Lagu Negeri – Ingat lagi Tak?

Posted by

Assalamualaikum, pembuka kata.

Ye, ada update.. hehe.. Hari Jumaat lepas, of course rumah kami buka siaran bola Kelanatan vs Terengganu, sebab ada penyokong tegar Terengganu dalam rumah. Jadi, kita layankan je lah. Macam biasa, mana-mana perlawanan bola sepak, mesti ada nyanyi lagu negeri tuan rumah kan.. jadi masa ke udara, tu tentulah negeri Kelantan. Masa tu jugak, penyokong tegar terengganu merangkap encik suami tanya, macam mana lagu negeri Pulau Pinang.. (selepas sedikit perbincangan tentang lagu negeri Kelantan..). Dan sunggu tak percaya bila anak perantau Pulau Pinang yang duduk jauh dan lama dari negeri kedua terkecil Malaysia ni masi ingat dengan jelas lirik-lirik lagu negeri tu.. walau pun rasanya dah hampir 17 tahun merantau.. hehe.. Sungguh jati negeri.. Takde lah, sebenarnya hari ni saja nak kongsi sama-sama lagu negeri kelahiranku ini.. Jom dengar..


Lagu negeri Pulau Pinang dari You Tube

Ni pulak lirik lagu negeri ni..

Selamat Tuhan kurniakan,
Selamat Pulau Pinang,
Negeriku yang mulia,
Kutaat dan setia,
Aman dan bahagia,
Majulah jayalah,
Negeriku yang ku cinta,
Bersatu dan bersama,
Untuk negeri kita.

macam mana, okey tak lagu negeri kami ni? Ramai kata lagu negeri Pulau mutiara ni paling rancak dan bersemangat.. (ni ayat nak angkat negeri sendiri ni..). macam mana dengan lagu negeri korang pulak? best tak? Tiba-tiba rindu nak nyanyi lagu Pulau Pinang ni ramai-ramai.. hehehe

Oh ye, keputusan malam tu, Terengganu layak ke peringkat seterusnya.. tahniah Terengganu dan penyokong terengganu.. Keputusannya di sini

@fiezaradzi.com – Kalau tak ingat lagu negeri sendiri tak pe lagi, tapi jangan sampai lupa rukun Iman dan rukun Islam sudah le.. Peringatan untuk diri sendiri nih..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *