Khatam Al Quran

Posted by

Bagi seorang mukmin, membaca Al-Quran merupakan satu bentuk tanda kecintaannya terhadap Allah dan juga Islam. Sewaktu membaca Al-Quran, dia sudah merasa seolah-olah jiwanya menghadap ke hadrat Allah yang Maha Kuasa, menerima amanat dan hikmat suci, memohon limpah kurnia, rahmat dan pertolongan dari-Nya. Dibacanya halaman demi halaman, surah demi surah dan juzuk demi juzuk, sehinggalah sampai khatam atau tamat Al–Quran itu.

"manfaat khatam quran"

Imam Al Ghazali mencatatkan beberapa hadis dan riwayat mengenai pembacaan Al-Quran sehingga khatam. Digambarkannya, bagaimana para sahabat, dengan keimanan dan keihklasan hati, berlumba-lumba membaca Al-Quran sehingga khatam. Ada di kalangan mereka yang khatam dalam masa semalam sahaja, malah ada juga yang dua kali khatam dalam masa sehari semalam. Ada juga yang khatam seminggu sekali, iaitu khatam setiap kali datangnya Jumaat. Malah ada juga yang khatam sebulan sekali, kerana mendalami maksud yang terdapat pada setiap ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran.

Di mana kita sebenarnya? Sebulan sekali, dua bulan sekali, atau hanya membacanya apabila menjelangnya Ramadhan? Di samping membaca Al-Quran dengan betul sehingga tamat, alangkah baiknya apabila kita turut sama mendalami maksud setiap ayat-ayat Al-Quran. Ianya sudah pun dimudahkan dengan adanya terjemahan atau tafsir Al-Quran yang banyak di pasaran.

Tidak ada suatu kebahagiaan di dalam hati seseorang mukmin melainkan apabila dia dapat membaca Al-Quran sehingga khatam. Apabila sudah khatam, itulah puncak segala kebahagiaan hatinya.

Moga ia jadi semangat untuk diri ini merajinkan diri khatam Al-Quran.

@fiezaradzi.com – Sudah berapa kali khatam Al-Quran?

2 comments

  1. The Ramadan is the greatest month than others month of the year .It brings huge facility and the sabekodor night is the best night than thousands of thousand night .It is the month of Redemption of sin. So, we should prayer more than more. I appreciate your blog.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *