Cuba Jawab

Salam hari Jumaat. Sihatla hendaknya. Selalunya hari Jumaat ni ramai yang nak balik kampung, walau pun tak de cuti.. hehee… Hari ni nak ajak semua berfikir jap dengan beberapa situasi. Pernah tak anda alami situasi-situasi ni, dan apa pandangan anda pasal hal ni…

Fikir-fikirkan lah…

SITUASI 1:

Anda berada di stesen minyak (nak isi minyak la kan..). Tak kisah la dalam keadaan tidak tergesa-gesa atau pun mengejar masa. Ye lah, tunggu kat stesen minyak dapat bau minyak adalah. Di hadapan anda, kereta yang sudah siap mengisi minyak, tetapi tiada tanda-tanda bergerak. Rupa-rupanya menunggu kawannya yang berada di dalam kedai, membeli-belah (di stesen minyak). Bila kawannya dah masuk kereta, baru bergerak. Apa anda rasa? Mereka ini pentingkan diri atau tidak sedar kewujudan kereta anda?

SITUASI 2:

Di jalan raya, anda tidak sabar pulang ke rumah setelah penat bekerja dan memerah otak. Masing-masing memandu dengan kelajuan yang seimbang (tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu perlahan). Tiba-tiba kereta di hadapan anda membelok ke simpang tanpa ada sebarang tanda amaran. Apakah yang keluar dari mulut anda?

SITUASI 3:

Anda berada di lebuh raya 3 lorong. Dengan kelajuan yang sederhana, sudah pasti sebelah kanan ada kenderaan yang memotong. Adatlah tu kan. Tiba-tiba di sebelah kiri anda ada yang memotong laju. Apa yang anda fikirkan tentang mereka?

SITUASI 4:

Anda masih berada di lebuhraya, tetapi hanya 2 lorong, dan anda di lorong kiri. Keadaan agak sesak kerana terdapat kemalangan di hadapan. Penat, kerana sudah agak lama beratur dengan hanya sedikit pergerakan. Tiba-tiba muncul di sebelah kiri  (laluan kecemasan), kenderaan yang bukan hanya memotong, tetapi juga dipandu laju (bukan pandu lalu). Terkejutkah anda?

SITUASI 5:

Anda sedang bersenag-senang makan di luar bersama-sama keluarga tercinta, disertai anak-anak kecil. Dalam menikmati makanan yang sekali-sekala lain dari rumah, dan sedap, anda dikejutkan oleh bau asap rokok dari pelanggan yang berhampiran dengan meja anda. Terus hilang selera makan nasi putih bersama ikan tiga rasa tu.. Apatah lagi anda bukan tergolong dalam mereka yang bergelar perokok. Apa yang bakal anda katakan kepada pasangan anda?

Adakah ini pendapat anda atau sebaliknya?:

SITUASI 1: Kereta di hadapan adalah mementingkan diri sendiri. Tidak kisah kereta anda mahu cepat atau tidak, sepatutnya kenderaan di hadapan mengambil inisiatif bergerak ke hadapan sedikit atau menunggu di tempat yang dibenarkan menunggu supaya aktiviti anda tidak mengganggu aktiviti orang lain. Jangan hanya fikirkan kesenangan diri sendiri, sehingga menyusahkan orang lain.

SITUASI 2: Cukup geram kalau ada kenderaan sebegini. Ingat orang lain tahu ke apa yang tersirat dalam minda anda? Paling kesian jika ada abang-abang motor yang terpaksa menggunakan kepakaran membelok jika ada kenderaan yang tiba-tiba sahaja membelok ke simpang tanpa amaran ni. Apa signal kanan atau kiri itu sudah rosak atau berat sangatkah tangan untuk menolak signal yang hanya di sebelah stereng itu? Ingatlah, jika kemalangan, orang lain turut susah kerana anda. (Yang keluar dari mulut saya: Bagila signal cik abang oii.. rosak ke signal tu? — tapi hanya boleh didengari dalam kereta sahaja..hehe)

SITUASI 3: Tidak perlu marah dengan keadaan ini. Ini kerana kenderaan tersebut berada dalam keadaan yang mengejar masa, tetapi tiada kesempatan untuk memotong anda dari sebelah kanan. Sepatutnya anda sedar yang anda bergerak perlahan, jadi tukarlah lorong yang paling kiri supaya anda dan pengguna lain tiada masalah terkejut atau sebagainya.

SITUASI 4: Marah juga dengan kes sebegini, terutamanya di sebelah utara lebuh raya. Bukan apa, orang lain keluar lebih awal dari mereka, dan lebih lama beratur di situ. Pada saya mereka ini gemar mengambil kesempatan atau tidak sabar. Kadang-kadang ada yang terlepas pandang di sebelah kiri kerana jarang ada kenderaan yang melalui jalan tersebut, kecuali jika benar-benar ada kecemasan (nama pun lorong kecemasan kan..). Lebih sedih bila ada motor yang melalui laluan itu. Sudahlah penuh lorong di lebuh raya, lagi ada yang ‘mencuri’ laluan mereka. Lagi sedih jika ada anak-anak di dalam kenderaan yang memotong – anda secara tidak langsung mengajar anak-anak melakukan perkara yang sama dan mengajar erti ketidaksabaran pada anak-anak.

SITUASI 5: Memang tidak gemar. Kawasan awam kan tidak boleh merokok, walau pun tiada papan tanda tidak dibenarkan merokok. Bukan apa, jika anda (perokok ye) tidak sayang akan nyawa anda, tolonglah ingat orang sekeliling. Ada juga ibu-ibu mengandung yang tidak tahan bau asap rokok ni, jadi apa salahnya jika anda sedikit bertimbang rasa terhadap mereka. Tambahan pula mereka turut membawa anak-anak di tempat awam sebegini. Lagi pun, merokok kan haram…

@fiezaradzi.com – maaf kalau de yang terasa. Bukan pe, kadang-kadang kita ingat perkara tu biasa je, tapi sebenarnya membawa masalah pada orang lain. Sama-samalah kita fikirkan..

Related Post

Ada yang nak tinggalkan pendapat , atau jejak di sini?.

15 Responses to “Cuba Jawab”

  1. diraja22 says:

    apa2 pun banyakkan bersabar..

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @diraja22, mmg pun bersabar.. lau tak sabar, tak tau la pe jadi.. hehhee

    [Balas]

    lowongan kerja Reply:

    @fiezaradzi, hehehe baguslah kalo banyak sabar..
    .-= lowongan kerja´s last blog ..Sari Pan Pacific Jakarta Jobs as Pastry Chef &amp Restaurant Manager =-.

    [Balas]

  2. fdhelina says:

    ni semua kena ada rasa sabar yg tinggi..klu tak, mau blh gaduh semua nya..hiks
    .-= fdhelina´s last blog ..Hadiah menang contest =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @fdhelina, mmg pun.. nasib baik de yg satu tu.. tapi lau kita je sabar, orang lain tak sabar camner ek…

    [Balas]

  3. hafizmd says:

    Saye rase satu jer jwapan die..ummat manusia kite dah hampir terhakis, terkikis, terhapus dan apa saye keyword yang same waktu dengannya..dah takde modal insan atau senang citer..kureng akhlaknya..

    kalau kite taknak orang buat kite camtu..kitepun mesti same..jgn buat orang camtu..tapi yg spesis2 ni..takdenye nk fikir orang lain..janji dia laju dan cepat sampai ke destinasi@puas hati diorang ajer..

    kesimpulannya:
    1. nak tak nak..kite kene jugak fikir +ve – mungkin yg bwak laju tuh, die nak beranak @ ade emegensi
    2. yg hisap rokok tuh – kalau tak hisap time tuh..mungkin akan terus mati ditempat kejadian..kira kasi peluanglah..
    3. yang bg signal tuh – mungkin lesen yg dapat tuh..lesen tak complete..bukan salah die kot!!hehe..
    4. yg jenis parking sesuka hati saje – mungkin dia jenis yg kurang pandai parking..takut terlanggat mane2 kenderaan lain pula..kira kasi peluang lagi!..

    sekian dari hafizmohd.com..

    p/s – jgn marah yer kalau ade yg terasa..peace :D
    .-= hafizmd´s last blog ..Fakta dan Statistik Menarik Piala Dunia 2010 =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @hafizmd, wah.. pjg ulasan nih.. siap tambah lagi situasi tak tahan tu.. hehee… mgkin kot.. kesabaran manusia yg buat tu nipis.. tapi lau ye pun, jgn buat depan anak2 rasanya.. sebab nanti anak2 ingat perkara tu benar, so boleh amalkan…

    sebenarnya situasi kat atas tu, masih boleh diberi timbang rasa.. cuma sekadar merenung apa yg manusia skg fikirkan…

    terima kasih ye atas pandangan ni..

    [Balas]

  4. Wan Perlis says:

    hurmm sikap pemandu di malaysia
    nak bagi signal pun malas
    selalunya klau yg jenis hati kering mesti maki pemandu yg salah tu
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Through My Window =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Wan Perlis, bukan pe, kesian kot2 de moto yg dekat2 dgn kete tu.. selalu dah tgk kes cmni…

    [Balas]

  5. zik says:

    susah juga nak jawab tuh… bagi masa… sat gi jawab..
    .-= zik´s last blog ..4 bahan kimia dalam makanan penyebab ketagihan =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @zik, hehe.. boleh2.. leh jawab bila2 pun..

    [Balas]

  6. Mr.Z says:

    hmm perasaan ego dan pentingkan diri sendiri tu ada tersemat dalam jawapan tu.. geram la juga dengan situasi macam tu..
    .-= Mr.Z´s last blog ..Forum Komuniti Malaysia AkuPenglipurlara =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Mr.Z, masing2 punya perasaan sendiri kan.. biasalah.. lau kat kawasan tak sibuk mungkin ok la kan.. takut jadi benda yg tak diingini jer..

    [Balas]

  7. sinagarimba says:

    bila berada di jalan raya orang kita cepat benar berubah.
    Yang tuiboleh jumpa macam-macam perangai kat jalan raya.

    entri terkini
    - samseng tahi kucing

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @sinagarimba, tu mmg tul tu.. selalu juga dgr cmni.. kdg2 yg lembut, tak byk ckp, skali atas jln raya, uih.. kalah mat rempit.. hehee

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv badge


Geng Kedai,gengkedai.blogspot.com,direktori blog malaysia