Tips Menghantar Anak Pertama Kali Ke Sekolah

Sejak bermulanya tahun 2013 ini, tentu ramai juga yang hantar anak ke sekolah. Bagi anak-anak yang sudah biasa ke sekolah, tentunya permulaan persekolahan bukanlah satu masalah buat mereka. Tapi bagi yang pertama kali menghantar anak ke sekolah, sedikit sebanyak ianya agak mengganggu jiwa. Ada ibu bapa yang tidak tidur malam mengenangkan anaknya akan mula bersekolah. Ada anak-anak yang menangis tidak mahu ke sekolah, dan tidak kurang juga yang menangis mahu ikut pulang ke rumah.

Rasanya ramai kanak-kanak suka sekolah, kerana ada rakan-rakan. Rasanya yang kurang gemar, kebanyakkannya tidak biasa, atau tidak pernah berenggang dengan ibu atau bapa. Bagi kami yang biasa menghantar anak-anak ke taska, permulaan persekolahan bukanlah satu masalah. Mungkin ibu bapa boleh mencuba beberapa tips untuk memudahkan hari atau minggu pertama persekolahan anak-anak:

Tips hantar anak ke sekolah

  1. Mula bercerita tentang persekolahan atau sekolah baru anak lebih awal. Contohnya jika ingin menghantar awal tahun depan, apa salahnya beritahu anak beberapa bulan sebelum habisnya tahun tersebut. Cerita kebaikan sekolah baru supaya dapat menarik minat anak-anak.
  2.  Bawa anak-anak ‘melawat’ sekolah barunya, biar pun hanya melawat persekitaran sekolah. Tunjukkan di mana letaknya sekolah yang bakal dihadiri anak-anak.
  3. Sentiasa menyebut sekolah berkenaan atau aktiviti sekolah di hadapan anak-anak. Ceritakan juga jika sudah menghantar pendaftaran dan sebagainya.
  4. Jika anda kenal cikgu yang bakal mengajar anak anda, apa salahnya kenalkan dengan anak-anak jika ada peluang. Manalah tahu, cikgu anak tu jiran setaman anda.
  5. Ceritakan pengalaman anda semasa bersekolah dahulu. Pastikan ianya yang manis-manis. Yang pahit ceritakan untuk jadikan pengajaran sahaja. Cuba kaitkan aktiviti harian anak anda dengan sekolah yang bakal anak hadiri. Contohnya jika anak-anak berlari, ceritakan anak boleh bersukan di sekolah barunya.

Jika dahulu di kampung, tiada masalah besar, kerana kebanyakan anak-anak sudah kenal rakan masing-masing. Cuma sedikit masalah bila berada di kota, yang mana anak-anak takut untuk mulakan pergaulan sosial dengan kawan baru.

@fiezaradzi.com – “Mama, sekolah baru ni lagi lah best dari sekolah lama, cikgu baik je. Cikgu sekolah lama, garang”, kata-kata kakak yang sudah seminggu lebih bersekolah di Tadika Islam MAIWP. Kejap je masa berlalu, kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge