Kebaikan Kacang Buncis

Posted by

Assalamualaikum,

Kebaikan kacang buncis. Kali ini kita baca sikit la pasal tumbuhan kekacang yang popular kat Malaysia ni. Nama saintifik kacang buncis adalah Phaseolus vulgaris. Ia dipercayai berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Pokok kacang buncis ini tumbuh secara melilit. Ia mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang serta memerlukan pancang atau kayu untuk memanjat. Kacang buuncis biasanya akan matang dan boleh dikutip selepas enam hingga tujuh minggu selepas ditanam.

Kelebihan Kacang Buncis?

Kacang buncis adalah sayuran berkacang yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Selain kandungan proteinnya, ia juga kaya dengan lemak, kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, potassium, sodium, zink, vitamin A, B, D dan juga kanji. Kandungan zat besi biasanya membantu penghasilan sel darah merah dalam badan.

 photo kacangbuncis_zps210f05bf.jpg

Kacang buncis juga membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh penghidap kencing manis atau darah tinggi. Terdapat juga ujian makmal yang mengatakan kacang buncis ini mengandungi serat dan enzim yang mampu menurunkan berat badan.

Rahsia Bakar Lemak Pantas Turun Berat Badan

Boleh buat apa dengan kacang buncis ni ek? Ha, kalau nak masak, senang je. Boleh tengok Resepi Kacang Buncis – Kacang Buncis Goreng Kunyit ye.

@fiezaradzi.com – Hujung minggu baru ni baru je masak kacang buncis. Tambah cili padi, best.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *