Kriteria Memilih Rumah

Posted by

Ada yang berkira-kira nak beli rumah sendiri atau nak pindah rumah lain? Mana la tahu, de rezeki lebih atau ada yang dah tukar semester, jadi rumah pun nak tukar.. Hehee.. Rasa-rasa ada tak kriteria dalam pemilihan rumah ni? Nak-nak yang nak beli rumah kan.. Bukan singgit dua, tapi puluhan malahan ratusan ribu ringgit. Jadi dalam mencari rumah, apa kata survey kita tengok antara kriteria memilih rumah. Tapi kali ni kita tengok rumah yang dah lama, atau yang nak dibeli dari tangan orang (dikenali sebagai subsale) atau rumah untuk disewakan ek..

contoh kawasan rumah yang sudah lama dibangunkan

KRITERIA MEMILIH RUMAH LAMA

  1. Pastikan kawasan yang sesuai – mudah ke tempat kerja atau kampus. Nak pulak kalau tak de kenderaan sendiri. Jadi yang paling dekat tentunya pilihan utamakan? Nak-nak minyak makin lama makin naik ni.
  2. Sejarah tanah sebelum didirikan rumah – bagi mereka yang nak membeli rumah, kriteria ini perlu, sebab takut juga kalau bekas lombong ke, nanti rumah cepat rosak. Kawasan tapak perlupusan sampah kurang sesuai dirisaukan rumah cepat rosak dan bau yang mungkin masih ada. Selalunya kawasan perlupusan sampah ni kena tunggu waktu lama selebum dibenarkan mendirikan rumah.
  3. Fasiliti kawasan sekitar – Lebih banyak fasiliti lebih bagus, walaupun mungkin lebih mahal harganya. Senang nak membeli barangan harian jika dekat dengan kedai. Mudah berurusan jika dekat dengan bank dan fasiliti lain.
  4. Tentukan budget untuk pembayaran rumah, sewa atau bayaran sampingan jika ada – perlu sesuai dengan pendapatan & perbelanjaan seisi rumah. Buat survey jika merasakan perlu untuk harga membeli atau menyewa rumah dengan kawasan sekitar.
  5. Keadaan di dalam rumah- keluasan rumah, bilangan bilik & bilik air, perlukah pengubahsuaian jika rumah ingin dibeli, lokasi rumah terletak di kawasan bencana alam atau tidak. Bilangan bilik juga penting bagi mereka yang ingin menyewa kerana selalunya masing-masing ingin mempunyai bilik sendiri atau berkongsi. Jadi bilangan bilik perlu sesuai dengan jumlah penyewa. (Tapi lelaki selalunya tak kisah kot.. tido kat ruang tamu jer..)
  6. Kejiranan kondusif atau tidak – Selesakah dengan kawasan kejiranan. Ada rukun tetangga atau tidak. Selesakah tinggal di kawasan 1 Malaysia?
  7. Feeling diri sendiri – ada rasa sesuatu tentang rumah. Kadang-kadang rasa itu akan datang sendiri. Jadi perlu melihat kawasan dalam dan luar rumah. Sila percayakan rasa dalam hati itu ye.
  8. Kecacatan utama – jika membeli rumah, pastikan tiada kecacatan utama yang besar pada struktur rumah tersebut (rumah lama selalu ada sedikit kecatatan), melainkan jika ingin membuat pengubahsuaian. Kadang2 takut struktur tanah menjadi penyebab.
  9. Sewa – individu lain yang sudah tinggal lebih lama dari anda di dalam rumah. Sama ada kena dengan jiwa atau tak. Kalau dapat beradaptasi dengan baik, tiada masalah. Setiap individu ada perangai dan sikap yang pelbagai, takut masalah lain timbul jika tidak sehaluan atau wujud konflik.
  10. Keselamatan – aspek paling penting juga, terutamanya bagi penghuni-penghuni yang kesemuanya kaum hawa atau wanita. Adakah kawasan selamat untuk didiami atau kawasan tersebut adalah kawasan kekasih gelap.

Ni antara 10 kriteria yang boleh dijadikan panduan. Sesapa yang nak tambah boleh je.. Mana la tahu ada yang pernah mengalami ke.. Jadi, mari kongsikan bersama.

@fiezaradzi.com – lebih gemar kawasan rumah berpagar sebab macam-macam hal boleh berlaku. Masih terbayang aksi kereta dipecah masuk.. Takut duduk flat ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *