi yang berusia 9 bulan, diberi makan bersama-sama kanak-kanak lain, sehinggakan tercekik bebola ikan yang disediakan bersama makanan. Terbayang saya, baru 9 bulan dah diberi makan makanan pepejal sebesar bebola ikan tu. Kalau bayi tu dah tumbuh gigi dan sudah pandai mengunyah, itu bukan satu masalah. Tapi, setahu saya, bayi 9 bulan, belum tentu mampu mengunyah makanan dengan sebaiknya. Anak kecil saya, sewaktu usia 9 bulan dulu, gigi baru berapa batang tumbuh, dan masih makan bubur nasi yang lembik.

Kejadian ni berlaku sewaktu di TASKA. Bayangkan, ketika hantar anak ke Taska, ceria dan gembira, tapi bila bawak pulang, bayi comel itu sudah menutup mata buat selamanya. Hati mak ayah manalah tak sedih.

Sebenarnya ini bukan isu pertama yang berlaku di Taska, malah sudah banyak. Yang menjadi persoalan,

  • Layakkan pusat asuhan sebegini dibiarkan berfungsi?
  • Tiadakah tindakan yang mampu mengubah perkara ini?
  • Berapa banyakkah pusat asuhan yang berdaftar dengan kementerian?
  • Selamatkah pusat asuhan sekarang ni?

Namun bagi ibu bapa yang tiada pilihan, terpaksa mengambil risiko berkenaan perkara ini. Selain menghantar anak ke pusat asuhan, ibu bapa juga boleh menghantar anak mereka kepada pihak lain, seperti pengasuh. Mari kita lihat baik buruk kedua-dua pilihan.

61218669_1

gambar: terima kasih

TASKA – YANG POSITIF:

  1. Anak-anak dapat belajar perkara-perkara yang bersifat berdikari jika pengasuh di taska bijak mengajar perkara ini. — Anak saya yang tidak pandai minum susu botol seawal usia 3 bulan, tapi ketika itu diajar sehingga mampu minum dari botol, tapi masih lagi susu ibu ye..
  2. Dapat mendisiplinkan anak-anak, masa makan dan tidur yang telah dijadualkan.
  3. Dapat belajar dan penuh dengan aktiviti menarik minat anak-anak. — Banyak bahan bantu pengajaran yang disediakan
  4. Dapat bergaul dengan rakan-rakan, menjadikan anak lebih cepat belajar dan bergaul. — tapi anak saya tetap pemalu.. macam mama die.. hehee..
  5. Kawasan persekitaran yang menarik dan bersih. Ada ruang untuk anak-anak bermain tanpa ada risiko yang besar.

TASKA – YANG NEGATIF

  1. Banyak yang tidak berdaftar berbanding yang berdaftar dengan kementerian — Taska anak saya dan anak anda berdaftarkah?
  2. Mudah merebak penyakit kerana kadang-kadang terlalu ramai anak-anak kecil. Bergantung kepada taska, ada yang tidak membenarkan penjagaan jika anakkecil sakit — De kes sakit berjangkit di taska yang berdekatan dengan rumah.  Plan nak hantar anak ke sini, terus cancel.
  3. Anak mudah ikut perangai atau perkataan yang tidak baik, hasil pergaulan pelbagai ragam anak kecil lain
  4. Kes-kes kecuaian seperti banyak yang telah dilaporkan — Sedihnya kalau berlaku sebegini
  5. Pengasuh yang sering kali bertukar dan masih di usia muda remaja. Mungkin kurang pengalaman menjaga anak-anak. — Anak saya memang pilih orang yang ambil di pintu. Kalau dah biasa, tak nangis, kalau tak, erat pegang tudung, tak nak pergi.

PENGASUH – YANG POSITIF

  1. Senang jaga. Selalunya pengasuh di rumah tidak mengambil ramai anak-anak jagaan kerana bimbang tidak dapat dikawal.
  2. Penyakit jarang berjangkit — Anak sedara saya jarang demam
  3. Tumpuan yang diberikan lebih kepada anak, kerana tidak ramai.
  4. Mudah ibu bapa jika terpaksa outstation kerana kebanyakannya menghantar berhampiran rumah, dan ada pengasuh yang tidak kisah jika anak jagaan tidur malam di rumahnya.
  5. Selalunya pengasuh sudah sedikit berumur, ada banyak pengalaman menjaga anak-anak

PENGASUH – YANG NEGATIF

  1. Anak-anak kurang bergaul, kecuali jika pengasuh ada anak/mengambil ramai anak jagaan.
  2. Kes penderaan fizikal dan seksual selalu dilaporkan berlaku di rumah pengasuh.
  3. Disiplin mungkin sedikit kurang kerana selalunya pengasuh tiada jadual makan dan tidur.
  4. Kurang aktiviti yang mampu menjana minda bayi.
  5. Sukar mendapatkan pengasuh yang boleh dipercayai di sekitar kawasan rumah/ kerja.

Jadi, yang mana pilihan anda? Bagi yang ada pembantu rumah, mungkin tiada masalah memilih, namun harus dipantau bagaimana tingkah laku pembantu rumah itu. Atau pilihan terbaik, anak anda dijaga oleh ibu/ ibu mertua anda? Hehhee.. pilihan di tangan anda..

@fiezaradzi.com – Banyak dilema bagi ibu bapa yang berkerja. Ingin berkerja sendiri, jadi boleh jaga anak sendiri. Betul ke??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *