Fiezaradzi.com Berpindah

Salam semua. Entry kali ini adalah bagi menguraikan persoalan (ada ke?) di minda semua. Sebelum ni ada saya tulis pasal blog tak sihat dan entry yang hilang.. huhuu.. Sebenarnya masalah ni dah agak lama.. Oh ye, maaf kalau kali ini entry ni mungkin sedikit panjang lebar untuk pembacaan anda. Ia sekadar melepaskan sedikit pandangan tentang hosting.

Fiezaradzi.com dahulunya di’host’kan di hosting dalam negara, bermula dengan huruf s (tak sampai hati nak tulis hosting mana..). Beberapa masalah pernah terjadi pada blog ini seperti entry hilang, tidak dapat ekses ke blog, malah blog disekat (suspend). Bila masalah ini berulang dan tiada pemberitahuan telah menyebabkan tuan blog ini terasa sangat malas nak menulis dan ‘blogwalking’. Ada satu tahap blog ini langsung tidak boleh dibuka selama seminggu, malah lebih. Ada rakan-rakan yang tinggalkan pesan kenapa tak dapat nak buka blog fiezaradzi.com ini. Jika ada sedikit penjelasan dari pihak hosting, mungkin boleh dimaafkan, namun semua itu hanyalah mimpi semata-mata. Sehinggakan, beberapa email ‘sound’ dihantar ke pihak mereka meminta menjelaskan perkara ini. namun, masih tiada balasan. Akhirnya, setelah mencapai kata sepakat membawa berkat (bersama encik suami), fiezaradzi.com telah berpindah ke hosting baru, walau pun usia blog ini hanya separuh tahun.

Alhamdulillah, setakat ini belum ada masalah yang melanda blog ini. Malah kadar loading juga lebih laju berbanding yang lama. Terima kasih buat netkl network yang melayan karenah pelanggan yang sedikit buta IT ni.. hehee.. Proses pertukaran ini juga hanya mengambil masa yang singkat. Tidak sampai sehari, blog ini telah dapat diakses semula. Insyaallah. jika tiada sebarang masalah fiezaradzi.com akan terus menggunakan hosting dari netkl ini. Sebelum beli siap leh online chatting lagi dengan dorang ni.. okla kan..

online with netkl

online with netkl

Banyak perkara tertinggal sepanjang blog ini ditutup. Nanti, ada masa, kita kongsi ye.. Sekarang cam kurang sikit masanya.. hehe.. Oklah, sesiapa yang berminat nak bertukar hosting ke netkl bolehla klik sini ye..

@fiezaradzi.com – happy birthday buat anakanda puteri kesayangan. Moga sentiasa sihat dan berada di dalam rahmatNya.. amin.. Happy second birthday..

Related Post

Ada yang nak tinggalkan pendapat , atau jejak di sini?.

32 Responses to “Fiezaradzi.com Berpindah”

  1. wahida says:

    Happy Birthday Annur! Khayra 1 tahun hari ni! Yeay!
    .-= wahida´s last blog ..Work and Pleasure =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @wahida, happy birthday to khayra gak.. jom membesar bersama2..

    [Balas]

  2. zik says:

    ingat nak pindah jugakla…macam ne ek caranya…
    .-= zik´s last blog ..Imam muda minggu ke lima =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @zik, aya pindah ke netkl ni, semua dorang uruskan.. cuma de details2 yg kena bagi pada admin la.. senang jer.. lau kat netkl tu leh online chatting dgn admin dorang.. mmg mudah sgt2..de a few things cam password cpanel, tpi nnt leh tukar sendiri.. puas hati la setakat ni..

    [Balas]

  3. suri says:

    yeah idup net kl..hehehhee suka..suka.. :)
    selamt berblog kembali ya :)

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @suri, mmg suka pun suri.. terasa best sikit skg ni.. tak de la nak kecewa setiap kali bukak tak leh nak akses cam dulu..

    [Balas]

  4. RozaniGhani says:

    Saya pun baru berpindah tapi pindah ke DataKL.
    .-= RozaniGhani´s last blog ..Cara Buat Child Theme Untuk Twenty Ten =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @RozaniGhani, datakl ek.. hari tu terfikir gak nak ke situ.. tapi budget kurang sikit la.. hehe, wpun beza tak byk pun.. hehee.. try ni dulu.. so far, ok.. datakl pun saya dgr ok..

    [Balas]

  5. Wan Perlis says:

    hosting dr mana tu kak fieza
    hujungnya huruf apa
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Perkara Menarik Jun 2010 =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Wan Perlis, hehe.. wan, lau cakap belakang huruf pe, mesti org tau punye la.. hehee.. klue boleh la bagi.. hosting die mmg murah..

    [Balas]

    azizan4444 Reply:

    @fiezaradzi, sempoi hosting kan?ke suck hosting?wahahaah..
    .-= azizan4444´s last blog ..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam Dilema =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @azizan4444, bukan2.. de satu lagi.. hehehe…glamer gak..

    [Balas]

    azizan4444 Reply:

    @fiezaradzi, adkah sepaku?hehee..r selipar?;p
    .-= azizan4444´s last blog ..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam Dilema =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @azizan4444, hahhaaa.. sepaku?? hehee.. rasa2nye dah tau kot.. hehee.. selipar hosting tu mungkin de org nak buat nnti.. ;)

  6. azizan4444 says:

    br la besh..sebelum ni 2 3 kali masuk x dpt..hehehe..lps ni kn rjin update la sis..besh2..hehe..

    ps:nape x tuka ke fivio mcm saya?hehe:P
    .-= azizan4444´s last blog ..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam Dilema =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @azizan4444, kan tak dapat masuk.. akak ni lagi le geram..huhuuu.. insyaallah, lau de idea, berupdate la blog ni.. hehee

    fivio terlebih budget la.. (kalau la masih student.. bestnye..hehehe)

    [Balas]

  7. lazaac says:

    baguih2x tukar hosting… :)
    .-= lazaac´s last blog ..Logo Baru Lazaac’s Blog Apakah =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @lazaac, daripada tak leh nak akses, baik tukar, wpun tempoh blog de separuh tahun lagi..huhuuu

    [Balas]

  8. NK says:

    haha, rasanya sepaku hosting je yang ade down pada bulan lepas, hosting murah, tu yang jadi oversell tu… betul tak?

    netkl? hmm, intai2 nampak macam ade bias-bias baithost, baithost dlu pn salah satu hosting yang bermasalah jugak, boleh google la pasal tu.

    jaga2 ye, selalu buat backup.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @NK, hehe.. tak sampai hati nak ckp hosting mana.. kesian die.. tapi lau de yg nak tnye pengalaman tu leh la cerita sorok2,… heehee…

    terima kasih atas ingatan.. alhamdulillah, setakat beberapa mgu guna ni ok lagi.. tapi ye la kan, nama pun ciptaan manusia, mmg de cacat cela nye.. yg ptg, information tu perlu.. mari kita back up ramai2.. tq..

    [Balas]

    lazaac Reply:

    @fiezaradzi, nak cerita sorok2… ni email lazaac : lazaac[at]gmail.com kalo sudi berkongsi sama, web hosting mana tu… :)
    .-= lazaac´s last blog ..Logo Baru Lazaac’s Blog Apakah =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @lazaac, insyaallah nnti saya bgtau.. heheee

    [Balas]

    lazaac Reply:

    @fiezaradzi, bgtau skrg pun ok jgak… lazaac terima dengan hati terbuka… chewah..

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @lazaac, nak bgtau pun mmg hati terbuka ni, tapi kesian pihak sana.. hehee

  9. wandisini says:

    salam
    aku juga pengguna netKL. dah hampir 2 tahun. memang support dia orang bagus. sanggup melayan orang yang buta it macam aku dan juga akan email kita kalau ada apa2 problem pada server.
    .-= wandisini´s last blog ..Sifat Marah =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @wandisini, dah 2 tahun? bagus ek.. ok la kan.. setakat ni pun tak de dgr pape lagi.. tapi mmg support die ok la setakat ni.. selalu je online.. kdg2 de pape, chatting je dgn dorang ni.. mg2 net kl ni terus ok kan… tak de la nak sakit hati..

    [Balas]

  10. lazaac says:

    sbb tu email jer… sajer nak tahu…kihkihkih.. :p

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @lazaac, insyaallah saya bgtau.. tgu ek..

    [Balas]

  11. ishak says:

    aku pun pakai netkl bro..memang tip top service dia 24 jam bantuan kalau perlu best kan ?
    .-= ishak´s last blog ..Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @ishak, tul.. mmg senang la.. pastu leh chat online lagi.. lau de problem, mmg cepat la kan solve nye..

    pstt: saya sis, bukan bro..

    [Balas]

  12. fdhelina says:

    yeahh..netkl mmg superb. suka cara dgn layanan diorg ttg masalah kita yg buta IT ni hehe..

    tgh plan nak tuka hosting lepas ni, biar lah kena strt dr bwh pon, jnji tak buat hal..mcm skng ni..kecoh, blogspot tgh kecoh dgn komen..adeii
    .-= fdhelina´s last blog ..Mirza -amp Qasehati Birthday Bash – The Big Day =-.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @fdhelina, itula, lau nak serius kata org guna hosting berbayar.. lagi satu best sbb wrdpress ni komen die lain sikit.. de gak blogspot, tapi lama tak update.. hehee

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv badge


Geng Kedai,gengkedai.blogspot.com,direktori blog malaysia