10 Perkara Memulakan Alam Pekerjaan

Posted by

Salam buat semua. Selamat hari Selasa dan moga hari-hari selamat. Saya percaya ramai kat luar tu dalam kategori pelajar dan mungkin akan tamat pengajian tak lama lagi, seterusnya berusaha mencari pekerjaan yang sesuai. Ye lah, sampai bila nak bergelar pelajar kan.. Heheee.. Okay, jom kita tengok 10 perkara yang perlu diamalkan jika mahu bergelar pekerja serba boleh dan jika mahu berjaya..

alam-pekerjaan

10 Perkara tersebut..

  1. Resume (CV) yang benar lagi tidak tipu.
    Anda boleh menulis yang terbaik tentang diri anda, tetapi jangan sampai menipu. Kononnya pandai adapt la, boleh bekerja secara berkumpulan, boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima, tapi hakikatnya itu tidak betul. Tidak perlu juga result exam yang terlalu bagus atau perfect kecuali jika bidang kerja anda memerlukannya. Contoh, kalau kerja doktor, mungkin result yang bagus penting. Majikan sekarang memandang perkara ini bukan yang TERpenting kerana keputusan yang terlalu bagus tidak bererti anda benar-benar hebat dalam pekerjaan. (Tapi saya tak de lak cakap kawan-kawan tak perlu berusaha untuk dapatkan keputusan bagus. Ia satu kredit tambahan jika anda dalam golongan hebat ini). Tapi pastikan keputusan anda tidak terlalu lemah hingga majikan akan berfikir anda langsung tidak berusaha untuk berjaya. Jadi diri anda, tonjolkan diri secara jujur dalam resume.
  2. Ada daya inisiatif untuk belajar dan mencari ilmu untuk diri sendiri.
    Tidak perlu tunggu disuruh untuk melakukan kerja. Anda tahu di mana tanggungjawab anda dan laksanakan bila perlu. Jangan jadi seperti paku yang perlu diketuk-ketuk. Jika sekali dua, mungkin perbuatan anda dimaafkan, tetapi jika sudah berulang kali, mungkin ketua anda jadi muak dan mual. Tidak salah sekiranya kerja tu bukan bidang anda, tapi anda berusaha untuk membantu, sekurang-kurangnya dapat meningkatkan ilmu anda. (Ni bukan kes nak membodek ketua atau sebagainya). Fikir yang positif, lakukan untuk diri sendiri, tapi jangan sampai terlebih rajin hingga kerja anda yang sepatutnya anda lakukan terbengkalai.
  3. Gunakan masa terluang sebaiknya
    Tidak salah jika anda gunakan masa terluang untuk bersosial di sesawang (bukan labah-labah ye). Tapi kawal penggunaan itu. Gunakan kemudahan sebaiknya, jangan sampai bos anda sekat penggunaan website tu sudah. Tentu ada sebabnya jika perkara sedemikian terjadi. Lagi satu, khas untuk mereka yang baru masuk kerja, janganlah habiskan masa kerja anda dengan tidur sepanjang masa, jika tiada kerja sekali pun. Jika ketua anda tidak melakukan perkara sedemikian, kenapa anda perlu dedahkan sikap ini? Mungkin de sebab tertentu anda sebegini, tetapi sila kawal, lebih-lebih lagi jika anda tidur beserta bunyi dengkuran. Sungguh buruk bunyinya..
  4. Tidak terlalu bergantung
    Elakkan sikap kebergantungan yang sangat jelas. Jika tiada rakan yang sekepala dengan anda, langsung tidak boleh membuat kerja. Maaf, tapi hal ini sangat jelas terutamanya di kalangan kaum hawa. Berkawan dengan yang sekepala dengan anda. Hal ini akan menjadi sukar sekiranya di tempat kerja itu tiada yang sekepala dengan anda.
  5. Kerja dengan berlandaskan minat dan tanggungjawab
    Minat boleh dipupuk, tetapi tanggungjawab adalah penting bagi memastikan anda dapat membuat kerja dengan sebaiknya. Tetapi jika sudah benar lagi bersuluh anda benci dengan suatu kerja itu, janganlah mencuba nasib dalam bidang itu. Nanti diri anda dan diri ketua anda yang terseksa. Tapi jika ia berlandaskan tanggungjawab, insyaallah, kerja yang anda kurang minat, akan beransur timbul minat itu. Lagi pun kalau anda minat dan bertanggungjawab, lama-lama rasa best bila buat kerja tu..
  6. Jangan harapkan ganjaran yang tidak pasti
    Sebelum meletakkan harapan tinggi menggunung, kaji dulu tempat anda bekerja. Jika syarikatnya kecil lagi masih tidak stabil, adalah mustahil untuk anda mengharapkan ganjaran yang mungkin tidak akan kunjung tiba. Bekerjalah tanpa mengharapkan sebarang ganjaran, kerana jika tiada ganjaran itu, anda telah jangkakan, dan jika tiba-tiba ganjaran itu datang, andalah orang yang paling gembira bulan itu.
  7. Komunikasi yang baik dan berkesan.
    Inilah gunanya proses temuduga. Majikan ingin melihat kemahiran komunikasi anda. Tetapi sering kali juga ada majikan yang ‘tertipu’ dengan kemahiran ini. Anda kelihatan sangat bijak berbicara, tetapi apabila tiba waktu praktikal membuat kerja, langsung senyap sepi. Jadi seimbangkan kedua-duanya. Bertanya jika tidak tahu dan wujudkan hubungan mesra dengan rakan sekerja, jangan hanya mengharap rakan anda atau bos anda yang memulakan perbualan.
  8. Terima teguran dengan positif
    Biasalah pekerja baru kena tegur. Lagi menyakitkan jika teguran itu bersifat sindiran. Memang silap hari bulan, tak terdaya nak mendengar. Tapi itu adab resam alam pekerjaan. Jika bernasib baik, ketua anda menegur denagn penuh hemah dan beradab. Jika tidak, fikirlah sendiri. Apa pun kaedahnya, setiap ketua ada gaya yang tersendiri. Jadi ambil positif dengan teguran itu. Jangan pula hari ini kena tegur, esok terus senyap sepi seolah-olah anda tiada di situ. Jika hal ini berlaku mungkin wujud satu perasaan ‘tidak suka’ di hati ketua anda. Susah nak tegur orang ni.
  9. Hargai orang lain
    Anggap rakan sekerja anda atau ketua anda sebagai manusia biasa. Mereka perlukan budi bahasa anda yang baik dan menyenangkan. Apa salahnya mengungkapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan meski pun mereka tidak ikhlas memberi, dan apa salahnya ucapan maaf jika anda tersilap kata dan perilaku. Ketua yang tengah hot pun jadi sejuk jika maaf dikeluarkan dari mulut comel anda.
  10. Kejujuran dan kebolehan memberi buah fikiran
    Bekerjalah dengan jujur, jangan menipu terutamanya jika di bahagian kawalan kualiti dan kuantiti. Nanti kalau bos dapat tahu anda berbohong, memang akan hilang sudah kepercayaannya. Cuba berusaha memberi buah fikiran, kerana sebenarnya itu perkara yang dicari oleh majikan. Bila ada sesuatu masalah timbul dalam bidang kerja anda, anda boleh memberi sebab dan jalan penyelesaiannya. Jangan hanya berharap bos anda menyuruh itu ini. Bos bosan nanti. Lebih baik menggaji pelajar lepasan SPM kalau begini. Jadi berfikiran kreatif dan inovatif ye.. Jangan lupa anda yang buat kerja, tapi bos pula yang beri jawapan. Susah tu..

Okayla, cukup la tu.. bosan dah semua baca.. Betul ke dengan tajuk topik kat atas ni? Tak kisah la, tapi kalau kita baru nak masuk kerja dan sudah pun bekerja, sila amalkan perkara ni.. mudah-mudahan kita menjadi aset penting dalam syarikat. Nanti sape yang untung? Bos anda juga… heheee… Seterusnya moga ini menjadi amalan dalam kehidupan anda. Ambil yang positif ye..

@fiezaradzi.com – asalnya nak luahkan perasaan kat sini pasal latihan industri yang semakin tidak kena objektifnya ni. Tapi moga perkara ni dapat dijadikan panduan. Yang baik datangnya dariNya. Lagipun kalau kita sendiri amalkan, kita seronok kerja kat situ.. Tak percaya? Cubalah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *