Tempat Menarik Tapi..

Baru-baru ini, kami sekeluarga pulang ke kampung – sekadar berjumpa mak ayah dan adik-beradik. Tambahan de duit lebih sikit, hehee. Kebiasaannya, kalau pulang ke kampung yang satu ni, ada je tempat makan yang disinggahi kami sekeluarga. Kononnya negeri yang satu ni memang terkenal dengan makanan.. Tahu negeri mana? tahu kot kan..

Di blog encik hafiz de cerita pasal makan di negeri ini. Kali ini, mee machang bubok tetap pilihan, dan satu lagi, yang bari ialah Puncak Mutiara. Yang nak cerita kat sini ialah Puncak Mutiara. Oh ye, ini bukan entry promosi ye, tetapi sedikit luahan hati.. heheee…

Kat sini, menu yang best adalah Western Food, di samping makanan goreng-gorengan yang lain. Mee goreng sedap, begitu juga nasi goreng. Namun, air panas yang dipesan sedikit sejuk, mungkin kerana pelanggan yang ramai. DI simpang masuk, keadaan agak mencabar (konon la..). Kiri kanan jalan yang kecil dipenuhi pokok getah, sampai rasa sedikit seram seram sangat gelap (waktu malam ye). Kelibat lembu juga kelihatan.. Cukup, ini bukan novel..

Sampai di depan pintu tempat kejadian, banyaknye kereta. Kira hebat la.. Dan yang nyata, tempat ini sangat menarik. Susah nak cari kat kl rasanya. Kawasan kampung yang dibina rumah-rumah kecil seperti pondok, ditemani dengan pokok-pokok memang menjadikan tempat ini sangat nyaman dan seronok. Kami duduk di pondok yang ala-ala makan cara Jepun. Meja Jepun tanpa kerusi. Memang sangat santai.

Oleh kerana satu hidangan lamb chop ada 3 ketul semuanya, jadi kami hanya berkongsi. Tiga hidangan Western Food dipesan, nasi dan mee goreng, di samping air-air yang suam-suam kuku tu. Nasi dan mee goreng sudah selamat di dalam perut, namun tanda-tanda lamb chop belum kelihatan. Ada pasangan (suami isteri mungkin) di sebelah pondok kami, sudah bising-bising kerana sepanjang hampir atau lebih 10 minit mereka duduk di situ, tiada seorang pun yang datang mengambil pesanan. Akhirnya, dek kerana bara yang tidak dapat dibendung oleh kesejukan malam, si wanita tadi dengan marah hati pergi sound dekat pelayan tu. Ye lah, bukan jauh pun pondok mereka dengan pondok pelayan tu, tapi tak de langkah pengambilan order pun. Memang terkeluar la macam-macam dari mulut si wanita tadi. Yang dapat kami dengar “bad service la you all”.. Memang pun akak, saya setuju.

Dan bayangkan dalam masa lebih satu jam, kami belum dapat 3 ketul x 3 hidangan kambing yang dipesan. Memang bad.. hehe. Ye lah, datang situ nak makan sambil bersantai.. Ni bersantai ye lebih, makan nye kejap ajer.. uhuhhuu. Dalam masa sejam tu, tak de pun perkataan maaf dari pihak mereka ni sebab order lambat ke, pe ke.. bersembang je lebih. Bukan pe, sayang la, tempatnya dah menarik. Kalau selalu begini, pelanggan akan lari juga..

Dan malam itu, bukan hanya keluarga kami dan pasangan sebelah tu, tapi ramai lagi mengalami nasib yang sama. Bos pun tak de untuk dibuat aduan. Sayang tul lau keadaan dibiarkan berterusan sebegini. Mula niat memang nak tolong promote tempat tu (walau pun tak disuruh), tapi bila keadaan jadi cam ni, terus down semangat nak tolong orang kita ni.. Malam tu makan pun kureng jadinya, di samping terlepas aksi smallville yang ke udara.. huhuuu..

@fiezaradzi.com – tuan punya kedai kalau terbaca, maaf ye, tak tau kat mana lagi nak buat aduan. Dah buat aduan kat pekerja, tapi rasanya konfem pekerja nak up kepada boss, nak kena potong gaji?? Harap-harap tuan punya kedai boleh memantau sekali sekala…

Most Commented Posts

Ada yang nak tinggalkan pendapat , atau jejak di sini?.

16 Responses to “Tempat Menarik Tapi..”

  1. fdhelina says:

    mmg tak suka klu service mcm ni ,pastu tak nk mtk mf..sabo je lah kan..
    .-= fdhelina´s last blog ..Cerita Ujibakat Idola Kecil 3 – Part 2 =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @fdhelina, mmg pun.. lagi sengal lau kita cakap air tak sampai2, die pulak cam nak marah kita.. aiyoo… buat bisness kena la layan pelanggan baik2.. kan..

    [Balas]

    lowongan kerja Reply:

    @fiezaradzi, Betul tu.. nak buat bisness mestilah layan pelangan baik2x..
    .-= lowongan kerja´s last blog ..Sari Pan Pacific Jakarta Jobs as Pastry Chef &amp Restaurant Manager =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @lowongan kerja, mmg sokong pun hal ni.. lau tak, bungkus la jawabnye..

    [Balas]

  2. velasrizal says:

    i pn slalu cmni…diorg ni tau ke tdk cmne nk niaga..

    Model Baru Proton Waja Lancer 2010

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @velasrizal, kadang2 dorang ni mula2 mmg jaga betul pelanggan.. bila dah maju dan ramai orang, mulalah lupa diri.. itu yg salah tu..

    [Balas]

  3. mmg baik kita tinggalkan jer kak klu tak der respon dri mrka huhuhu..

    dari tugu lama2 baik cari kdai lain kans..klu kita tgu lama tak per tapi klu perut budak mana tahan..mrka kans lasak..cpt lapar huhu..

    tu le org mlyu..

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @suri cahaya cinta, mmg pun.. lau ikutkan hati hari tu mmg nak balik dah.. tapi memandangkan 1st time dtg, nak juge rasa makanan kat situ.. kata hubby ni 1st dan last time dtg.. hehe,.. lagi pun, dah lewat mlm tu, malas pulak nak ke kdai lain.. tapi rasanya mmg tak ke sana dah kot.. huhuu

    [Balas]

  4. NK says:

    alamak, kedai kat mane ni?

    takde tulis pun kampung katmane?..

    gile kejam la orang tengah lapar dibiarkan 1 jam, lainkali lari je makan tempat lain kalau dah lama sangat…
    .-= NK´s last blog ..Durian Merah Sukang – Hanya di Sabah! =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @NK, de la kat belah utara tu.. mula2 mmg igt nak lari jer.. tapi sebab dah minum dan makan benda lain.. tgu jap.. bila g tanya kat kaunter, katanye nak check, tapi tak de respon pun.. kali kedua tanya, baru dtg hantar.. mmg bad service la.. yg tak tahan tu de pekerja yg bersembang jer..

    [Balas]

  5. mijie says:

    saya kalau kena macam ni memang terus banned la kedai tu
    .-= mijie´s last blog ..Plugin waktu berbuka puasa dan imsak buatan malaysia =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @mijie, mmg pun mijie.. pas ni mmg kena banned dgn saya dan family..

    [Balas]

  6. bujang3 says:

    kesiannyer… jenuh menunggu… biasa la… kalu dah ramai pelanggan, lambat la sikit… tapi kalau sampai lebih satu jam tu …dah kira melampau… mendidih darah dibuatnyer … sabar jer la kak ooi!!!!
    .-= bujang3´s last blog ..The Art Of Negotiation !!! =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @bujang3, kita leh terima lau de pekerja yg dtg ckp, atau ckp awal2, mungkin lambat pesanan ni sbb ramai org.. ni tak de pape khabar.. kita pun tertanya2 gak, die buat tak order kita nih? huhuu

    [Balas]

  7. zik says:

    tak mahu datang dah… grrr…
    .-= zik´s last blog ..4 bahan kimia dalam makanan penyebab ketagihan =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @zik, tak mau kan?.. hehee.. sama la perasaan tu..

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv badge


Geng Kedai,gengkedai.blogspot.com,direktori blog malaysia